9

237 11 1
                                    

Before reading this chapter ,
Please vote and comments to show your support❤️ thank you!

Ezwan dan ahlinya yang lain sekarang sedang berkemas-kemas untuk menyiapkan diri bagi persiapan pulang ke Malaysia.

Nathan bukan main bersenang ria mengemas barang dia apabila mereka diberitahu yang harini mereka akan pulang semula. Rindu mak!

Sedang sibuk mengemas , Ezwan mendapat satu panggilan dari nombor asing. Dengan merasa hairan , Ezwan pun menekan ikon hijau bagi menjawab panggilan tersebut.

"Hello?" Katanya. Tiba-tiba saja , dia mendengar suara orang tua yang nak mampus ketawa-ketawa di talian sebelah. Lah. Atuk sapa yang sesat ni?

"Tuan Ezwan... licik orangnya." Kata seseorang. Tubuh Ezwan terus menegang apabila mendengar suara yang amat dikenalinya itu. Siapa lagi kalau bukan Si Tua Herman tu. Author melebih.

"Kau nak apa?" Kata Ezwan datar. Tak hingin dia nak berlembut dengan si Tua ni. Tuan Herman tersenyum sinis disebalik panggilan tersebut.

Tangannya sedang memegang sepucuk pistol dan di hadapannya , ada susuk tubuh yang sedang diikat di kerusi dengan keadaan yang sangat memilukan.

"Aku nak cakap yang kau memang pandai main kotor kan? Sampai 'kawan' aku sekali sanggup nak tolong kau" kata Tuan Herman dengan nada mengejek.

Ezwan berkerut dahi. Kawan? Maksudnya? Dihujung talian , dia mendengar suara hembusan nafas berat seseorang. Bukan itu sahaja , kedengaran juga seperti bunyi hentakan yang dia langsung tak boleh bayangkan apa yang sedang terjadi di sana.

"Kau orang muda... Aku nasihatkan satu benda je. Jangan main dengan api!" dan panggilan tersebut berakhir. Ezwan yang melihat skrin telefonnya yang gelap itu merasa tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang teruk bakal berlaku. 

"Tuan?" panggil Raymond dengan nada perlahan. Risau pula dia bila tengok wajah Ezwan yang bertukar jadi tegang itu. Ezwan memandang kearah Raymond sambil menarik nafas panjang.

"Teruskan mengemas. Kita balik Malaysia harini. Pastikan semua ahli kita ada." Kata Ezwan tegas.

Raymond mengangguk dan keluar dari ruangan Ezwan. Ezwan meletakkan semula telefon miliknya didalam poket sebelum kembali mengemas. Harap-harap , tidak yang seperti dia  fikirkan.

Sementara itu, 

Herman bukan main ketawa gila. Bukan main seronok dia bila sekarang Louise ada ditangannya. Ya , lelaki yang Herman tangkap itu adalah rakannya sendiri , Louise.

"Kau... Gila , Herman.." Kata Louise perlahan sambil mendonggak kepalanya. Darah yang mengalir dari kepalanya dibiarkan saja. Dia tidak sangka Herman boleh bertindak lebih gila dari sebelumnya.

"Aku memang gila. Dan Kau! Kau yang buat aku jadi gila , Louise!" Jerit Herman. Pemetik api ditangannya digenggam kuat. Matanya memandang kearah Louise yang tidak berdaya itu.

"Jangan risau , Louise. Aku akan pastikan anak-anak kau terima kiriman salam kau!" Kata Herman sinis sebelum membaling pemetik api yang sedang menyala itu kearah Louise.

Dengan sekelip mata , api mula menyala memenuhi ruangan tersebut. Herman serta orang-orangnya berlalu pergi dari situ , meninggalkan Louise. Kawasan tersebut dipenuhi asap dan api yang semakin marak.

Sementara itu ,

Ezwan mengarahkan beberapa orang ahlinya untuk pergi mencari keberadaan Tuan Louise kerana mereka sempat mengesan kedudukannya namun sekarang mereka kehilangan jejak.

Nathan memandang kearah Ezwan sebelum menepuk bahunya perlahan. "Tuan , kalau Tuan nak balik dulu , Tuan baliklah. Kami boleh menyusul nanti lepas kami dah selesai cari keberadaan Tuan Louise." Kata Nathan.

Jagakan Dia UntukkuWhere stories live. Discover now