Before reading this chapter ,
Please vote and comments to show your support❤️ thank you!"Seriously?! Ayah nak Adwa buat kerja gila tu ke?!" Kata Adwa tak puas hati. Bukan setakat tak puas hati , ini melibatkan nyawa dia juga.
"Adwa Syahirah! If you still want to stay in this house , you need to listen to me!" Kata Tuan Herman. Ya. Ayah Adwa sebenarnya adalah Tuan Herman. Yang dikatakan CEO terkenal sekaligus memiliki 'urusan' dalam dunia gelap.
"But.." belum sempat Adwa berkata , Tuan Herman sudah mencelah. Dia tidak mahu mendengar alasan apa-apa lagi dari anak gadisnya itu. Yang dia nak , 'tugas' yang dia beri mesti dibuat oleh Adwa.
"All I want to hear from you is yes , I will." Kata Tuan Herman tegas. Adwa sudah menarik nafas dalam. Gila! Ayahnya memang sudah gila!
"Fine! But if anything happens to you , I won't help you , dad." Kata Adwa geram sebelum berlalu pergi. Pergi mana? Tenangkan diri dari masalah-masalah yang mula timbul disebabkan tingkah ayahnya.
Tuan Herman memandang anaknya yang berlalu pergi. Rancangannya perlu berjaya. Ezwan Shahrin perlu hancur!
Sementara itu ,
"Ezwan nak perkahwinan korang dipercepatkan?" Kata Irdina terkejut. Lepas kejadian 3 hari lalu dia ikut Hana dan Ezwan , tiba-tiba pula harini Hana berkata Ezwan nak cepatkan tarikh perkahwinan dorang.
"Ye. Aku pun tak pasti kenapa tapi memang Ezwan nak cepatkan tarikh perkahwinan kami." Kata Hana sambil mengunyah keropok. Ceritanya , dorang dah balik asrama ye.
"But kau tak rasa ke benda ni terlalu awal untuk kau? Maksud aku , kenapa dia tak tunggu je kau habis study?" Kata Irdina hairan. Boleh je kan Ezwan tunggu Hana habis belajar baru kahwin , lagipun mereka hanya tinggal 6 bulan lagi.
Hana mengeluh perlahan. Bila diingat kembali kejadiannya , dia sendiri pun tak dapat baca fikiran Ezwan sendiri.
Flashback —
Ezwan dan Hana sekarang berada di dalam kereta , menuju ke rumah Hana. Selepas mereka menghantar Irdina pulang , Ezwan kata yang dia nak berjumpa dengan ibubapa Hana.
Maklumlah , nak tanya kabar.
Hana memandang ke arah tingkap sambil termenung manakala Ezwan pula fokus memandu. Cubalah pasang lagu sikit. Asyik senyap je. -Author
"Sebenarnya , aku nak cakap something dengan kau." Kata Ezwan perlahan. Hana terus memusing kepalanya untuk memandang kearah Ezwan.
"Awak nak cakap pasal apa?" Kata Hana gugup. Tiba-tiba dia rasa hati dia berdegup kencang macam nak meletup pun ada.
"Aku nak tarikh perkahwinan kita dipercepatkan." Kata-kata yang keluar dari mulut Ezwan seakan-akan membuat Hana hampir membeku ditempatnya.
Kahwin? Dipercepatkan?!
"Um.. boleh saya tahu kenapa awak nak percepatkan?" Tanya Hana perlahan. Ezwan memandang kearah Hana sekilas sebelum memandang ke depan.
"Orang kata : Benda yang baik tak elok dilambatkan" kata Ezwan bersahaja. Hana yang kat sebelah bukan main merah lagi mukanya. Tapi dia tahu sebenarnya Ezwan ada niat lain disebalik kata-kata tadi.
'Muka dia terlalu beku macam ais sampai aku sendiri tak boleh baca apa yang dia fikirkan.' monolog Hana.
End of flashback—
Hana memandang kearah Irdina sebelum menarik nafas perlahan. Kepalanya turut di geleng. "Dia hanya cakap benda yang baik tak elok dilambatkan." Kata Hana.
Irdina yang mendengar kata-kata Hana hanya mengangguk kepalanya sambil membaringkan tubuhnya diatas katil. Nak kata kesian , kesian juga la.
Tapi nak buat macam mana. Ezwan sendiri yang tetapkan keputusan tu. Ibubapa Hana pun dah setuju dengan keputusan Ezwan.
"Well , tak lama lagi kau dah bukan anak dara tau tapi dah jadi isteri orang. Ingat , dengar cakap suami dan jangan melawan." Kata Irdina sebagai tanda peringatan
Hana pula hanya terkekeh kecil sebelum menggeleng kepalanya. "Kau ni. Sekarang aku masih bebas kan. Bagilah aku release tension dulu sebelum melangkah menjadi isteri orang." Gurau Hana.
Kedua gadis itu ketawa kecil. Nanti ketawa besar , ada pula yang menegur dari bilik sebelah. Tak pasal-pasal kena cakap jadi benda 'tu'. 'Korang faham-fahamlah' - Author.
***
Ezwan sedang memandang kearah Nathan yang asyik dengan makanannya. Ya , mereka berdua sekarang berada di kedai makan dan Ezwan berniat nak belanja Nathan sekali-sekala.
"So... Did you find anything? Any traces?" Kata Ezwan perlahan sambil menghirup kopi panas miliknya. Dia ni kaki minum kopi kalau tengah serabut.
"Nope. Tua bangke tu dah pergi. Kami tak dapat nak track location dia. Harap-haraplah dia bukan kat sini." Kata Nathan sambil makan spaghetti yang dipesannya. Ezwan meletak kasar cawan kopi itu.
'Eh! Pecah kena ganti eh. Author tak bertanggungjawab kat sini.' -Author.
Tangannya naik ke dahinya sambil mengusap perlahan. Dia buntu. Kalini , Tuan Herman memang main gila dengan mereka.
Nathan yang memandang Ezwan yang kelihatan tertekan itu mengeluh perlahan. "Tuan jangan risau. Pasukan kita masih meneruskan pencarian Tuan Herman. Yang penting , nasi minyak dulu!" Seloroh Nathan.
Ditengah orang nak serius , dia boleh begurau pulak. Siapa tak kenal Nathan dengan perangai masuk air dia. Semua dah lali dengan perangainya dan Nathan jugalah yang menjadi penghibur dalam pasukan Ezwan.
Tak ada Nathan? Suram.
"Laju betul kau ye nak nasi minyak. Kerja pun separuh jalan." Kata Ezwan tegas sambil menggeleng kepala. Nasiblah dapat ahli dia yang masuk air.
Luqman mana? Korang ni macam tak faham-fahamlah. Bila dah ada bini , tak makan luarlah jawabnya.
"Kau jadi pengapit aku nanti. Kalau kau taknak , Aku boleh minta Raymond yang jadi pengapit aku." Kata Ezwan. Nathan apa lagi , senyum lebar bukan main.
"Tuan , saya dengarkan , orang yang jadi pengapit kepada pengantin ni maksudnya tak lama dah tu." Kata-kata Nathan membuatkan Ezwan berkerut dahi. Tak lama?
"Tak lama apa? Tak lama nak meninggal?" Seloroh Ezwan yang membuatkan Nathan mencebik. Cakap pasal mati pulak!
"Bukanlah! Maksudnya tak lama lagi ada pasangan atau berkahwin. Itu maksud saya." Kata Nathan dengan sabar. Ingat Nathan , dia tu Tuan kau.
Ezwan hanya ketawa perlahan sebelum menggeleng kepalanya. Mana pula budak ni dengar pasal benda alah tu.
"Cukuplah pasal kahwin ni. Jom. Dah nak masuk jam kerja." Kata Ezwan sambil bangun dari duduknya. Nathan juga turut bangun memandangkan dia dah habis makan
'Nasib baik harini Tuan Ezwan belanja. Selamat duit aku!' monolog Nathan dalam hati. Yang penting duit dia tak bergerak and dia kenyang sebab kena lanja!
Baru Ezwan nak berjalan keluar tiba-tiba dirinya dirempuh oleh seseorang gadis. Gadis itu pula terus menundukkan kepala dan berkata maaf manakala Ezwan hanya memandang gadis itu senyap sebelum keluar dari kedai itu diikuti Nathan.
"Lelaki tu yang ayah nak aku kacau?.. Interesting."
TO BE CONTINUE
YOU ARE READING
Jagakan Dia Untukku
Action"Asal minah tu selalu pakai rantai tu eh? Buruk plus takde rupa" "Kan! Orang zaman sekarang takdenye pakai rantai macam tu. Tak pandai berfesyen langsung" Setiap hari , ada sahaja cerita mengenai rantai yang dipakai oleh dirinya. Mereka tidak tahu d...