RAMADHAN 2

9.8K 897 71
                                    

4:30 A.M

"Sehun , Luhan bangun". Awal pagi lagi Atok Aki sudah mengejutkan mereka untuk bersahur . Sehun dan luhan dah sedar dari tidur . Selesai mengejutkan kedua pasangan itu Atok Aki ke bilik seterusnya iaitu bilik Tao dan Kris . Bukak jer pintu . Pehh , bilik tu dah bertukar rupa 100% . Almari yang digunakan untuk meletak barang hiasa penuh dengan bag Gucci Tao. Dinding-dinding ditampil poster yang tertulis 'This is my style'. Siapa lagi kalau bukan Kris . "Ishh apa dah jadi dengan bilik ni . Dah Tao , Kris bangun . Sahur". Langkah Atok Aki menapak mendekati katil yang bersaiz King . "Sahur not my style". Dengan mata tertutup dan masih dalam keadaan mamai , Kris bersuara . "Dah takda . Atok tahu dalam 5 minit korang dah ada kat bawah ,kalau tak nanti atok campak korang berdua ni kat sungai hujung kampung tu". "Taknak !!! , nanyi ada ikan jerung !!!". Tao segera bengun keluar dari bilik . Adoii Tao mana ada ikan jerung kat Malaysia ni.

Bilik seterusnya ialah bilik Suho dan Lay . Bukak sahaja pintu kelihatan kedua-duanya masih lena tidur . Bilik bersih , cantik dan kemas . Biasalah kan ada Papa Suho mesti bilik tu bersih punya. "Suho, lay . Bangun sahur". Dengan sekali lafaz sahaja kedua pasangan ini tersedar . Pehh senang lah kerja Atok Aki macam ni . Tak payah nak membazir air liur banyak-banyak . Sekali cakap jer dah bangun. Bilik yang dituju seterusnya ialah bilik Xiumin dan Chen . Belum sempat Atok Aki membuka pintu , kelihatan seperti plastik roti Bauzi terjulur di bawah pintu . Awal-awal lagi Atok Aki dah dapat firasat buruk. Nak buka ke taknak , berdolak-dalih hatinya . 'Krekkk'. Bunyi pintu dibuka. Pehh lamak , banyak nya plastik bauzi . Boleh sakit janyung lama-lama Atok Aki dibuatnya . "Xiumin , lay . Apa kamu berdua buat kat dalam bilik ni sampai bersepah". Atok Aki mengutip sisa-sisa plastik sampah yang bersepah di atas lantai. "Sorry Atok . Malam tadi kitaorang tak dapat tidur so, kita orang ajak Baekhyun dengan Chanyeol bersembang sikit . Tak perasan pulak boleh bersepah macam ni". Chen segera bangun dan menolong Atok Aki mengutip plastik . "Dah , dah . Atok tunggu kat bawah suruh semua cepat turun ya . Takut terlambat nak sahur".

Kini kesemua mereka sudah ada di dapur . "Ehh D.o awalnya kau bangun , kenapa tak kejut aku sekali tadi". Kai berjalan menghampiri meja makan sambil matanya yang masih tidak dapat dicelikkan . Semua nya nampak mengantuk . Yelah bangun pagi-pagi pukul 4:30 siapa yang tak gantung . "Biasalah , aku tolong Nenek masak untuk sahur . Kau tahu tak aku belajar masakkan baru ! . Sambal belacan". Happy sungguh D.o bercerita . "Nenek , lain kali awak jer lah yang kejutkan mereka . Naik pitam saya dibuatnya". Atok Aku melabuhkan punggung disebelah Nenek Sal . Nampak sungguh keserasian pasangan ini . "Yo Nenek , saya nak kimchi". Kris mengangkat tangan seperti mahu mengoder makanan . "Kat sini takada kimchi , sambal jer ada". "D.o yahh ... sambal is not my style". D.o hanya buat gaya 'aku tak tahu' dekat Kris . Banya juga menu makanan yang dihidangkan di atas meja seperti asam pedas , sayur-sayuran , bayam , ayam masak lemak , ikan siakap 3 rasa dan ..... sambal belacan buatan D.o sendiri . "Nenek , kami nak makan Kimchi" . "Nak  Yangnyeom Tongdak (Ayam Goreng Pedas)" . "Kami nak, Japchae (Mee goreng)". "Kami nak Bibimbap (Nasi campur)". "Kami nak Jjajangmyeon (Mee Kicap)". Banyak betul makanan dieorang oder , apa ingat ni korea ke ada semua tu . "Lah korang ni makan jer lah , ni cuba rasa sambal belacan yang aku buat ni . Penat tau aku tumbuk dengan lesung batu". D.o meletakkan sedikit sambal diatas pinggan masing-masing . Lama mereka menenung sambal itu . Kris mencedok sedikit lauk disitu . Diletaknya ikan siakap 3 rasa diatas pinggannya . Masa untuk mencuba . Dengan perlahan-lahan dia menyuap nasi dengan lauk ikan siakap tadi beserta sedikit sambal belacan D.o . Semua pandangan tertumpu kepada Kris , mahu mendengar respondnya. Tiba-tiba .... "wahhh SEDAP !!! . THIS IS MY STYLE , THIS IS !!! . Untungnya kalau dapat makan macam ni selalu". Dengar sahaja kata-kata Kris itu semua mereka seperti berselera untuk makan . Tersenyum manis Nenek Sal dibuatnya melihat mereka semua gembira merasa makanannya .

"Baguslah kalau macam tu , makan jangan sampai tercekik pula ya".

EXO RAMADHAN✔                         (FINISH !)Where stories live. Discover now