Trip kalini cukup berbeza, datang sekali tapi bergerak secara asing asing, itu lebih selesa lebih lebih lagi dua orang dari kawan aku, sudah menghalalkan hubungan, takkan nak kacau daun.
Dan yang pasti, aku lebih terasa kerana selesa ade masa untuk bersendirian, dan ade masa untuk bersosial cukup sesuai untuk aku yang bernama Aleena yang bersifat introvert. Dan semestinya ini membuatkan aku lebih selesa and dapat elakkan diri dari Zarief.
"Kau betul ni nak berjalan sorang sorang? Memang taknaj join kami?" Azwina menyoal sekali lagi.
Aku mengangguk pasti. "Betul, korang pergi lah, aku nak ambik angin sorang sorang je harini. Have fun okay, ada apa apa call je tau"
"Kalau macam tu, okay lah. Terpulang, kau jaga diri elok elok. Kitaorang pergi dulu" Rose membalas tenang.
Dan dengan itu, kami berpisah.
Handphone aku keluarkan dan aku terus ke arah hala tuju yang ingin ditujui. Thats is cafe, I need cafein.
📍Sonogong Cafe
Ting!
Menandakan Aleena memasuki cafe modern yang dicat dengan warna beige and some touch of brown.
Sampai sahaja di kaunter seorang pekerja sudah menghadiahkan senyuman.
"Hi I'm Jun, what would you like to order miss?" Soal pekerja lelaki itu.
"Can I get Latte with double shot of coffee? And is it there any recommendation food or dessert that I can try ?" Aleena memberi tahu lembut.
Pekerja yang bernama Jun itu mengeluarkan kertas menu yang penuh dengan gambar makanan.
"This is our top selling dessert , Pop crunch Choco Hazelnut, but if miss have allergic with peanut so its not suitable for you, and the second we have Scone Salted Caramel. Kalau personal opinion saya, saya lebih suka this one, Chicken fried with spicy sweet sour coated, spicyness level dia 5/10, so tak terlalu pedas." Petah lelaki berpakaian putih di mengulas.
"Em, give me Pop crunch Choco Hazelnut and your personal opinion tadi"
Jun tergelak kecil. "Dine in or take away?"
"Dine in" balasku.
"Total RM28.90, cash or debit?"
"Cash please"
"Okay, this is the baki and table number, kejap lagi saya hantar ke meja cik" Jun menyerahkan nombor meja kepada Aleena.
Aleena bergerak ke meja berseorangan dengan menghadap ke arah luar, view yang cantik penuh dengan manusia yang lalu lalang dengan urusan masing masing. Dari jauh juga, laut pantai dapat dilihat, dan tenang. Tak salah pilih cafe rupanya.
YOU ARE READING
Peluang Kedua | Hikayat Cinta Kita
Short StoryKisah seorang lelaki yang cuba memikat kembali dan memohon kemaafan dari sang bekas cinta nya. Adakah kemaafan dan cinta nya diterima kembali?