UR 4

6.4K 309 31
                                    

Pandangan Khalea terhadap Hakeem mula sayu. Entah kenapa makin takut dia pada boss dia ini.

Apa yang dia perlu buat sekarang? Khalea tidak mahu tapi nak keluar kereta pon tak boleh sekarang ni.

"Tuan.."

"Yes, sweetheart"

"Bukalah pintu ni, saya nak balik"

"Teman i dinner I promise it won't take long. 30 minutes the longest. Please sweetheart"

Keluhan terdengar, ubah pandangan dan hanya mengangguk kepala.

Seat diubah setelah mendapat persetujuan dari Khalea, perjalanan bersambung.

Diam tanpa kata, entah ke mana dia di bawa pergi, telefon bimbit  dibuka untuk menghilangkan rasa bosan. Bunyi dari aplikasi tiktok kedengaran.

Hampir 15 minit di atas jalan, Khalea mula pelik. Hakeem dipandang sekilas. Muka tanpa expression yang otak dia perlu cerna.

"Kita nak kemana ni tuan? Jauh lagi ke" tanya Khalea perlahan

Diam, tiada suara melainkan bunyi aircond beralun santai.

"Tadi kata 30 minit, pukul berapa nak sampai rumah kalau kedai makan hujung kampung" bebel Khalea terselit perlian walaupun dengan nada suara perlahan namun masih didengari Hakeem.

Hanya berbekalkan senyum sinis dia menoleh ke arah Khalea yang sudah membiru. Takut lah tu.

"Tuan, aduh tadi kata lain lepastu buat lain. Tuan nak bawa saya pergi mana ni" gelabah suara Khalea yang mulai  terselit getaran.

Suasana hening malam membuatkan dia makin risau. Tak pernah pula dia nampak tempat ini dan tiada bayang kedai makan yang mungkin wujud.

Tercengang Khalea apabila kereta menyusur ke sebuah perkarangan rumah mewah. Rumah bak istana terletak cantik membuatkan dia teruja.

Kejap! Rumah siapa ni?

Kereta diberhentikan di parkir rumah agam yang tersidang beberapa kereta mewah tersusun dibawah bumbung. Hakeem keluar bersahaja lalu pintu kereta di bahagian Khalea di buka.

"Jom" ajak Hakeem teruja.

"Rumah siapa ni? Ada orang lain tak? Kenapa tuan bawa saya datang sini?" bertubi-tubi soalan dilontarkan.

Hakeem hanya tersenyum. "Sweetheart, you should talk more. I'm obsessed" katanya lancar.

WHAT!? SAH BOSS AKU GILA.

Tangan Khalea cuba ditarik namun belum sempat dicapai, Khalea sudah mengalihkan. "Tuan jawab dulu rumah siapa baru saya ikut" tajam mata Khalea merenung Hakeem.

"Your future mother in law, love. Now, Lets go" bergegas Khalea keluar daripada perut kereta apabila dia nampak Hakeem cuba untuk menariknya lagi.

Pintu rumah sebesar almari itu dikuak perlahan. Sunyi. Ada orang ataupun tidak? Khalea mula risau.

"Hi anak umi lama tak balik rumah sibuk sangat ke sampai tak ingat jalan balik rumah?" sapa Puan Sri Amina secara tiba-tiba kearah Tuan Hakeem.

Khalea tercegat melihat kelakuan antara ibu dan anak itu. Rindulah pula ibu di kampung.

Beberapa saat setelah itu, pandangan Puan Sri Amina berubah kearah Khalea yang terlihat janggal berdiri disisi Hakeem.

Kalau berdiri di belakang mungkin orang akan ingat Hakeem balik seorang diri kerana mana Khalea? Hilang. Khalea merupakan gadis petite. Tingginya hanya 150cm.

Pengelangan tangan Khalea disentuh perlahan. "Ehh siapa ni? Cantiknya dia. Bakal menantu umi ke fei?" Teruja suara Puan Sri Amina berbicara.

Khalea menarik tangan Puan Sri Amina lalu dicium perlahan. Dielus lembut kepala Khalea yang menunduk.

"Tak tahu, umi tanyalah dia if she wants to be your daughter in law" balas Hakeem selamba. Khalea hanya tersenyum segan memandang Puan Sri Amina.

"Umi masak tak? Fei laparlah. Menantu umi pon lapar" sambungnya.

NANIIIIII??

Berkerut wajah Khalea mendengar penyataan Hakeem."Bila masa aku cakap aku lapar???" Marahnya dalam hati.

Puan Sri Amina dengan senyuman yang tidak putus masih memandang Khalea."Ala kesian menantu umi lapar, Jom makan umi masak banyak" tangan Khalea ditarik olehnya menuju ke dapur.

Hakeem hanya mengekori dua wanita itu sambil tersenyum gembira.

"Khalea makan lauk kampung tak?" Tanya Puan Sri Amina sambil mengisi pinggan Khalea dengan nasi.

"Makan je Puan Sri, sedapnya bau" berselera Khalea melihat makanan yang terhidang di atas meja.

"Panggil umi je sayang. Tak lama lagi kita nak jadi satu family dah" kata Puan Sri Amina tersenyum happy.

Khalea hanya memberi senyuman kelat. Dia masih tidak boleh tangkap apa yang sedang terjadi. Daripada single sejak lahir tiba-tiba kena jadi menantu keluarga T20...macam tak masuk dek akal.

Selesai makan dapur dituju untuk membasuh semua pingan dan mangkuk yang kotor.

Sedang Khalea asyik mencuci, terasa ada tangan melingkari badan dia dari belakang."Tuan buat apa ni" muncul dua belah tangan Hakeem menahan badan sendiri pada countertop.

Badan berpusing menoleh kearah Hakeem yang juga merenung dirinya. Khalea ditahan diantara lengan Hakeem, badan terasa kecil berdiri ditengah lelaki tegap dan tinggi itu.

Merasa diri tidak selesa dengan keadaan sekarang, Khalea sekuat hati menolak badan Hakeem jauh daripadanya. Jantung menekan laju, seluruh badan mula mengeletar hebat.

Semakin dia tolak semakin Hakeem rapatkan jarak antara mereka. "Baik tuan lepaskan sekarang kalau tak saya jerit" wajah Hakeem semakin menghampiri wajah dia bersama senyuman sinis.

Khalea meronta dan bergelut sekuat hati meminta dilepaskan namun apalah daya dia untuk dibandingkan dengan lelaki yang mengepung badan kecilnya sekarang.  Khalea tunduk, tangan Hakeem turut bergerak menahan ruang untuk gadis itu terlepas dari gengaman dia.

Sedaya upaya Khalea menolak tangan Hakeem supay terlepas dari countertop itu."Ya allah tolong aku" tangisan cuba dikawal kerana dia tahu sekali tangisan dia jatuh, Khalea akan jadi selemah- lemahnya.

"Jeritlah, Umi kat atas. No one will hear you" bisiknya perlahan tepat di telinga Khalea. Bauan Khalea menusuk kedalam rongga hidungnya membuatkan dia lebih tidak keruan.

Jarak dipotong, badan menghampiri menyentuh jemari kaki dia dan gadis itu. Nasiblah Khalea pakai stokin!  Watak Hakeem sekarang seperti tidak ingin dilepaskan gadis itu. Dia mahukan gadis itu menjadi miliknya selamanya. His dream girl.

Hakeem merendahkan lagi badan sendiri untuk melihat wajah Khalea yang menunduk sejak tadi. Wajah merah dan badan terhinjut-hinjut sekali lagi menyentak Hakeem daripada kelakuannya.

Tangan dijatuhkan dari terus menahan gadis itu."I'm sorry. I'm so sorry, Sweetheart" tangan Khalea digenggam kemas. Sekali lagi, dia meminta maaf diatas kesalahan yang sama.

Tiada tanda Khalea akan berhenti menangis, Hakeem mula menjauhkan diri.


─── ⋆⋅⋅⋆ ──


So what do you guys think so far?

˶ᵔ ᵕ ᵔ˶
To be Continued

ur the dream | cWhere stories live. Discover now