Hari minggu biasalah berehat dari kekangan kerja. Selalunya Khalea akan keluar berjalan bersama housematenya antara hari sabtu atau ahad. Mungkin esok baru mereka keluar membeli barang dapur sekali gus release stress pergi karaoke ataupun tengok wayang.
Semenjak intern schedule harian Khalea berubah 180 darjah. Dia bukanlah seorang morning person, mandipun kadang hampir asar baru wangi sewanginya diri Khalea. Rutin hariannya bermula pada pukul satu tengah hari setiap hari jika tidak ada kelas pagi. Khalea jarang ada kelas pagi, per degree dia bijak susun kelas.
Sekarang ini jam 9 pagi sudah dia tercongok didepan tv. Aileen tidak ada lain juga sama sepertinya sedang menunggu abang panda untuk menghantar breakfast mereka. Bangun saja foodpanda dulu yang dicari mereka.
Tv dibuka hanya beberapa siaran yang memberi kidmat maklumlah tv dan astro free. Freegift dari menyewa katanya. Setelah beberapa siaran diubah tiada yang menarik perhatian dua anak muda itu sampai satu siaran menunjukkan perlawanan racing menjadi perhatian Aileen.
Pertandingan serupa itu sangatlah diminati Aileen kerna dari kecil sudah dididik menonton bersama keluarga. Wajah Aileen sejajar mengikut rentak dan kelajuan kereta yang masuk bertanding.
"Kau okay ke kalau bakal suami kau racer?" tanya Khalea menghilangkan diksi Aileen yang sedang fokus.
Ditoleh pada Khalea yang sudah membuat muka menyampah dia. Habis berkedut wajah manis Aileen, sudah kenapa minah ni nak judge kerja orang.
"Okay" balas Aileen yakin.
"Sebab Daniel bukan racer" sambung Aileen lagi.
Mendengar jawapan rakan karibnya segera dia ambil telefon dan macam biasa aplikasi tiktok dibuka. Leka dia menekan setiap template capcut jedag jedug yang sedang viral dan kerap melalui for you page dia. Khalea mana boleh diam dia harus join juga walaupun hanya dipost di private instagram dia.
Aileen yang tidak beralih arah dari menonton perlumbaan kereta itu ditenung sejenak. Keluhan terdengar perlahan. Lambat pula abang panda ini dia lapar tahu. Dari mood baik hilang terus moodnya. Dengan Aileen yang terjerit-jerit memekakkan telinga.
Baru saja Khalea ingin membuka kata suara jeritan Aileen pecah terlebih dahulu. Lain tidak sama seperti sebelum ini, jeritannya lebih kepada risau.
"WEHHH WEHH TERBALIK KERETA DIA" pantas kepala Khalea tertoleh kearah tv.
Sejak awal pagi Hakeem telah tiba dilitar sepang dimana festival itu berlangsung. Kira-kira waktunya untuk beraksi pada jam 9 pagi. Pukul 8 Hakeem sudah berdiri tegak melihat kawasan litar. Yang lain mestilah melayu janji pukul 8 mesti pukul 8:30 baru sampai.
Uniform ditukar terus tempat menunggu menjadi tempat melangkah. Sudah ramai orang mula memasuki perkarangan. Ramai sungguh penonton yang menyertai dalam memeriahkan suasana festival hari ini.
Mostly datang dari peminat kereta lumba juga dan orang - orang atasan yang menjadi penaja. Mungkin kenal mungkin juga tidak pada pelumba yang akan mengambil tembat dalam perlumbaan sebentar lagi.
Beberapa pelumba lain telah memanaskan enjin kereta kerana dalam masa setengah jam festival akan dimulakan dengan pecutan dari f1 driver sebagai penarik. Leka Hakeem melihat persiapan pelumba asbab kerja itu adalah idamannya.
YOU ARE READING
ur the dream | c
Romance[ Karya Pertama ] ♡︎ For her. He signed an agreement promising to be hurts For him. She is attempting to fortify against herself They both fight but will fate be on their side?