Bab 5

61 10 0
                                    


"Mama, malam ni Raf nak tidur lagi dengan mama dan papa boleh?" Soalan Isyraf bikin Wusqa memanggung kepala. Matanya terus memanah si mata sang suami.

Dalam hati perempuan itu mengomel.

Ini semua abang punya pasal la ni! Dah anak tu jadi penakut nak tidur seorang. Selama ni elok aje dia tidur seorang diri dalam bilik tu.

"Boleh, karang kalau mama tak selesa, papa tidur aje dekat bawah." Tak sempat Wusqa membalas, Fahmi lebih dulu menjawab.

Isyraf pun apa lagi, senyum lebarlah bibirnya!

"Terima kasih, papa!" Nada suara si anak kedengaran girang sekali. Permintaan kecilnya sudah ditunaikan.

Wusqa hanya memerhati tingkah laku Isyraf yang tampak gembira. Namun perbuatannya itu mendapat perhatian dari sang suami. Di bawah meja, Fahmi menyepak perlahan kaki isterinya.

"Biarlah.. Bukan selalu anak tidur dengan kita. Waktu kita ni singkat saja. Entah esok kita bersama lagi ke tidak. Wallahualam.." bisik Fahmi sambil wajahnya menunduk memandang pinggan nasinya.

Entah mengapa, hati Wusqa bagai disapa bayu lembut. Langsung dia tidak berkutik membidas percakapan suaminya. Semerta teringat kata-kata Fahmi malam semalam.

Mengingati mati itu sunat!

Sudahnya meja makan itu sunyi sepi bagai tiada orang di situ. Kini mereka hanya makan, tiada lagi sebarang percakapan di antara mereka bertiga. Diam itu lebih baik dari bersuara yang akan menyebabkan percakaran lidah!




"Tak apa ke kalau Wusqa tak ikut?"

"Tak payah la.. kalau abang menang sampai final nanti baru ikut. Lagi pun tak jauh, dekat Larkin aje. Honey rehat aje la." Ujar Fahmi seraya menyarung stoking putih melepasi atas buku lalinya.

"Kalau dah abang cakap begitu legalah hati Wusqa. Wusqa memang letih, terasa penat sangat mengandung kali ni. Walhal tak ada buat kerja berat pun." Omelan Wusqa itu mengundang senyuman nipis dia bibir sang suami.

"Sebab tu abang tak kasi honey ikut. Karang duduk lama dekat bangku, sakit pinggang. Eloklah tinggal rumah. Penat duduk, boleh baring lelapkan mata."

Fahmi cuit pucuk hidung Wusqa setelah menyampaikan apa yang ada di benaknya. Dia perasan pembawakan kandungan si isteri kali ini. Wusqa memang cepat letih. Nak kata faktor umur di usia lewat, haruslah tidak. Isterinya baru berusia 35 tahun. Masih dalam lingkungan umur yang agak muda.

Ah, itu semua dugaan! Fahmi sedar akan hal tersebut. Jadi sebagai suami dia mahu isterinya berehat pada waktu yang terluang hatta ia hanya sejam.

"Good luck okay? Wusqa doakan abang ke final. Suami Wusqa ni jaguh badminton. Tak ada orang boleh kalahkan dia.."

"Ceh! Cakap macam abang ni Lin Dan pulak.." bibir lelaki itu tercemik sedikit. Terasa kata-kata Wusqa itu seakan mempermainkan dirinya.

Wusqa tergelak, "Apa pulak.. orang cakap betul la. Kalau suami Wusqa tak hebat, tak adalah pingat berlambak-lambak kat rumah ni." Fahmi hanya menjeling saja mendengar celoteh si isteri.

"Dah la.. abang nak gerak. Layan honey bercakap ni, sampai ke sudah karang tak pergi." Pantas Fahmi menghulurkan tangan untuk bersalam. Seperti biasa, seluruh wajah mereka akan saling menerima kucupan.

"Baik-baik pandu kereta. Wusqa tunggu dekat rumah ya. Wusqa doakan kejayaan abang.."

"Honey pun jaga diri. Apa-apa telefon aje abang."

Pesanan sang suami itu dibalas dengan anggukan kepala saja. Pemergian Fahmi dihantar dengan pandangan mata sehingga kereta lelaki itu menghilang.


Mihrab CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang