UR 2

7.4K 330 10
                                    

Hari pertama intern di headquaters RAOLIE. Tercengang Khalea dengan kemegahan bangunan tersebut, mampukah dia berkerja di sini?

"Macam tak layak je aku ni" leteran hating Khalea cuba merendah diri.

Terkebil- kebil mata dia untuk beberapa saat sebelum Khalea kembali ke dunia nyata dan mula masuk ke dalam bangunan tersebut.

Sebelum ini, Khalea ada juga membuat kajian tentang syarikat ini tetapi apa yang dilihat dalam gambar sangat berbeza dengan sekarang. Syarikat ini terletak gah ditengah bandar dengan dekorasi yang mewah. Sudah seperti hotel lima bintang!

Masuk ke dalam lift dan pantas jemari halus Khalea menekan tombol 30 seperti yang di beritahu oleh manager bahagian dia ditempatkan.

Sampai sahaja di aras tersebut, mulalah dia perkenalkan diri kepada akak jaga kaunter.

Tak tahulah nak berkerja ke nak cari orang sebenarnya.

Sedang dia berdiri di hadapan kaunter, terasa bahunya di sentuh dari belakang.

"Khalea kan?"

"Ye saya" balasnya lembut.

"Cantiknya awak, famous lah nanti" sambung wanita tersebut.

Berubah mimik muka khalea dengan statement yang dikeluarkan. "Eh tiba-tibanya" fikir Khalea.

"Terima kasih, Manager Sales Department kan? Kak Ralita?" tanya Khalea dalam keraguan. Kalau tak salah ini yang dia berbalas email.

"Nasib baik kenal, dah jom akak tunjuk meja awak" Khalea hanya menurut dan mengikut langkah Kak Ralita masuk ke bahagian sales syarikat tersebut.

Dari jauh sudah dia nampak meja kosong, susunan dalam department ini kemas. Boleh dijangka boss pasti tegas tentang surrounding and environment pekerja. Baguslah jika begitu, work life balance sangat penting untuk diterapkan di dalam setiap management sesebuah syarikat.

"Ini meja awak ya" tunjuk Kak Ralita

"Baik, terima kasih akak" balas Khalea bersama senyuman manis.

"Akak ada meeting sekarang nanti akan ada staff datang untuk ajar awak tentang kerja awak dekat sini" habis sahaja ayatnya terus dia meningalkan Khalea yang terkapai-kapai di situ.

Meja yang hanya berbekalkan computer di tenung dengan harapan adalah idea apa yang perlu di buat.

Lima minit berkhayal dia dapat idea untuk mengemas dan menyusun apa yang patut di atas meja tersebut, banyak juga peralatan dia bawa dari rumah. Tak tahu perlu atau akan tinggal sebagai hiasan.

"Hi, I'm the one who's in charge to teach you. You are the new intern, right?" terkejut Khalea disergah begitu. Habis berterabur semua pen yang di susun di dalam kotak.

Mulanya Khalea sedikit takut dengan cara staff tersebut menegur dia namun setelah staff tu tergelak akan reaksi Khalea. Hilang segala rasa gusar dihati.

"Ya, saya Khalea. Intern baru"

"So let's get to the point. Shall we?"

Khalea hanya menganguk dan tersenyum.

Setelah sejam belajar, mereka mengambil keputusan untuk berehat. Staff tersebut bercerita tentang pantry dan segala keperluan yang dia perlu tahu di pejabat.

Siang berganti malam, sudah hari ke 4 sebagai intern, Khalea mula menyelesakan diri dengan persekitaran. Staff di sini sangat membantu dia dalam memperlajari benda baru.

ur the dream | cWhere stories live. Discover now