Before reading this chapter ,
Please vote and comments to show your support❤️ thank you!Hari ini genap seminggu Insyirah menjadi isteri kepada Luqman. Dia hanya berada di hotel sepanjang hari tersebut memandangkan Luqman begitu sibuk dengan tugasnya.
Luqman juga tidak menyarankan dia untuk tinggal di kem tentera milik mereka kerana bahaya memandangkan tiada ahli wanita lain dalam kumpulan mereka.
Jadi , lebih baik dia biarkan Insyirah tinggal di hotel sepanjang dia menjalankan tugas. Sekarang , Luqman berada di kem tentera diikuti Ezwan dan Nathan.
Mereka sedang berbincang tentang maklumat yang mereka dapat dari Tuan Louise. "Jadi , kelab malam yang korang pergi haritu adalah salah satu lokasi dia sembunyikan stock dia?" Tanya Ezwan.
Nathan mengangguk. Yang dia ingat , Tuan Louise ada juga memberitahu bahawa terdapat tempat lain lagi Tuan Herman menyembunyikan stock dadah miliknya. Tapi , Tuan Louise tidak dapat mengetahui dimana tempatnya.
"Bukan kat situ je , Tuan. Tuan Louise kata ada juga dekat tempat lain. Cuma dia tak tahu lokasi tempat itu kat mana." Terang Nathan.
Ezwan mengangguk perlahan. Luqman disitu hanya diam saja. Ok jujur , walaupun dia ada dengan Nathan waktu itu , tapi satu benda pun dia tak dengar.
Dek kerana kepala dia terlalu pusing. Dengan kejadian mengejut dimana dia harus kahwin pula , dia langsung merasa dirinya beban.
"Tuan , maafkan saya... Kalau tak sebab saya , mesti kita dah dapat lebih maklumat pasal Tuan Herman." Kata Luqman perlahan.
Ezwan menghela nafas perlahan. Kepalanya digeleng. "Bukan salah kau. Benda dah jadi. Lagipun , bagus apa. Pergi misi sekaligus dapat cari bini." Kata Ezwan sambil terselit gurauan diakhir katanya.
Walaupun dia tegas , kadang-kadang dia suka juga bergurau senda dengan ahlinya. Dia tidak ingin ahlinya rasa terbeban. Luqman yang mendengar gurauan dari ketuanya itu hanya mampu ketawa kecil.
Betul juga apa ketuanya cakap. Dengan umurnya sekarang 26 tahun , memang patut dia cari suri hati untuk dijadikan peneman hidup. Tapi , disebabkan kesibukan dirinya , dia tidak mampu mengenali hal-hal dalam percintaan.
"Apa-apa pun , malam ini kita kena bersiap sedia. Kita kepung tempat tu. Memandangkan Tuan Herman sekarang berada di Malaysia , senang kita nak buat kerja kita kat sini." Terang Ezwan.
Nathan mengangguk setuju. Ya , malam ini , mereka akan ada satu misi besar. Dan dia harap satu je , misi kalini berjalan dengan lancar tanpa cacat cela.
Luqman pun menatap kearah Ezwan serius. Misi malam ini , dia harus lebih cekap dari sebelumnya. Jika misi ini selesai , mereka akan pulang semula ke Malaysia. Jadi , dapat juga dia kenalkan isterinya kepada ibunya nanti.
Ketiga-tiga jejaka itu pun pergi menyiapkan barang yang mereka akan bawa. Semoga misi malam ini , mereka dapat selesaikan dengan sempurna.
Ezwan yang sedang mengemas barang-barangnya terhenti seketika bila memikirkan perbualannya dengan mamanya 3 hari lalu selepas Luqman nikah.
—Flashback ,
Ezwan sedang duduk santai di kem sambil membaca fail berkaitan Tuan Herman. Tiba-tiba , telefon pintar miliknya berdering menandakan ada panggilan masuk.
Dia pun melihat siapakah gerangan yang menghubungi dirinya. "Oh... Mama rupanya." Gumamnya perlahan sambil menekan ikon hijau yang tertera pada skrin telefonnya.
"Assalammualaikum? Ye , mama? Kenapa tiba-tiba call Ez ni?"
"Waalaikummussalam , anak mama. Ez buat apa kat situ? Ez sihat?"
"Alhamdullilah , Ez sihat. Ez cuma ni ada kerja sikit. Kenapa , mama?"
"Mama nak bagitahu yang... Hana terima lamaran kamu!"
Ezwan yang mendengar pengakuan dari ibunya itu terdiam seketika. Hana? Hana terima dia?
"Betul ke? Hana terima lamaran Ez?" Tanya Ezwan seolah-olah tidak percaya. Dalam hati , rasa nak meletup sekarang ni.
"Betullah! Bulan depan , kamu dua nikah ye~ tak sabar mama nak dapat menantu~" kata Tengku Karmila dengan nada gembira.
Setelah selesai , Ezwan terduduk dikerusinya. Mukanya diraup perlahan. Pipinya mula merah. Dalam hati , dia mengucapkan kata syukur kerana Hana telah menerima pinangannya.
Tak sabar dia nak balik ke Malaysia. Nak jumpa dengan Hana. Hati bekunya mula cair perlahan-lahan. Betullah apa orang kata. Orang hati batu pun boleh lentur kerana cinta.
-End Flashback
"Tuan... Diorang dah siap." Kata Raymond seraya melihat Ezwan yang seakan-akan kaku dengan dunianya. Ezwan tersedar dari lamunannya lalu mengangguk perlahan.
"Kejap lagi aku datang." Balasnya. Raymond pun berjalan keluar , meninggalkan Ezwan. Dia tahu apa yang Ezwan sedang fikirkan.
Ezwan menghela nafas perlahan. Rambutnya dikuak kebelakang. Matanya terus memandang kearah skrin telefonnya yang menyala disampingnya.
Gambar Hana yang sedang tersenyum itu membuat dirinya tenang. Dia pun mula langkah keluar mencari ahlinya.
Dan setelah berkumpul , mereka pun bergerak ke kelab malam tersebut.Tepat jam 8 malam , mereka tiba di kelab tersebut. Masing-masing mengambil posisi. Mereka sekarang berada di pintu belakang memandangkan pintu belakang saja yang kurang pengawasan.
Tanpa basa-basi , Ezwan terus menendang pintu tersebut.
Bum!
Beberapa orang bawahan Tuan Herman terkejut akibat bunyi dentuman itu. Ezwan dan ahli kumpulannya berlari masuk ke dalam.
Terkejut beruk orang bawahan Tuan Herman apabila mereka dikepung. Ezwan terus mengarahkan riflenya kearah mereka.
"Ikut kami!" Katanya tegas. Mereka baru nak mengeluarkan pistol tapi sudah ditahan oleh Nathan dan Luqman. Dengan terpaksa , mereka pun mengikuti Ezwan keluar.
Segala dadah yang mereka sembunyikan ditempat tersebut telahpun diambil oleh ahli kumpulan Ezwan lain untuk disimpan.
Misi mereka berjalan dengan lancar. Atas bantuan Tuan Louise , kelab malam tersebut tidaklah sekecoh mana memandangkan warga disana tidak perasan akan tindakan mereka.
Orang bawahan Tuan Herman dibawa ke kem mereka untuk di soal siasat sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Nathan dan Luqman menarik nafas lega kerana misi mereka berjalan dengan lancar.
Lepas ini , bolehlah mereka balik semula ke Malaysia untuk menunggu arahan seterusnya. Luqman kembali ke hotel untuk menjenguk isterinya.
Masuk saja bilik hotel , dia mendapati isterinya sudah tertidur pulas. Matanya memandang kearah jam yang tergantung di dinding bilik itu. Jam 11 malam.
Ya , dia balik lambat pun sebab menemankan Ezwan menyoal siasat kedua orang bawahan Tuan Herman. Itu pun mereka berkeras untuk mengatakan hal berkaitan Tuan Herman.
Senang cite , orang setia kononnye.
Dia pun mengganti pakaian kepada pakaian kasual sebelum membaringkan dirinya disebelah Insyirah. Tangannya merangkul erat pinggang ramping Insyirah.
Matanya mula memberat dan akhirnya , dia sendiri terlelap dalam alam mimpi.
—Di suatu tempat ,
"Tuan , maafkan kami. Tempat itu dah kena kepung dan mereka dah tangkap ahli kita yang lain." Kata salah seorang orang bawahan Tuan Herman.
Tuan Herman terus menghempas telefon miliknya ke lantai. Rambutnya diraup kasar. Dadanya turun naik dalam keadaan cepat.
'Tak guna. Macam mana stock aku boleh kena ceroboh ni?!' monolognya dalam hati.
Matanya dipejam sebelum menghela nafas panjang. "Cari siapa yang khianat aku! Dan bawa orang tu berjumpa dengan aku!" Arah Tuan Herman kepada orang bawahannya.
Dia akan pastikan orang tersebut mati ditangannya. Dia pasti.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Jagakan Dia Untukku
Action"Asal minah tu selalu pakai rantai tu eh? Buruk plus takde rupa" "Kan! Orang zaman sekarang takdenye pakai rantai macam tu. Tak pandai berfesyen langsung" Setiap hari , ada sahaja cerita mengenai rantai yang dipakai oleh dirinya. Mereka tidak tahu d...