Senyap sunyi. Hanya iklan Spotify sahaja bersuara menghiasi bilik bernombor 134 ini.
Haish, Zarief ni pun tahu lah kedekut. Spotify premium pun tak mampu ke?
"Kejap tunggu lagu, baru feeling sikit"Zarrief berkata.
Aleena memandang lemah wajah Zarief, elok tekan je luka kaki dia tu.
"Awak ni takde duit ke nak bayar iklan spotify?"
"PTPTN tak masuk lagi, lama betul dia sidai. Awak punya dah masuk?"
"Saya tak ambil pinjaman, pengajian ditanggung sepenuhnya" Aleena membalas datar.
"Dak dak pandai ar ni? Bangga lah ada ex macam awak ni."
'Langganlah Spotify premium untuk mendengar lagu lagu kesukaan anda tanpa henti'
* lagu cinta ismail izzani
"Okay back to the topic. Saya tahu saya tak layak untuk peluang kedua awak, sebab salah saya terlalu besar untuk peluang yang mahal dan bernilai tu jadi-"
"tengok je la dulu macam mana" Aleena memintas percakapan Zarief.
"Awak ni, jangan lah spoil. Tunggu sampai chorus dulu"
"Saya lapar lah Zarief"
"Lapar? Nah makan ni, sedap isi penuh" Zarief bergurau dengan menghulur kan lengan nya.
Aleena menatap geram. 'Kalau dah halal ni, aku gigit sampai tercabut isi pun takpe'
"Budak ni ke yang menangis merengek rengek tadi?" Aleena memerli.
"Mana ada" Zarief memuncung.
"Ergh, dah lah. Saya nak balik bilik. Ni makan ubat, astu tidur. Dah bye bye" tanpa dilengah kan masa Aleena mengutip apa yang patut dan bergerak keluar dari bilik Zarief.
"Awak! Sabar lah dulu! At least tunggu lah chorus. Monyet!!"
Aleena berhenti di depan pintu nya yang tertutup sambil menunggu chorus. Selagi tak buat, selagi tu dia mengada.
"Okay, nyanyi sama sama" Aleena bersandar di pintu, manakal Zarief kekal di tepi katil.
3,2,1
Chorus *cinta ismail izzani
Aleena baru teringat, yang dia sempat membeli cool fever. Laju dia membuka plastik yang mengandungi pelekat sejuk itu.
Lalu, dia berjalan ke arah Zarief. Dan..
Pap! Cool fever dilekatkn di dahi luas lelaki itu.
"Jangan reti nak bercinta je, belajar mengucap tu. Awak tu tidur sorang. Pape call, gua cau lu"
"Saya takde nombor awak"
"Call pihak hotel lah, apa pulak call saya"
"Alaaaaa,nak nombor awak..." Zarief merengek manja.
YOU ARE READING
Peluang Kedua | Hikayat Cinta Kita
ContoKisah seorang lelaki yang cuba memikat kembali dan memohon kemaafan dari sang bekas cinta nya. Adakah kemaafan dan cinta nya diterima kembali?