RAMADHAN 4

8.4K 754 122
                                    

"Korang bangun cepat !!! . Kita dah terlepas waktu berbuka ni". Suara Sehun memecah suasana sepi di ruang tamu rumah . Semua tersedar . "Habis lah!!!!. Tak sempat aku nak buat sambal belacan". D.o segera berlari kearah dapur , dilangar sahaja siapa yang menghalang jalannya . "Ani !!! , macam mana ni ?!. Kenapa lah aku tertidur tadi". Suho membaling bantal , Habis bersepah di atas lantai . Menyesal punya pasal . "Takpa kita suruh Tao putarkan masa . Tao palli , gunakan kuasa kau tu balik ke masa sebelum ni". Kris mengoncang-goncang tubuh Tao . Naik pening lelaki itu dibuatnya . Lay tak habis-habis dengan muka blur nya, nampak agak comel disitu .

"Apa yang bising-bising ni ?". Nenek Sal melangkah masuk ke rumah sambil dibantu oleh Luhan . "Nenek , kita orang dah tak boleh berbuka , kita orang dah terlepas waktu berbuka . Macam mana ni". Mimik muka Baekhyun bertukar menjadi sedih seperti hendak menangis . Agaknya sikit lagi nak keluar air mata kelelakiannya itu. "Siapa cakap korang terlepas waktu berbuka . Masuk waktu pun belom lagi". Geli hati Nenek Sal melihat telatah mereka semua . "So , means kita orang tak terlepas waktu berbuka lah kan ni Nenek". D.o berlari mendapatkan Nenek Sal . Bayangkan D.o masa tu di tangan kirinya ada lesung batu dan kananya ada anak lesung . Nak buat sambal belacan lah tu .

"Yahh Sehun-ni !!!". Semua memandang tajam kearah Sehun . Bersedia untuk serang !!! . Terkedek-kedek Sehun lari melepaskan diri dari 10 serigala yang tengah mengamuk. Chen hanya duduk di sofa sambil melihat aksi penangkapan Sehun beramai-ramai itu . "Bagus Sehun , akhirnya kau ikut juga jejak langkah aku".

(7:30 P.m)

"Kami makan dulu !". Makanan yang dihidangkan di atas meja macam dah tak cukup ruang . "Nenek Sal , mana Atok Aki ? . Atok tak berbuka sekali ke ?". Comel jer Luhan bertanya , suaranya agak perlahan kerana mulutnya penuh dengan makanan . Hemmm dah serupa macam pipi Xiumin dah . "Atok berbuka kat Masjid , nanti pukul 9:00 p.m dia balik". "Alah Sehun ada belikan Atok bubble tea . Nanti dah tak sedap kalau lambat minum". Entah kat kedai mana dia beli bubble tea tu. "Hemm , kalau macam tu kamu pergi lah ke Masjid . Tak jauh pun . Lepas selekoh kat depan rumah ni kamu jumpa lah . Tapi sebelum tu kena lalu pokok buluh , masa tu Nenek nak kamu jalan cepat sikit . Sebab ramai orang cakap kat situ ada hantu". Sahaja Nenek Sal menakut-nakutkan mereka . Sekali-sekala menyakat , bukan selalu dapat kenakan mereka ber12 ni . "Taknak Tao taknak pergi !. Tao nak duduk rumah tolong Nenek Sal basuh pinggan". Ehh tiba-tiba je nak tolong Nenek Sal ni basuh pinggan , ni mesti Tao takut ni . "Takda , Tao kena ikut sekali sebab we are one . Demi Atok Aki dan bubble tea". Suho sebagai Leader cuba memujuk Tao alah lagi pun tak best kalau Tao tak ikut sekali . Nasib kau lah Tao .

"Jap Nenek rasa, Nenek masih ada simpan lagi baju-baju melayu anak-anak nenek". Memandangkan mereka ni akan pergi ke Masjid so , lebih sesuai mereka pakai baju yang sedikit sopan. Selesai makan dan mengemas apa yang patut mereka semua ke ruang tamu , menunggu Nenek Sal . Dalam 2 minit Nenek Sal keluar bersama sebakul baju melayu yang bermacam-macam warna . Semua menggabil baju mengikut cita rasa masing-masing . Luhan ambil warna ala-ala pink sesuai dengan sifat manly dia tu . Sehun mencapai warna oren manakala Lay warna unggu gelap . Kris warna biru pekat , galaxy Fanfan in the house yo . Baekhyun dan Chanyeol sedondon warna hijau , BeakYeol katakan . Suho warna putih , sesuai sangat dengan sifatnya yang macho . Xiumin mengambil warna kuning-kuning coklat . Chen warna cream tak ketinggalan juga Tao yang sesuai dengan warna kelabu . Kai menyarung warna hitam , Swag Kai . Dan D.o pula rembat warna merah .

Baju melayu yang dipadankan dengan seluar legging jeans bewarna hitam menjadi trend terkini . "Okey Nenek kami pergi dulu ya". Laung Suho sambil menapak ke luar . Semua memegang 1 lampu suluh , kecuali Tao dia pegang 2 lampu suluh . Jalan pun asik nak depan kalau tak dapat depan tengah-tengah pun boleh asalkan dia tidak berjalan di belakang sekali . Tiba di selekoh , hayunan kaki mereka semua menjadi perlahan . Perlahan .... perlahan .... perlahan ... dan terus terhenti di hadapan pokok buluh yang Nenek Sal cakap masa tu. "Baek , ni kan pokok buluh tu". Chanyeol menyiku Baekhyun , walaupun suaranya perlahan tapi dapat didengar oleh ahli yang lain . Lama ditenug pokok buluh yang tinggi itu , bagai mencari mana hantunya . Sedang asik menenung tiba -tiba , 'BOOO'. Naik wey bulu roma semua , apa lagi lari lintang-pukang dieorang . Tak sampai lima saat dah sampai dah mereka semua di surau . Semua termegah-megah menarik nafas baru habis lari pecut tadi . "Ehh kenapa semua lari macam nampak hantu ni". Kebetulan masa tu Atok Aki berada di pintu pagar Masjid bersama pakcik-pakcik yang lain . "Atok ! , Tao takut . Tadi kita orang ada dengar bunyi 'boo' kat pokok buluh hujung tu. Nenek Sal cakap kat situ ada hantu". Berlari Tao mendapatkan Atok Aki . "Ehh kamu ni , mana ada hantu kat situ. Burung hantu adalah yang hinggap kat pokok buluh tu . Ni mesti Nenek Sal saja nak kenakan kamu semua . Dah mari masuk duduk kat dalam". Bila dengar sahaja 'Nenek Sal saja nak kenakan kamu semua' , muka masing-masing dah terganga . Pehhh tak sangka Nenek Sal tu ada bakat juga dalam menyakat orang .

Masing-masing duduk di tangga Masjid . Nak solat Trawih mereka bukannya faham apa tu . "Abang , jom join kita orang main baling-baling selipar". Seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu menghampiri mereka . "Baling selipar ? Permainan apa tu adik ?". Lay menyoal diikuti dengan muka blurnya tu . "Alah abang ni takkan tak tahu . Main nya macam ni , abang lantik 5 orang dalam 1 kumpulan . Dan susun tiga selipar secara menegak , susun ikut gaya ungun kayu api dan dalam masa yang sama pasukan pihak lawan iaitu pasukan kami akan cuba menjatuhkan selipar tu dengan balingan selipar yang lain . Kalau kami berjaya jatuhkan ketiga selipar itu , kami akan baling selipar dekat ahli kumpulan abang pula , siapa kena orang tu akan kalah. Pemenang akan ditentukan jika abang berjaya menegakkan selipar tu dalam masa 2 minit . Tanpa terkena serangan kami". Panjang lebar adik tu menerangkan cara permainan . Takpa lah adik , mereka ni bukan anak jati kampung . Sabar jer . "Ohhh , okey kami faham . Jap , biar aku pilih orang . Chanyeol , Kris , Tao , Kai dan of course papa Suho akan join sekali". Wahhh , Suho cakap macam dia yakin jer yang kumpulan dia akan menang . "Chen , mainnya macam mana sebenarnya ? . Aku tak faham". Lay berbisih halus di telinga Luhan . Alamak Lay , naik berbuih mulut budak tu bagi keterangan . "Kau tengok je lah Lay , kau ni kalau budak tu cakap 100 kali belum pasti kau boleh faham". Yuupp betul kot apa Chen kata tu .

Mereka main baling selipar tu bukan kat halaman Masjid tapi jaraknya jauh sikit dengan Masjid . Taknak ganggu orang yang tengah solat Trawih . "Chanyeol , Kai ! , cepat sikit susun tu ... Tao yahh , palli ." Baru mula dah kacau bilau group mereka main . Budak-budak tu gelak je lihat telatah mereka . Mengalahkan budak kecik jer diorang ni main . Okey cun , sekarang giliran mereka pula membalas dendam kat budak-budak tu . Kris membuat balingan untuk kali yang pertama , sedia ... mula ! . Selipar yang mulanya ditujukan ke arah sasaran tiba-tiba kearah lain . "Abang ! , mana selipar tu pergi ?". "To the galaxy". Kris , takkan lah selipar jepun yang kau baling tu boleh sampai sana.

"Baekhyun , dah dekat 7 minit diaorang main , macam dah nak kalah jer group kita". Risau Xiumin dibuatnya , malu wey kalau kalah dengan budak umur 10 tahun . "Takpa, biar aku guna high not aku untuk jatuhkan selipar budak tu". Belum sempat Baekyun menunjukkan kehebatan high notnya . Xiumin dah menghalang , "Ehh , lebih baik kau simpan jer dulu . Aku takut bukan sekadar selipar je jatuh kang tak pasal-pasal tandas Masjid tu retak pulak". Dah masuk 15 minit berhempas pulas , mengorbankan segala tenaga demi menjaga 3 selipar itu . Pehh dah macam dalam sukan olimpik lah pulak . Dan ....... yeahhhhh , akhirnya diaorang menang ! . Banganya terpancar di setiap wajah . Tapi sekarang diaorang kena carik dulu selipar yang Kris baling tadi . Baru boleh happy-happy .

EXO RAMADHAN✔                         (FINISH !)Where stories live. Discover now