RAMADHAN 11 (END)

6.7K 620 105
                                    

Takbir raya sudah bergema kedengaran . Semua kaum lelaki sudah berarak pergi ke masjid bagi menunaikan solat aidilfitri begitu juga dengan atok Aki . Ahli Exo yang dekat rumah pula sebuk dengan persiapan pagi raya .

"Nenek , betul ke boleh makan ni ? Lay takut batal je puasa". Lay mengaru kepalanya yang tidak gatal . "Boleh Lay , puasa dah habis". Nenek Sal meletakkan ketupat dan rendang daging di atas pinggan Sehun . Lay hanya memerhatikan setiap gerak- geri Nenek Sal . "Hyung , makan lah . Sedap tau rendang daging ni". Sehun mempelawa Lay , apalagi terus Lay ambil ketupat dan sambal kacang di atas meja . "Mana yang lain ?". Pelik Nenek Sal . Biasanya kalau bab makan ni , semua ahli Exo kalau boleh nak rempuh-rempuh pergi dapur . "Ada kat atas tengah pakai baju melayu dia orang". Suara Sehun agak tidak jelas sebab mulutnya penuh dengan ketupat . "Semua ! , mari turun makan !".

"Arghhh , bagi aku jalan dulu" . "Wey leader lah yang kena jalan dulu". "Pon pon pon lori Beakyeol nak lalu ni". See , kan betul memang diaorang ni tak boleh sabar kalau bab makan . "Wahh handsome cucu-cucu Nenek semua ni". Tersenyum Nenek Sal melihat 'cucu-cucu'nya mengenakan baju melayu lengkap bersamping . "Biasalah Nek , Kris memang selalu Handsome". Dengan penuh gaya Kris bercakap . "Eleh , Sehun lah yang kacak . Aku kan muda lagi tak macam kau dah tua". "Yahh Sehun , nanti tak pasal-pasal aku jadikan kau ketupat aku pagi-pagi raya ni". Kris dah halakan penyepit ketupat kearah muka Sehun , kalau diikutkan hati nak je dia kepit-kepit muka Sehun tu . "Hey korang . Sebelum ada sesiapa yang jadi rendang aku pagi ni , baik berhenti bergaduh". Sekali je Suho tegur , Kris dan Sehun terus senyap membisu .

"Korang lepas makan kita bergambar ramai-ramai jom". Kai mengeluarkan kamera canon miliknya . Yang lain hanya mengangguk tanda setuju , nak cakap tak boleh sebab mulut penuh dengan ketupat . "Assalamualaikum". Suara Atok Aki memberi salam kedengaran dari luar ,cepat sahaja langkah Atok Aki menuju ke dapur . Tak sabar nak makan lah tu . "Abang , saya tuangkan ketupat dengan rendang ya". Lembut suara Nenek Sal, pasangan yang serasi mestilah macam tu.

~~~~~~~~~~~~~

Selesai makan , semua sudah bersiap dengan kemas . Masing-masing sebuk dengan kerja mereka , Luhan membetulkan baju Sehun , Tao dan Chanyeol tak habis-habis nak selfie , Kris cuba gaya barunya di hadapan cermin , Xiumin dan Baekhyun dah melantak kuih raya , lay masih mencuba dengan gigih untuk lipat lipatan samping , Chen apalagi dia praktis lagu Raya , Suho tolong Nenek Sal meletakkan duit raya dalam sampul duit , Kai pula sebuk setting kamera . "Chanyeol , mana D.o ?". Suho mencuit bahu Chanyeol yang tengah leka berselfie . "Entah , kat bilik dia kot , sekejap aku pergi panggil dia". Terus Chanyeol bangun , menapak langkah ke bilik D.o .

'Krekkk' , bunyi pintu bilik dibuka . Pandangan D.o terus beralih kearah Chanyeol yang berada tidak jauh darinya . "Wey D.o kau buat apa kat sini ? . Jom lah keluar , semua dah tunggu kau untuk ambil gambar". Kaki Chanyeol menapak mendekati D.o yang tengah duduk di atas katil , tidak lekang senyuman Chanyeol dari bibirnya . "Program kita kat sini dah habis . So , nampak gayanya kita kena balik Seoul". Mati terus senyuman Chanyeol bila mendengar kata-kata D.o tu . Masih belum rela hatinya untuk pulang ke tempat asal. Pengalaman dan kenangan manis masih belum cukup lagi . "Ha , betul ke apa yang kau cakap tu ? . Tapi aku belum nak balik lagi , aku nak tinggal sini . Kampung ni , rumah ni , Nenek Sal dan Atok Aki dah macam benda ke 2 dalam hidup aku". Hatinya bagai tidak rela untuk pergi dari sini .
"Chanyeol !!!! , D.o !!!! . Cepatlah , photoshoot dah nak mula dah ni !". Suara Chen , membuatkan kedua manusia ini bingkas bangun , keluar dari bilik .

~~~~~~~

"Okay , stand by . 3 2 1 'klikk'". Bermacam-macam gaya mereka ambil gambar , yang tukang ambil gambar nya Kai lah . "Dah cepat ambil posisi masing-masing . Nenek Sal dengan Atok Aki dah ready dah tu". Suho memberi arahan , Kai cepat-cepat berdiri di posisinya sebelum gambar diambil dalam masa 5 saat . 5 , 4 , 3 , 2 , 1 , 'klikkk'. Gambar mereka 'satu keluarga' menjadi tanda kegembiraan hari raya bagi mereka .

EXO RAMADHAN✔                         (FINISH !)Where stories live. Discover now