Semenjak pertemuan singkat Ezwan dengan Hana , Hana merasa dirinya mulai terbuka secara perlahan-lahan. Bukan itu sahaja , Ezwan selalu melawat kedua ibubapanya setiap kali hujung minggu.
Entah angin apa yang sampuk lelaki itu. Macam mana dia tahu? Ibunya sering bercerita tentang kehadiran lelaki itu. Yelah. Hana tinggal dekat asrama. Dia akan pulang kerumah pada masa tertentu sahaja.
Sekarang , dirinya begitu sibuk dengan tugas-tugas yang diberikan. Jadi , amat sukar untuk dirinya pulang kerumah ibunya. Hanya mampu bertanya khabar melalui panggilan telefon saja.
Sewaktu Hana tengah menyiapkan tugasnya , dia mendengar telefonnya berbunyi sebentar , menandakan ada pesan masuk. Dia pun melihat siapa yang hantar mesej dekatnya.
'Assalammualaikum. Ni aku , Ez.'
Berkerut dahi Hana melihat pesan singkat itu. Ez? Ezwan? Dari mana pula dia dapat nombor aku? Monolognya dalam hati.
Dia pun membalas pesan tersebut. Nanti diabaikan , tak pasal-pasal lelaki tu muncul. Seram juga dia sebenarnya melihat Ezwan itu.
'Waalaikummussalam. Ye , nak ape? Macam mana boleh dapat nombor saya ye?' -Hana
'Hal remeh. Straight to the point , kau busy ke tak sekarang ni?' -Ezwan
Amboi mamat ni. Dia lurus je. Hmph! Tak romantik langsung. Hana merasa menyampah melihat pesan yang dihantar oleh Ezwan itu. Main lurus je.
'Tak busy sangat. Kenapa?' -Hana
'Keluar sekarang. Aku dah tunggu kau dekat depan bangunan asrama kau.' -Ezwan
Ternganga Hana disitu. Depan asrama?! Biar betul mamat ni?! Dia pun pergi mendekati tingkap biliknya dan memang betul.
Dia nampak Ezwan sedang menyandar tubuhnya pada kereta Audi miliknya. Dengan tergesa-gesa , dia pun memakai tudungnya dan keluar untuk berjumpa dengan Ezwan.
Ezwan yang sibuk memandang skrin telefonnya terganggu apabila mendengar suara dehaman dari Hana. Gadis itu bercekak pinggang didepannya.
"Asal awak tak cakap awal-awal yang awak nak jumpa saya?" Ayat pertama yang keluar dari mulutnya. 'Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat ni.'
"Hm. Kalau aku bagitahu awal pun , aku yakin kau tak nak keluar. Dah masuk cepat." Kata Ezwan. Hana hanya mencebik sebelum masuk kedalam kereta.
Ezwan pun masuk ke tempat duduk pemandu. Niatnya harini nak bawa Hana jalan-jalan sambil kenal-kenal. Nak juga dia tahu macam mana arwah abangnya boleh jatuh hati pada si Hana ni.
Tali pinggang dipakai. Keselamatan kena utamakan ye. Ezwan pun mula memandu keluar dari kawasan asrama tersebut.
Sepanjang perjalanan , mereka hanya diam saja. Hanya ditemani bunyi angin dari penghawa dingin.
'Macam nak lepuk je dua mangkuk ni' -author
"Jadi , awak nak bawa saya pergi mana?" Tanya Hana perlahan. Daripada dorang keras macam batu , better dia mula bercakap. Nak tunggu mamat ni becakap? Sampai kiamat rasanya dia tak akan buka mulut dia.
"Pergi tempat biasa." Kata Ezwan. Berkerut dahi Hana mendengar balasan dari jejaka itu. 'Tempat biasa?' Kereta tersebut mula bergerak perlahan menandakan mereka telah pun tiba.
Hana pun melepaskan tali pinggang tersebut lalu keluar dari perut kereta itu. Baru dia tahu... Rupanya , Ezwan membawanya ke suatu tempat yang sangat dia kenal.
Tempat tersebut merupakan di tebing sungai. Dia dan Izwan dulu selalu meluangkan masa disini. Dan tempat ini juga merupakan tempat dia pertama kali bertemu Izwan.
Ezwan pun duduk dibangku berdekatan dan diikuti oleh Hana. Duduk pun ada batas ye. Hana sampai meninggalkan ruang yang begitu besar di bahagian tengah bangku itu.
"So , Hana... Aku nak tanya. Macam mana kau boleh kenal dengan abang aku?" Ezwan mula membuka bicara. Sebenarnya , dia tahu je ceritanya cuma dia nak dengar sendiri dari mulut Hana.
Hana yang merasa berat untuk menceritakan pertemuan mereka itu pun mula menarik nafas panjang. Lagipun , Ezwan ni adik arwah tunangnya. Tak salah kalau dia cerita kan?
-flashback ,
Waktu itu , Hana baru sahaja berumur 18 tahun. Dia sedang duduk termenung dibangku kerana stress memikirkan masalah yang dihadapinya.
Dia sebenarnya tengah bekerja part-time disebuah kafe namun sayangnya , dia dipecat akibat rakan sepekerjanya membelot dirinya yang mengatakan bahawa dia telah mencuri duit kedai.
Sekarang , dia buntu. Dia perlu membayar duit yang hilang itu. Nilainya sangatlah tinggi sehingga dia tidak mampu memberitahu kedua ibubapanya.
Sedang dia termenung , tiba-tiba dia merasakan tudungnya ditarik dengan begitu kasar. Dia melihat siapakah yang berbuat sedemikian.
Ha... Adwa rupanya . Rakan sepekerjanya yang menuduh dirinya. Dengan kasar , dia menolak tangan Adwa dari terus mencengkam tudungnya.
"Kau memang patut mampuslah perempuan! Dasar tak tahu malu! Dahlah curi duit kedai lepastu tak reti nak bayar balik!" Jerit Adwa dengan suara besar.
Saja dia nak malukan Hana memandangkan terdapat beberapa orang disekitar mereka. Hana yang mendengar kata-kata Adwa itu terus panas.
"Bila masa kau nampak aku curi duit ha?! Bila?! Kau jangan nak tuduh-tuduh , Adwa!" Balas Hana. Dia tak mampu untuk berdiam diri lagi. Dia sudah serik dipijak oleh Adwa.
Ya , sewaktu dia bekerja di kafe tersebut , dia sering dibuli oleh Adwa. Namun , dia hanya mampu berdiam diri sahaja. Tapi tidak pada kali ini. Ini bukan salah dia!
Orang-orang yang ada disitu hanya menyaksikan dua gadis itu betengkar mulut. Tak ada yang berani nak masuk campur.
Adwa pula , tersenyum dalam diam. Dia harus menyelesaikan kerjanya. Tanpa Hana sedar , dirinya telah didorong hingga jatuh kedalam sungai tersebut.
Sungai itu boleh dikatakan agak dalam. Hana yang tidak pandai berenang terkapai-kapai menjerit minta tolong. Adwa hanya mengetawakan dirinya. Lalu dia memandang kearah orang-orang sekitarnya.
"Siapa yang tolong dia , aku bunuh korang satu-satu!" Tegur Adwa sebagai amaran. Mereka pula tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Adwa ni merupakan anak orang kaya.
Ayahnya merupakan CEO terkenal. Jadi , mereka hanya mampu melihat Hana yang terkapai-kapai itu. Adwa pun meninggalkan Hana tanpa rasa bersalah sekalipun.
Kalau orang berani report perbuatannya , pandai-pandailah dia minta tolong pada ayahnya.
Dan pada waktu yang sama , Izwan yang tengah berjogging di kawasan tersebut mendengar suara sayup-sayup meminta tolong.
"T-tolong! Tolong saya!" Jerit Hana sekuat hati. Dia tidak mampu lagi menahan dirinya yang hampir tenggelam itu.
Izwan yang nampak Hana hampir lemas itu terus terjun untuk menyelamatkannya. Orang-orang disitu mula risau. Salah mereka juga kerana tidak menolong Hana tapi apakah daya , amaran dari Adwa itu sangatlah berbahaya.
Izwan mencempung tubuh kecil Hana lalu dibaringkan dipahanya. Muka Hana pula bukan main pucat. Bibirnya pun mulai kebiruan. Orang-orang mula mengerumuni mereka.
Pipi Hana ditepuk-tepuk untuk menyedari gadis itu. Namun , tiada sebarang respond dari Hana. Izwan menarik nafas perlahan.
Hidung Hana dipicit sedikit lalu dia pun mencantumkan bibirnya dengan Hana. Nafas dihembuskan. Setelah itu , dada Hana juga turut ditekan-tekan.
Dengan pantas , Hana membuka matanya dan batuk untuk mengeluarkan air yang masuk secara berlebihan dalam dirinya.
Izwan pun menukarkan kedudukan Hana dari baring terus duduk. Belakang Hana diusap perlahan. Setelah selesai , Hana menarik nafas perlahan sebelum dirinya terbaring didada Izwan.
Izwan terus memegang Hana supaya tidak jatuh ke tanah. Dan pada waktu itulah , mata mereka bertembung buat kali pertama. Disitulah , mulanya kisah mereka.
-end flashback
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Jagakan Dia Untukku
Action"Asal minah tu selalu pakai rantai tu eh? Buruk plus takde rupa" "Kan! Orang zaman sekarang takdenye pakai rantai macam tu. Tak pandai berfesyen langsung" Setiap hari , ada sahaja cerita mengenai rantai yang dipakai oleh dirinya. Mereka tidak tahu d...