Tudung bawal silk matte yang berwarna agak cerah dililit cantik, lipstick tona merah gelap dicalit di bibir delima nya.
Harini merupakan hari terakhir untuk percutian singkat.
Bagasi sederhana kecil ditarik keluar. Pintu bilik hadapan ditenung lama. Boleh ke Zarief menyimpan barang barang di sendiri? Dengan kaki dia yang sakit tu?
Aleena mengeluh sebelum loceng bilik ditekan.
Tidak lama selepas loceng bilik ditekan, wajah lelaki itu muncul. Rambut serabai, and is he shirtless?
"Awak dah simpan barang?" Aleena menyoal laju.
"Er, belum. Dah nak gerak ke?" Suara garau Zarief bersuara. Damn.
"Nak saya tolong?
"Sure" lantas pintu bilik dibuka sepenuh nya untuk gadis itu masuk.
"Awak kemas yang simple simple je la, yang saya tak boleh capai je. Baju baju semua saya buat"
Aleena mengangguk, lalu terus dicapai plastik kosong dan mula mengutip plastik plastik bungkusan.
Sambil dia leka menyimpan, satu benda bersinar muncul di depan muka nya.
"Apa ni?" Aleena menyoal.
"Rantai, untuk awak" sekalung rantai yang dihiasi cantik dengan permata Swarovski berkilauan dengan salutan emas.
"Eh, tak nak lah. Saya bukan sesiapa pun. Awak bagi je dekat ibu awak." Aleena menolak. Yela, dia bukan nya ada apa apa hubungan pun dengan Zarief.
"Ibu dah ade, ini memang saya dah niat beli untuk awak. Ini sebenarnya tanda saya minta maaf dan hargai awak. Saya tahu, semasa hubungan saya dengan awak dahulu saya tak hargai jasa awak, saya buta. Awak dah buat macam macam untuk tapi saya hanya khianati awak sahaja, ambil lah Aleena, kali ni je." Zatief tetap bertegas dengan pendirian nya, rantai leher itu dihulurkan jua kepada Aleena.
"Ni mahal sangat ni awak. Saya tak mampu nak bayar ni" Aleena berkata sambil melihat rantai emas itu, iya la bukan satu permata yang ada, tetapi lima.
"Ambil tau, nanti pakai tau. Mesti cantik kalau awak pakai. Jangan buang, dan jangan jual. Saya haram kan awak jual."
Present
Kini hampir 3 bulan selepas percutian pendek itu berlalu. Habis sahaja percutian singkat itu, Aleena terus sibuk dengan kerjaya nya. Rezeki bertambah, client pun sudah semakin ramai untuk mendapatkan khidmat nya yang berkerja sebagai interior designer itu.
"Kalau puan berminat dengan style simple dan suasana yang terang, saya lebih cadangkan untuk puan lihat style style jepun. Iaitu minimalist, minimalist ini diciptakan untuk seorang yang suka berjimat dan lebih tersusun. Kebanyakan customer ada yang suka style hidden kitchen. Jadi, barang barang dapur diasingkan." Aleena menerangkan prmilihan style dapur kepada klien wanita di hadapan nya itu.
YOU ARE READING
Peluang Kedua | Hikayat Cinta Kita
Short StoryKisah seorang lelaki yang cuba memikat kembali dan memohon kemaafan dari sang bekas cinta nya. Adakah kemaafan dan cinta nya diterima kembali?