5

262 10 0
                                    

Before reading this chapter ,
Please vote and comments to show your support❤️ thank you!

Malam telah tiba. Kini , Nathan dan Luqman telah berada dihadapan salah satu kelab malam yang sering dikunjungi oleh Tuan Herman.

Nathan memandang kearah Luqman. Mukanya bukan main tegang lagi. Dia menghela nafas perlahan sebelum berkata. "Luq... Kalau kau rasa kau tak boleh , tolong jangan paksa diri kau."

Luqman menggeleng kepalanya. Dia yakin dia boleh buat misi kalini. Air liurnya diteguk kasar. Nathan hanya mengeluh sebelum membuka pintu kelab malam itu.

(Ok for your information , Nathan tu non muslim~)

Telinga mereka disapa dengan bunyi kuat musik-musik rancak dari kelab itu. Nathan dan Luqman pergi ke arah mini bar. Nathan memandang sekeliling. Matanya meliar memandang perempuan yang sedang menari.

"Nat... Focus!" Suara Ezwan kedengaran melalu alat pendengar yang dipakainya. Nathan terus berdeham setelah sedar yang tuannya sedang memerhati dirinya.

Walaupun Ezwan tidak nampak apa yang jadi , tapi telinga Ezwan begitu tajam untuk menangkap keadaan sekeliling mereka ketika itu.

Pekerja disitu pun datang menghampiri mereka. "Drink , sir?" Kata pekerja itu dengan ramah. Nathan hanya memesan jus epal untuk dia dan Luqman. Gila nak mabuk-mabuk sekarang? Naya dia kalau tuan dia tahu.

Luqman mula merasa kekok dan tidak selesa. Tak kala itu banyak mata-mata yang sedang memerhati dirinya. Perempuan-perempuan disitu berbisik sesama sendiri mengenai Luqman.

"Nah , Luq. Minum. Tenangkan diri kau." Kata Nathan sambil memberi segelas jus epal itu kepada Luqman. Dengan pantas , Luqman mengambil gelas tersebut lalu meneguk air itu sehingga habis.

Mata Nathan meliar untuk mencari seseorang. Dan... Bingo! Dia nampak seorang lelaki tua yang dikelilingi oleh perempuan sedang duduk dibahagian V.I.P dan dia sangat mengenali orang tersebut.

"Luq , ikut aku." Nathan terus bangun dari duduknya dan kakinya pantas bergerak kearah bahagian V.I.P itu. Baru saja dia ingin masuk , dia dan Luqman dihalang oleh bodyguard yang menjaga bahagian itu.

"Sorry sir. But you can't come in." Kata salah seorang bodyguard disitu. Nathan dan Luqman memandang sesama sendiri. Mereka baru nak buka langkah namun terhalang kerana terdengar kata orang tua itu.

"Let's them in. They are my friends." Kata Tuan Louise. Bodyguard tersebut terus memberi laluan kepada Nathan dan Luqman. Mereka pun masuk bahagian tersebut dan Tuan Louise pun mengalu-alukan mereka untuk duduk.

"Duduklah. Aku tahu tujuan korang kemari untuk apa." Kata Tuan Louise sambil minum air wine miliknya. Tangan satunya sibuk merangkul pinggang salah seorang perempuan yang dilanggannya.

"Tolong bagitahu kami apa yang kau tahu pasal Tuan Herman." Kata Nathan serius. Tuan Louise hanya ketawa kecil. Gelas yang dipegangnya diletak atas meja.

Kot yang terbalut pada tubuh tegapnya dibetulkan. Ya , walaupun usianya sudah mencecah 50 tahun , tapi tubuhnya masih tetap tegap memandangkan dia dulu bekas tentera juga.

"Jadi... Herman selalu datang sini untuk ambil dadah yang dia dah sembunyikan kat sini. But sometimes , dia datang sini untuk langgan perempuan." Terang Tuan Louise.

Nathan hanya mengangguk perlahan. Tak sedar diri betul. Umur dah meningkat. Dah ada cucu pun , still menggatal juga.

'Jadi si Louise tu? Tak gatal ke?' -author

Luqman mula rasa kepalanya berpinar. Bunyi musik dan cahaya lampu yang malap tersebut membuatkan kepalanya pusing. Namun , dia bertahan demi menjalankan misi ini.

Tuan Louise yang melihat Luqman seperti orang tak betul itu terus ketawa perlahan. "What's wrong with him , Nat?" Tanyanya bersahaja.

Nathan pula , sudah bergaru kepala. Ha sudah. Luqman buat hal pula. Tadi kata tak payah , dia degil juga nak ikut. Sekarang , macam mana nak handle ni?

"He's muslim. Dia tak biasa dengan situasi macam ni , tuan." Terang Nathan perlahan. Tuan Louise melihat kearah susuk tubuh kecil yang duduk sedikit jauh dari mereka.

"Insyirah! Come here!" Jeritnya untuk memanggil gadis itu. Insyirah yang mendengar panggilan itu terus pergi kearah mereka. "Y-yes , sir Louise?.." Katanya gugup.

"Bring him to the private room." Kata Tuan Louise sambil menunjuk kearah Luqman. Nathan sudah kalut. Dia terus menggeleng kepala , tanda protes.

"Tuan , tak perlulah bawa Luqman pergi ke bilik. Lagipun , lepas kami selesai ni , kami pergi juga." Kata Nathan. Namun , kata-katanya diendah. Tuan Louise hanya memberi isyarat kepada Insyirah.

Insyirah tidak membantah dan terus membawa Luqman ke sebuah bilik peribadi. Nathan hanya menatap bayangan Luqman dari belakang sebelum menghela nafas.

"Look... I appreciate that you care about my friend but I'm sure he gonna be fine." Kata Nathan tegas. Dia risau kalau apa-apa terjadi pada Luqman pula nanti tanpa pengawasan dirinya.

Tuan Louise hanya menggeleng kepala perlahan. "Nathan... Kawan kau tu bahaya. Aku nampak semua perempuan sini nak 'cuba' kawan kau tu. Bak kata orang , barang fresh." Jelas Tuan Louise.

Bukan dia tak nampak ramai betul perempuan sedang memerhati Luqman dalam diam. Sebab tu , dia suruh Insyirah a.k.a salah satu pekerja disana hantar Luqman ke bilik peribadi.

"So , let's continue our business. Shall we?" Kata Tuan Louise sambil tersenyum kecil kepada Nathan. Nathan pula hanya mengangguk sebelum sambung berbincang dengannya.

Harap-harap Luqman tak jadi sewel atau buat sesuatu bodoh.

—Situasi Luqman dan Insyirah ,

"Aduh... Berat betul mamat ni. Kalau tak sebab Tuan Louise suruh , taknak aku bawa dia. Aku kerja sebagai pelayan je pun." Rungut Insyirah. Tangan satu merangkul erat pinggang milik Luqman.

Pintu bilik peribadi itu dibuka. Dia pun menghampiri katil yang tersedia lalu menolak tubuh Luqman kearah katil tersebut.

Dia mengeluh perlahan. Berat dia bukan main. Macam nak patah je tangan dia yang kecil ni. Sebelum dia keluar dari bilik tersebut , dia sempat mengamati muka kacak milik Luqman.

"Hensem dia ni. Bertuah betul siapa yang jadi bini dia. Well , kalau nak dibandingkan dengan aku , macam langit dengan bumi." Bisik Insyirah perlahan.

Jari runcingnya mula bermain disekitar kawasan muka Luqman. Lelaki itu masih tertidur pulas sejak dia mengheretnya tadi.

Hidung mancung , bibir merah dan rahang yang tajam. Betul-betul sempurna. Sedang asyik menatap wajah kacak jejaka itu , tiba-tiba tangan Insyirah dipegang dengan erat.

"E-eh?!" Belum sempat dia berdiri , dirinya sudah berada diatas badan Luqman. Muka Insyirah bukan main merah lagi waktu tu. Dia juga dapat rasakan nafas Luqman yang menyapa pada lehernya.

Hendak bangun , tapi tangan kekar milik Luqman merangkul erat pinggang rampingnya. Sudahnya , dia hanya kekal statik disitu. Sehingga tiba-tiba...

"Luq , jom-" Nathan yang baru saja membuka pintu itu terus melopong mulutnya. Badannya terus mengeras. Matanya telah disapa dengan benda yang sepatutnya tidak terjadi.

"Astagfirullah!"

TO BE CONTINUED

Jagakan Dia UntukkuWhere stories live. Discover now