١

9 2 0
                                    

"AKU DENGAN ZARIEF SATU KERETA? EH TAK! SEKARANG NI, MACAM MANA ZARIEF BOLEH JOIN SEKALI TRIP KITA NI ROSE?" Aku, Aleena NurWardah bangun terkejut sambil memandang tajam muka sahabat karib aku yang satu ni, Nur Mawar , nama modern dia Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU DENGAN ZARIEF SATU KERETA? EH TAK! SEKARANG NI, MACAM MANA ZARIEF BOLEH JOIN SEKALI TRIP KITA NI ROSE?" Aku, Aleena NurWardah bangun terkejut sambil memandang tajam muka sahabat karib aku yang satu ni, Nur Mawar , nama modern dia Rose.

"Er, aku pun tak tahu pasal ni Leena, yang aku tahu, pagi tadi Redza ada rombak balik nama tu, dia tambah nama Zarief, ala Leena 5 hari je. Lagipun, time ni lah kau kena tunjuk comeback kau! Tak ke gitu sistur?" Sambil mengangkat kening beberapa kali, Rose menerangkan apa yang terjadi.

Aleena terjeda diam seketika. Zarief atau nama penuh nya Zarief Iqbal adalah bekas teman lelaki aku yang ke-2,jangan tanya yang pertama. Zarief ni juga merangkap crush aku. Dan paling teruk, aku yang tackle dia.

Worst decision ever.

Nafas dihela panjang. Aku kena tunjuk kuat, takkan nak tunjuk lemah je kut, setakat EX, heh apa kelas.

"Okay, dah kita dah lambat, kau duduk depan, assist map. Kita kena gerak cepat ni" Aleena terus masuk ke dalam kereta berjenama Honda nya.

Bukan takmau beli lokal, cuma impian sejak kecil lagi.

Tanpa melengah kan masa sesaat pun, pacuan bertayar empat itu laju meninggalkan kawasan untuk bergerak ke destinasi pertemuan utama, iaitu R&R

📍R&R

Sudah kelihatan 4 biji buah kereta pelbagai jenama dan bentuk milik rakan rakan aku dah sampai, aku jela yang lambat.

Slow but safe.

"Kau pergi masuk dulu, aku nak check kereta kejap, ayah aku suruh check tadi" Rose mengangguk mendengar arahan, laju si gadis berumur 23 itu keluar dari kereta.

Button boot depan kereta aku tekan untuk buka.

Klak!

"Hm, semua okay ni. Snap je la sent ayah semua" tangan ku ligat menangkap gambar gambar penting yang terisi di boot depan untuk di 'double check' oleh ayah, er dia percaya je. Cuma dia cakap anak dia ni loqlaq.

"Awak cek ape?" Suara garau menghempas telinga kanan ku. Laju aku kalih untuk melihat gerangan nya.

"Cek ni benda benda kereta, kenapa?" Riak wajah aku cuba kekalkan, cool. Mana tak nya, ade jejaka yang muncul lebih lebih lagi, Zarief Iqbal. Haih, malang betul.

Dia menangguk lemah. Mata nya memandang aku. Aku pandang lah balik, ape ingat aku ni nak cair ke?

Lama punya lama, mata aku pedih, argh kena tukar topik ni.

"Hidup lagi rupanya awak ni. Ingatkan dah-"

"Arwah?" Zarief menyambung.

"Saya tak cakap, awak yang cakap." Balas aku sambil menarik boot depan untuk ditutup.

"Haih, yela. Buka bonet belakang, saya nak letak beg" Zarief mengarah.

Aleena mengerutkan kening.

"For what?"

Dia menunduk tepat ke wajah ku. "NAK-LETAK-BARANG"

"yes i know, but the reason?" Aku melawan.

"Saya naik dengan awak, lagipun awak berdua je dengan Rose, Honda awak ni muat 6 orang" kata nya selamba sambil menarik luggage yang bersaiz sederhana kecil.

"Redza? Alif?"

"Maximum capacity, yang awak banyak tanya ni kenapa, buka cepat, saya tak makan nasi lagi ni." Zarief bertindak mengetuk bonet belakang.

"Ish! Jangan ketuk lah, calar nanti!" Aku merengus sambil membuka bonet belakang.

"Dah makan? Kalau belum jom, awak tu ada darah rendah" Zarief menyoal.

"Puasa"

Zarief tergelak. Apa yang lawak nya?

"Liar, saya nampak awak sedut air tadi. Dah jom, saya tahu awak benci saya, tapi jangan menyusahkan diri sendiri."

"Tch, perasan. Pergi lah dulu, saya nak susun beg ni kejap" Aleena membuat alasan, the real reason is aku tak nak dekat dengan dia, taubat!

"Zarief kau duduk depan, belakang ni kawasan aku" Rose laju duduk di bahagian belakang.

"Okay je" balas si Zarief.

Okay? Im not okay!

Aleena hanya menyepi senyap, malas nak bersuara, mahu kurangkan interaction.

"Awak tahu jalan ke?"

"Tu, kawan awak dekat depan kan, saya ikut je la dia" Aleena menunjuk kereta di hadapan nya, kereta milik Redza

"What if-"

"Apa kata kalau awak rest? Awak senyap je, tidur ke?"

"Haih,ketegaq nya awak ni" Zarief mengeluh sambil tergeleng geleng kepala.

Aleena mengerling mata ke tepi, nak melihat keadaan. Seat belakang jangan tanya dah dibuai mimpi.

Paparan GPS ditekan, terus aku masukkan lokasi yang ingin ditujui. Actually, aku pun takut sesat juga. Saja tunjuk keras.

Hampir 3 jam perjalanan akhirnya kami tiba di destinasi.

📍Hotel

"Okay easy, aku explain simple je, so korang pilih lah roommate korang, kalau nak sorang pun sorang lah. Booking sendiri, dah besar, dah tua, cuma tak matang je lagi. So, jom."

"Kau nak sorang sorang ke bilik? " Rose menyoal sambil angkat keluar bag bag milik nya.

"Entah lah wei, terpulang. Kalau kau nak sorang sorang aku okay je"

Rose tersenyum sambil terbelit belit manja "Sebenarnya aku dah janji dengan Chira nak sebilik dengan dia"

"Lah, takpe. Aku pun ingat macam nak sorang sorang je kut kalini"

Sebenarnya, aku tak kisah pun sebilik dengan sesiapa. Sorang sorang pun okay, ramai ramai pun okay.

Tanpa melengahkan sedikit masa pun Aleena terus mengangkat beg beg milik nya, hanya nampak katil empuk sahaja.

Satu card dihulur ke arah Aleena. "Ni bilik cik, anything that you need Cik boleh inform dekat kami ye" lembut bicara seorang gadis receptionist.

Cukup menghadiakan senyuman dan ucapan terima kasih .

Namun lain pula untuk seseorang yang lain.

"Saya husband dia, if you dont mind? Can I get the nearest room from her?"

•To be continue•

Peluang Kedua | Hikayat Cinta KitaWhere stories live. Discover now