***
Malam itu, di rumah Tok aba.
Selepas habis makan malam, Ais memanggil semua untuk berkumpul di ruang tamu, Halilintar duduk di atas kerusi dan yang lain duduk di bawah.
Pandangan mata Halilintar yang tajam dengan muka yang serius membuatkan adik-adiknya berasa sedikit takut dan risau.
Gulp..
Blaze: *bisik* Kita ada buat salah ke?
Taufan: *bisik* Aku rasa tak, kita baik je kan hari ni, ikut arahan, tak buat masalah dengan pelanggan.
Duri: *bisik* ke sebab markah aku rendah?
Blaze: *bisik* Ehh takkan laa, aku dulu dapat markah rendah tak pernah kena marah.
Taufan: *bisik* Betul tu Hali takkan marah benda macam tu..
Duri: *bisik* Abis tu pasal apa.. aku rasa seram sejuk ni, abang hali kalau macam ni mesti ada yang buat salah teruk kan.
???: *bisik* Ooo mungkin korang memang ada salah~
Trio trouble maker terus mengundur ke belakang, naik bulu roma mereka macam tengok cerita hantu.
Blaze: Kau ni Ais agak-agak laa terkejut aku *tumbuk bahu Ais*
Taufan: Entahnya boleh gugur jantung aku..
Duri: Abang ni macam hantu laa-adoi!
Ais: Kau kata aku apa..?
Duri mengelengkan kepala banyak kali risau kena ketuk lagi, Halilintar melihat diorang berempat bergurau senda hanya ketawa kecil dalam hati, tetapi dia perasaan ada lagi dua adiknya tidak datang berkumpul.
Gempa: Korang sorry lambat!
Panjang umur baru di cakap dah datang, Gempa dan Solar akhirnya datang, Solar duduk di bawah sebelah Ais, Taufan, Duri, dan Blaze.
Gempa pula terus duduk di kerusi sebelah Halilintar, Elemental yang lain memandang pelik.
Halilintar: Quake.
Gempa: Ye Thunderstorm? *muka tak bersalah*
Halilintar: Kita sekarang tengah nak mulakan meeting kau tahu kat mana kau patut duduk? *nada tegas*
Gempa memandang elemental yang lain dan memandang Halilintar semula.
Gempa: Tak boleh ke aku duduk sini?
Halilintar mengelengkan kepala, pandangan mata yang tajam memandang Gempa dengan serius. Gempa bangun dan duduk bersama yang lain tetapi sedikit jauh.
Halilintar melihat semua adik-adiknya dan menarik nafas panjang, dia mahu selesaikan masalah ini cara baik dan tidak mahu mereka membenci satu sama lain.
Halilintar: Okay first thing first... Gemp-
Gempa: Salah tu panggil Quake *senyum*
Semua yang lain tercengang melihat Gempa memotong kata-kata Abang sulong mereka dengan tanpa rasa bersalah dan takut.
Halilintar: Haa... lagi sekali kau potong cakap aku Gempa, kau tidak dibenarkan keluar paham!
Gempa terdiam, itu adalah perkara yang dia paling tidak suka, bersendirian tanpa Halilintar di sisi dia.
Gempa: Ma-maaf..
Halilintar: Okay, aku nak cakap pasal apa yang terjadi semasa aku tak ada, di mana Gempa marah dan ehem... *pandang muka Solar* melempang muka Solar dan saksinya adalah Ais.
Apaaaa!!!
Trio trouble maker terkejut mendengar apa yang dibicarakan oleh Halilintar, mereka bukan terkejut pasal Gempa marah itu perkara biasa tetapi lebih kepada Gempa lempang muka orang, sebab itu mustahil Gempa adalah yang paling lemah lembut dan baik dengan adik bongsu mereka.
YOU ARE READING
IT ALL FALL DOWN *Complete*
FanfictionGempa telah berubah.. dia tidak lagi sama macam dulu "Kau pergi boleh tak, aku rimas!" Kecuali dengan abang sulongnya.. "Jangan pergi abang..." . Apa yang telah terjadi yang membuatkan Gempa berubah? Korang baca laa kalau nak tahu Ehe~ . ♡ Malay lan...