Dengar bunyi esakan perlahan dari dapur, Puan Sri Amina bergegas pergi menjenguk.
"Kenapa ni, Khalea kenapa menangis ni?" risau suara Puan Sri Amina melihat keadaan Khalea sekarang.
Terkejut mereka berdua. Khalea mula memgelap air mata tetapi wajahnya yang sembab masih menjadi perhatian Puan Sri Amina.
Hakeem hanya diam. Sejenak dia cuba mendekati Khalea kembali. Puan Sri Amina menghalang.
"You stay there, you buat apa pada Khalea sampai dia menangis macam ni?" bentak Puan Sri Amina memandang Hakeem. Tangan masih mengelus pipi Khalea lembut.
"F-fei minta maaf umi, Fei pel-"
"Bukan salah tuan, Puan Sri. Saya terjatuh tadi.Tergelincir" sampuk Khalea.
Tidak tahu kenapa dia buat demikian tapi dia tidak mahu hubugan ibu dan anak tersebut goyah disebabkan dirinya. Orang luar.
"Umi" sempat panggilan dibetulkan. Tangan masih setia membelek wajah Khalea. "Betul ni? Kuat sangat ke jatuh? Bukan Fei buat? Bertalu-talu soalan diberikan.
"Bukan u-umi, sakit sikit kepala jatuh tadi. Khalea terkejut tu sampai menangis kot" cuba tergelak bagi mengaburkan situasi sekarang.
Puan Sri Amina senyum ikhlas lalu tangan Khalea ditarik. Ruang tamu dituju. Hakeem yang diam sejak tadi mula mengorak langkah.
Selintas Khalea tertoleh kearah jam didinding. Hampir pukul 11:30 malam. Dia perlu pulang, risau housemate dia nanti.
Belum sempat Puan Sri Amina pelawa Khalea untuk duduk berborak."Maaf umi tapi Khalea perlu balik sekarang dah lewat sangat ni" pinta Khalea dengan mata meminta izin.
"Eh tidur jelah sini, esok pagi Hakeem hantar balik" balas Puan Sri Amina selamba tidak tahu akan kebenaran yang baru terjadi.
"Tak boleh umi, nanti housemate Khalea risau lagipun parents Khalea mesti tidak izinkan" menolak pelawaan Puan Sri Amina penuh sopan.
Mata mula menjeling Khalea. Hakeem memberi cadangan supaya dia stay dan tidur untuk semalaman.
"Lagipun Khalea ada report perlu disiapkan" sambung Khalea lagi cuba memberi alasan.
"Takpelah kalau Khalea cakap begitu" badan Khalea ditolak perlahan seakan merajuk. Puan Sri Amina menoleh kearah anaknya.
Melihat kerutan di wajah Puan Sri Amina menyembur perasaan bersalah di hati Khalea. Dia sangat mudah tersentuh lagi-lagi melibatkan orang tua.
"Nanti Khalea datang lagi ya umi" tangan Puan Sri Amina digenggam erat cuba Khalea untuk memujuknya.
Membulat mata Puan Sri Amina teruja mendengar kata-kata Khalea."Betul ni? Janji dengan umi ya sayang" excited Puan Sri Amina lalu memeluk Khalea erat.
Tidak tahu mengapa tapi gadis dihadapannya ini membawa aura positif dalam dirinya. Dia suka akan Khalea. Cantik, manis, sopan pula. Ala-ala gadis melayu moden terakhir.
Membalas pelukan Puan Sri Amina mesra. Mata tertuju ke arah Hakeem yang berdiri tepat dibelakang ibundanya.
Hanya tersenyum kelat kearah lelaki itu. Jujur persepsi terhadap bossnya berubah. Tidak dia sangka bossnya itu akan menyentuhnya tanpa persetujuan dia.
Dia takut
Akan lelaki bernama Hakeem Rafei.
Fikirannya melayang memikirkan dia akan pulang bersama lelaki itu selepas ini. What if.. what if.. what if...
"Arghh serabut kepala dia sekarang" jerit fikiran sendiri.
Pelukan dilepaskan perlahan. Tangan Puan Sri Amina ditarik lalu dicium perlahan. Terasa kepalanya diusap.
YOU ARE READING
ur the dream | c
Romance[ Karya Pertama ] ♡︎ For her. He signed an agreement promising to be hurts For him. She is attempting to fortify against herself They both fight but will fate be on their side?