Waktu malam adalah masa yang kerap empat sekawan itu berlatih dilitar persendirian milik keluarga Megat Zimr kerana tiada sebarang gangguan dari media mahupun orang luar. Litar itu sepenuhnya milik mereka.
Sudah pukul 11:30 malam, telefon di ambil untuk mendial number Khalea. Setiap hari wajib baginya untuk mengucap selamat malam buat Khalea. Kerapnya lepas waktu isyak tetapi tadi dia sibuk dengan latihan untuk hari esok.
Setelah lima kali hanya ringing, dia berhenti. Hakeem cuba fikir positif, mungkin Khalea sudah tidur lagipun sudah lewat. Tanpa fikir panjang, Hakeem kembali pada litar bagi latihan terakhir pada malam itu.
"You good?" Tegur Tengku Fai melihat wajah tidak aman lelaki itu.
Hakeem hanya menganguk. Andal benar Hakeem susah hati. Benarkah Khalea sudah tidur ? Atau bersama lelaki lain ? What if Khalea marajuk? Khalea benci dia ke? Banyak yang bermain difikiran Hakeem sekarang. Overthinking menguasai diri.
"Buah hati tak angkat call lerrr tu" ejek Tengku Nadim bergelak tawa dengan Megat Zimr.
"Diam" tegas Tengku Fai.
Langsung diam kedua budak terencat itu. Mesti lah mereka takut pada Tengku Fai. Manakan tidak Tengku Fai merupakan bekas peninju handalan. Badannya juga jauh lebih tegap dan sasa untuk dibandingkan mereka berdua.
Sekali tepek saja terus jadi penduduk tetap kerajaan atas langit.
"Jom last round" bicara Hakeem. Yang lain maju masuk kedalam kereta lumba masing-masing.
Selesai sahaja round terakhir laju Hakeem bergerak kearah kereta meninggalkan rakannya yang lain terpinga-pinga dan memulakan perjalanan ke rumah Khalea.
Tidak boleh jadi dia perlu pastikan keadaan Khalea sekarang kalau tak tidak tenang dia. Sepanjang jalan Hakeem berdebar memikirkan tentang Khalea. Harapnya benar Khalea sudah tidur.
Lima kali dia call tidak mungkin Khalea tidak dengar sekalipun sudah tidur. Tepat sampai dirumah Khalea sekali lagi dia cuba call gadis itu. Masih sama. Tidak berangkat.
Kaki bergerak laju untuk mengetuk pintu rumah sebelum telefon dia berdering kuat.
"Hello, Tuan?" Hakeem menghembus nafas perlahan.
Mata dipejam sekejap tenang setelah mendengar suara Khalea.
"Maaf tuan saya dengan kawan tadi. Phone charge" sambung Khalea bersama alasan.
Hakeem masih diam. Dia tergamam dengan diri sendiri. Sejak bila fikirannya boleh merapu seperti ini. Bagai orang tidak betul bila diingatkan kembali.
Pelik Khalea bila Hakeem tidak menyaut. Dilihat skrin phone. Call masih bersambung. "Tuan?" panggil Khalea mendapatkan kepastian.
"Tolong Khalea. Don't do this to me" rayu Hakeem.
"Saya buat apa pula ni?" muskil dia jadinya.
"I'm in front of your house. Saya nak jumpa awak sekejap......boleh?" tanya Hakeem. Hati sudah berdebar-debar menunggu jawapan Khalea.
Lihat jam pada phone. Terbeliak mata Khalea melihat waktu sudah pukul 12:40 malam. Apa yang tuannya mahu ni? Malam-malam buta cari dia.
"Sekejap saya pakai tudung" dicapai tudung sarung yang tersangkut pada tombol pintu. Perlahan-lahan di keluar tidak mahu orang lain tahu.
Melihat Hakeem yang hanya beberapa meter dari pintu rumahnya langsung bekerut dahinya.
Hakeem maju mendekati Khalea yang sedang menyarung selipar. Hendak disentuh gadis itu namun dia berhenti sesaat Khalea menoleh padanya.
Jarak antara mereka tidak sampai satu meter. Tenungan Hakeem pada Khalea membuatkan gadis itu menukar arah.
YOU ARE READING
ur the dream | c
Romance[ Karya Pertama ] ♡︎ For her. He signed an agreement promising to be hurts For him. She is attempting to fortify against herself They both fight but will fate be on their side?