Telefon bimbit bergerak laju pada aplikasi tiktok yang tertera. Perhatian dia bukan pada aplikasi itu, namun meleweng entah ke mana. Banyak perkara yang berlari di awangan minda Khalea sekarang.
Badan beralun mengikut hempasan telefon di atas katil manakala kepala berpusing menghadap rakan sebilik dia. Mungkin perasan akan dirinya ditonton, Faima hanya membalas pandangan bersama kerutan didahi.
"Peninglah nak intern dekat mana...dua bulan je lagi. Resume pun belum buat...kau dah ada target company ke?" tanya Khalea sambil mengoncangkan badan rakan baiknya seangkatan roomates! Malang hanya keluhan yang dia terima dari gadis yang kelihatan muram itu.
Jujur mereka berdua hampir berputus asa tetapi mereka ada impian untuk graduate first class, maka pemilihan syarikat sangat penting buat dua rakan ini bagi mendapatkan GPA yang bagus semasa praktikal kelak. Semester sebelum ini sangat tidak ramah dan hanya menghancurkan CGPA mereka.
Selepas selesai sahaja solat isyak, Khalea dan Faima mula menyiapkan resume mereka. Penat dan melelahkan kerana mereka tiada apa- apa untuk ditulis didalam resume tersebut. Khalea dengan perwatakan introvert dan Faima yang seratus kali lagi introvert punca mereka tiada sumbangan sepanjang degree mahupun diploma.
"Kita nak tulis apa ni, Khalea. Kalau semua syarikat taknak kita macam mana? Aku taknak CGPA aku makin jatuh" hampir menitis air mata Faima yang merenung tepat kedalam anak mata Khalea.
Rakan-rakan mereka yang lain semuanya sangat aktif dan kerap mengambil tempat dalam program yang dijalankan di universiti dan kadang kala turut menjadi penganjur bersama. Hm, pasti banyak yang boleh mereka cerita semasa interview nanti.
Nak jealous pun sudah tiada guna...
"Alah! tak mungkin mereka tengok aktif atau tak sepenuhnya. Aku yakin mesti mereka akan check latest CGPA kita juga. Kalau tidak...buang masa je kita study bagai nak rak tapi CGPA langsung tak tengok" puas Khalea cuba untuk menenangkan Faima walaupun dengan menipu diri sendiri.
Ya, dia tau CGPA dan aktiviti di kolej bergerak seiringan tapi dengan sikapn dia yang sukar bergaul menyebabkan mereka memilih untuk tidak mengikuti program yang dianjurkan.
Ada juga satu dua program yang mereka join itupun terpaksa hanya untuk mengutip markah yang ditetapkan oleh kolej mereka. Kalau tidak, mereka lebih suka tingal dirumah dan tidur.
Nota yang penuh dengan aktiviti dan pengalaman yang sedikit sebanyak dia dapat sepanjang menjadi pelajar di ambil. Dua nota tersebut dipegang dan dipeluk sambil berselawat berdoa agar Allah memudahkan segala yang baik buat dirinya.
Laptop yang dari tadi tiada pesanan mula keluar notifikasi bahawa masa dia telah tiba untuk di temuduga. Khalea membaca bismillah sebelum menekan button join.
Alhamdulilah selesai semuanya, lebih dari dua puluh syarikat telah Khalea memohon dan pilih yang terbaik untuk praktikal lagi dua bulan.
Harapnya adalah salah satu yang menerima dia dan paling penting dekat dengan rumahnya kerana dia tidak mempunyai lesen dan takut untuk memandu!
Sebenarnya selepas Khalea fail test jpj dia terus malas nak sambung belajar, tiada masa katanya. Alasan je semua tu, dia yang malas...dan takut
Tepat jarum jam menunjukkan nombor dua belas, setiap dari mereka mula berselerak keluar dari kelas untuk mengisi perut yang kosong sejak pagi.
YOU ARE READING
ur the dream | c
Romance[ Karya Pertama ] ♡︎ For her. He signed an agreement promising to be hurts For him. She is attempting to fortify against herself They both fight but will fate be on their side?