RAMADHAN 3

9.3K 810 68
                                    

"Yahhh Hung ... aku lapar". Sehun menepuk lembut bahu luhan . "Aku pun lapar . Sahur tadi rasa macam tak cukup makan". Tak cukup makan ? Serius boy ? . Tengok lauk masa sahur tadi licin jer lepastu boleh lagi suruh Nenek Sal gorengkan telur . Tu korang cakap tak cukup makan . Adoii budak ni . "Jom tanya Xiumin ... mana tahu dia masih ada stock Baozi lagi". Mereka berdua terus berlari mendapatkan Xiumin yang sedang duduk bermain batu seremban . "Yahh hung .... kau ada Baozi lagi tak ? Aku lapar ni". Sehun membuat muka comelnya , meminta belas kasihan Xiumin . "Hemm jap ... ada lagi kot kat dalam bagasi aku tapi ....". "Tapi apa ?". Kini kelihatan Luhan pula yang kelaparan . "Kan kita puasa". Sebenarnya Xiumin pun tengah lapar sekarang cuma dia control macho jer tu . "Alah wey , aku rasa kalau aku tak dapat makanan aku boleh mati kelaparan". Luhan , luhan . Belum pernah lagi ada orang mati ketika puasa . "Okey lah kalau macam tu . Jom ikut aku". Sehun dan Luhan hanya membuntuti Xiumin ke bilik lelaki itu . Bagasi yang berada di bawah tilam , ditarik keluar. Bila dibuka sahaja bagasi itu mereka bagai melihat emas didalamnya . "Nah ambik sorang satu". Xiumin mengagihkan Baozi kepada Luhan dan Sehun . 'Clakk' bunyi plastik telah dibuka , kini hanya tinggal Baozi sahaja mendarat dalam mulut mereka . "Apa korang buat ni ? !!! . Angkat tangan !". Suara lelaki mengejutkan ketiga-tiga manusia ini . "Atok Aki , kami minta maaf . Kami janji tak buat lagi . Kalau Atok nak tahu ni semua idea Sehun . Saya ikut jer". Dengan terketar-ketar Xiumin bercakap . Takut sungguh dia. Luhan dan Sehun yang mendengar sudah terganga . Masak lah mereka bertiga .

"Hahaha ... apa yang korang mengarut petang-petang ni . Ni aku lah Chanyeol . Aku main polis and three dengan Baekhyun". Dengar sahaja nama Chanyeol disebut , mereka terus menoleh kebelakang . "Yahh , Park Chanyeol . Kau tahu tak gugur jantung aku dibuatnya . Mati-mati ingat Atok Aki tadi". Xiumin memukul Chanyeol dengan bantal . Adoii nasib bukan Atok Aki yang sergah mereka tadi . "Tulah padan muka , siapa suruh curik-curik nak bukak puasa. Dah baik korang kemas semua ni and join aku dengan yang lain main hide and seek kat luar . Palli".

Kini kesemua mereka sudah berada di halaman rumah . Cuaca tak lah panas sangat . Angin yang bertuip hanya sempoi-sempoi bahasa sahaja . "kai-bai-bo". Perkataan yang sama diulang sehingga dapat menentukan siapa yang menyorok dan siapa yang mencarik . "Chen jadi !!! . Yeahhh". Seronok betul mereka bila Chen yang mengira . "Okey , hana, dul, ses .....". Mereka berlari mencari kawasan yang tersorok supaya Chen tak dapat carik mereka . Tapi syaratnya mereka hanya boleh menyorok di sekitar kawasan rumah sahaja . Sehun dan luhan menyorok di belakang rumah . Chanyeol sanggup panjat pokok rambutan supaya tidak dapat dicarik , senang lah baginya untuk panjat sebab dia tinggi . Tapi Baekhyun ... takpa lah Baek belakang semak lah tempat kau . Kris dan Tao menyorok di balik kereta mereka . Suho dan lay pula di balik pokok ara yang rendag sebelah rumah . Kai , D.o dan Xiumin di bawah rumah . Nasib rumah Nenek Sal tu rumah Kayu morden jadi ada ruang di bawah rumah . Ruangnya bukan sempit tapi luas siap boleh letak motosikal lagi tau .

".... osib !". Chen memusingkan kepalanya kebelakang . Liar anak matanya mencarik kelibat ahli kumpulan yang lain . "Mana dieorang ni ....". Susahnya nak carik , halaman dah lah besar . Kawasan yang dieorang nyorok tu mesti tempat yang tak boleh carik punya . Dekat 7 minit dia meronda-ronda kawasan tak jumpa-jumpa jugak . "Ha ! , aku ada idea apa kata kalau aku jerit ..... KORANG ADA AIS-CREAM NI , CEPAT SIAPA LAMBAT TAK DAPAT !!!". Tak sampai 1 minit keluar manusia dari setiap tempat mereka menyorok , lari kearah Chen . "Mana ? , nak ais-cream . Aku tengah panas and haus ni". Tao berkali-kali mengibaskan bajunya bagi menghasilkan angin . "Hahaha ... aku menang !!! . Korang mana ada Ais-cream waktu puasa ni". Terbahak-bahak Chen ketawa . Tak dapat dia menahan gelak melihat setiap mimik muka rakan-rakannya . "Chen ! , kau jangan sampai aku pukul kau dengan selipar jepun Galaxy aku ni". Selipar Jepun Kris sudah naik ke udara menunggu mendarat di muka Chen sahaja . "Semua ! , mari masuk ke dalam . Buat main tengah panas tu , nanti letih". Nenek Sal melambai-lambai dari tingkap yang terbuka. "Siapa lambat dia tak dapat makan buka ni". Semua berlari masuk ke dalam rumah apabila Kai berkata seperti itu . Takut tak dapat buka , nanti tak boleh makan sambal belacan D.o.

Kini semua sudah terlentang di ruang tamu rumah . Tak tahu nak buat apa . 'Ting'. Bunyi petikkan gitar Chanyeol membuatkan semua memandang kearahnya . Lagu Don't Go versi acoustik dimainkan , D.o memulakan nanyian . Lembut suaranya menyebut setiap bibit-bibit lirik dalam lagu itu , diikuti dengan Chanyeol kemudian Kai sehingga lah kepada ahli yang lain . Mereka menyanyi sambil memikirkan benda lain . Redup sahaja petang itu . Sehingga lah semua nya tertidur kepenatan . Chanyeol tertidur sambil memeluk gitarnya , Baekhyun pula melentokkan kepala di bahu Chanyeol . Kai dan D.o tertidur di kerusi , masing-masing memeluk bantal . Suho and Chen terlelap di atas sofa berdekatan dengan lay . Kepala Tao terlentok di atas bahu Kris yang sedang nyanyak dibuai mimpi . Xiumin tak ketinggalan juga beradu di atas kerusi sofa bersebelahan dengan Kris . Sehun dan Luhan ? , hemm diaorang tak tidur , malah mengacau ahli yang lain sedang tidur . Sehun mencubit-cubit pipi gembu Xiumin manakala Luhan mengambil gambar Kris tengah tidur .

"Luhan , Sehun . Jangan gangu dieorang tidur . Jom ikut nenek pergi bazzar Ramadhan , beli makanan sikit untuk buka puasa nanti". Dengar sahaja buka puasa kedua manusia ini lari mendapatkan Nenek Sal . "Nak ikut !!!". Serentak Luhan dan sehun berkata. Mereka pergi dengan berjalan kaki . Alah tak jauh mana pun bazzar tu dengan rumah Nenek Sal. "Nenek nanti Luhan nak laksa , murtabak , hemmm lagi nak ... apa nama makanan tu ... ha !, nak roti jala !. "Alah nenek jangan lah belikan untuk Luhan hung jer . Sehun pun nak . Sehun nak mee rebus , sup ayam, ayam percik , sate ... bubble Tae ada tak Nek ?". Sepanjang perjalanan hanya suara mereka sahaja yang kedengaran . Nenek Sal hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua . Bawak dua orang jer tapi suara macam bawak 200 orang. "Yelah , kamu beli je apa kamu nak ya . Jangan lupa beli untuk yang kat rumah tengah tidur tu sekali". Wahh bertuah lah korang dapat makan macam-macam.

Sampai sahaja di bazzar kelihatan banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai juadah makanan dan minuman . Rambang mata woiii. Orang ramai kat situ tak hairan pun Exo ke Bts ke pergi ke situ , semua dianggap seperti orang biasa . Nasib orang kampung ni tak ada yang terkejar-kejar mereka kalau tak habislah tak kesampaian mereka untuk membeli makanan . "Nenek tunggu kat sini dengan kawan nenek ya . Macam sesak je kat dalam tu , nenek taknak rempuh-rempuh . Kamu beli lah apa yang kamu nak , ni ada RM 100 bakinya simpan". Nenek Sal melabuhkan punggung di sebelah kawan-kawannya yang telah lama duduk di situ . Agaknya Nenek Sal nak bergosip kot dengan makcik-makcik yang ada kat situ . Sehun memegang bahu Luhan ketika berjalan , takut terpisah dari Luhan nanti susah pula. Di setiap gerai mesti mereka berhenti . Ada sahaja yang dibelinya .

Dekat 25 minit mereka membeli makanan . "Nenek dah jom . Kita orang dah beli banyak makanan . Baki tinggal RM 40". Amboi banyak giloss diaorang beli sampai tangan Sehun Luhan tak cukup nak pegang bag plastik makanan . Beli apa ja sampai Rm 60 habis . Ni baru hari pertama berpuasa . Hemm takpa lah Nenek Sal tak hairan pun , yang penting dia orang happy berpuasa . "Dah jom kita balik , nanti terlambat nak berbuka pula".


EXO RAMADHAN✔                         (FINISH !)Where stories live. Discover now