RAMADHAN 1

16.3K 1K 60
                                    

"Suho kita dah sampai ke ?". Tao menepuk bahu Leader Exo , Suho . "Belum lagi , Tao". Suho langsung tidak memandang wajah Tao ketika bercakap , sebuk dia menyusun jadual harian mereka di sana nanti . Belum sampai 3 minit , "Suho , kita dah sampai ke ?". Ayat yang sama diajukan kepada Suho. "Tao yahh , duduk diam-diam boleh tak ? . Nanti kalau dah sampai aku bagi tahu . Dah duduk". Kini wajah Suho memandang tepat wajah Tao . Apa lagi terus Tao duduk diam . Kai yang melihat tergelak kecil . Tulah siapa suruh kacau Suho lagi , kan dah kena .

"Okey , kita dah sampai . Kampung Melayu !!!". Pengurus Kang membuka pintu untuk Exo . Langkah keselamatan diutamakan , bimbang peminat-peminat disitu akan menyerbu mereka seperti biasa mereka keluar berjalan-jalan atau di airport . Tapi kalini lain . Takda siapa pun yang menyerbu mereka atau menjerit nama mereka . Semua penduduk kat situ buat macam biasa jer . Macam mereka ni orang tempatan yang biasa dilihat . "Suho hung , betul ke ni tempatnya ?". Baekhyun segera mendapatkan Suho . Untuk kepastian . "Betul kot , dah pengurus Kang hantar kita kat sini . So , betul lah ni tempatnya . Dah ambik bag masing-masing . Kajja". Naik pening mereka dibuatnya . Biasanya orang yang melihat mereka akan menjerit like "Oppa , merry me". "Oppa , saranghae". "Oppa kiss me". Dan macam-macam lagi .

"Lah Tao , tadi tak sabar sangat nak sampai , sekarang dah sampai tunggu apa lagi . Jom lah". Kai menarik tangan Tao yang dari tadi berdiri macam patung melihat rumah kayu morden yang mereka akan tinggal disitu selama tamat bulan Ramadhan. "Kai , aku rasa badan aku tak sihat lah. Kalau lama-lama kat sini nanti Gucci aku akan rosak . Lagi satu panda aku ni , dia bukan boleh kena panas sangat . Kita balik Seoul jom". Muka Kai dipandang dengan penuh shadu . Macam tak rela nak bermalam disitu. Kai hanya buat endah tidak endah sahaja dengan kata-kata Tao . Bukan dia tidak tahu perangai Tao itu , dia tu sekejap jer macam tu nanti dah lama-lama okey lah dia .

"Hai apa khabar ? , kamu semua boleh panggil makcik 'Opah'". Seorang makcik yang dalam lingkungan 60-an itu memperkenalkan dirinya . "Oppa ? , wey biar betul makcik ni suruh panggil dia Oppa". Lay menepis bahu Chen , terkejut betul dengan apa yang dia dengar . "Kau ni mimpi apa siang-siang macam ni . Makcik ni suruh panggil dia Opah bukan Oppa , tulah lain kali jangan blur". Adoii Lay , jauh nya pergi sampai ke Oppa . "Lah macam susah je makcik tangok . Takpa lah kalau macam tu panggil 'nenek Sal' . Takut nanti ada pulak yang terpanggil Oppa". Nenek Sal ? , ini baru senang bagi mereka untuk memanggilnya dengan gelaran itu . "Nenek tinggal berdua dengan Atok . Anak-anak Nenek semua dah besar , mereka dah tak duduk di Malaysia lagi , semua pergi ke luar negara atas urusan kerja dan belajar. Rumah ni tak adalah besar sangat , bilik dalam rumah ni ada 8 jadi 6 bilik tu untuk kamu . Pandai-pandai lah kamu tetapkannya". Panjang lebar Nenek Sal susun ayat. Kini mereka ber12 sudah ada di ruang tamu yang 'gah'. Tak besar mana Nenek Sal cakap ? , pehh ruang tamu lagi besar dari dorm mereka . Apa cerita ni .

"Okey sekarang pilih patner korang". Pengurus Kang memberi sedikit arahan . Dalam 5 minit masing-masing sudah berdua-dua . Kai dengan D.o . Baekhyun dengan Chanyeol . Tao dengan Kris . Luhan dengan Sehun . Suho dengan Lay . Xiumin dengan Chen . Masing-masing menapak menuju ke bilik mereka . Bukak jer pintu bilik . Wahhh !!! . Gempak . Bilik tidur dah sama besar dengan Dapur !!! . Belum tengok bilik air lagi , agaknya mesti sama besar dengan bilik tidur pulak . "Yeol , rasanya kita dah boleh buat party kat dalam ni". Baekhyun menjongketkan keningnya beberapa kali . Banga betul dengan ideanya tu . "Korang semua tidur awal ya , esok kena bangun sahur". Lembut Nenek Sal berpesan. "Sahur ? Apa tu Nek ?". Nampak betul muka blur Lay disitu . "Sahur tu , makan sebelum terbit matahari untuk berpuasa . Macam alas perut". Jawab seorang lelaki yang dalam lingkungan 65 tahun , berbaju Melayu dan berkain pelekat keluar dari bilik. "Ni lah suami Nenek . Kamu semua boleh panggil dia Atok Aki". Semua mesra bersalam-salaman dengan Atok Akhi . "Semua mesti penatkan . Bolehlah berehat dahulu ya. Atok ada dibelakang rumah kalau nak apa-apa boleh ke belakang".

Kini tumpuan mereka hanya tertumpu kepada tilam yang embuk . Syokkk kalau dapat tidur ni .

EXO RAMADHAN✔                         (FINISH !)Where stories live. Discover now