RAMADHAN 6

7.3K 688 33
                                    

'Habis semalam Atok Aki kena membebel dengan Nenek Sal sebab merempit . Sahur tadi Atok Aki yang masak , kami pun dah boleh bangun sahur sendiri . Atok Aki masak untuk ambil hati Nenek Sal . Tanda maaf , janji tak buat lagi . Nenek Sal pun lama-lama dah tak merajuk dah' . Chanyeol menutup buku diarinya . Sepanjang dia duduk disitu buku not lirik gitar dijadikan diarinya . Semua peristiwa dan pengalaman baru ditulis disitu . Setiap kali dibaca balik , ia bagaikan satu alunan merdu yang bergema .

'Tokk' , satu ketul batu kecil terpelanting di kepala Chanyeol . Nasib tak besar batu tu kalau tak dah keluar benjol dikepalanya . "Yeol sorry , aku tengah berlatih gaya baru main batu seremban . Tak tahu pula gaya tu boleh buat batu 'terbang'". Chanyeol menatap wajah Xiumin . Haii nasib kawan . "Batu seremban ? , ajar kan aku cara mainnya". Kini tubuhnya didekatkan sedikit tubuhnya dengan Xiumin . "Okey caranya macam ni". Beberapa langkah permainan ditunjukkan. Entah dari mana Xiumin boleh tahu cara permainan tu . "Hung , mandi sungai jom !". Suara Sehun memecah suasana sunyi di ruang tamu . "Sungai ? Serius Sehun . Kau tu bukan pandai berenang pun . Entah-entah nanti tenggelam dalam air". Dihujung perbicaraan Kai itu seakan-akan mengejek Sehun . "Yahh , takpa nanti Lulu ada selamatkan aku". Sehun menarik tangan Luhan , menunjukkan sikap manjanya itu. "Jommm lah !". Kali ini suara Sehun ditekankan sedikit . Nak sangat si Sehun ni mandi sungai . "Kita orang tak tahu sungai kat mana . Lagi pun aku rasa penat , tak larat nak jalan". "Taknak nanti ada ikan jerung !". "Malas !". "Takda mood !" . Bantahan ahli yang lain bagai satu tamparan buat diri Sehun . Sanggup mereka menolak permintaan Sehun yang manja ni . "Takda ! , semua kena pergi !! . Hari tu masa aku naik Atok Aki pergi sawah , dia ada tunjukkan jalan nak pergi sungai . Tak lah jauh sangat . Kalau tak larat nak jalan , merangkak jer . And one more , Tao kat sungai tu takda ikan jerung . Dah jom !". Kali ni Sehun pula yang mengarah mereka . Nak taknak terpaksa lah mereka ikutkan juga permintaan Sehun . Takut dia merajuk pula , susah nak pujuk nanti.

Keluar sahaja semua dari bilik , nampak 'sempoi' sahaja , mereka mengenakan baju tidak berlengan dengan seluar pendek . Masing-masing bawa tuala dan pakaian tukar.
"Dah cakap dengan Nenek Sal dan Atok Aki yang kita nak pergi mandi sungai ke belum ?". Suho membetul-betulkan rambutnya sambil bercakap dengan ahli lain . Payah kalau tiada siapa yang tahu mereka hendak pergi , dibuatnya jika ada perkara yang tidak diingini berlaku kan susah . "Jap biar aku yang bagi tahu". Terkedek-kedek Chen berlari ke dapur mencari Nenek Sal . 5 minit kemudian , Chen kembali dengan membuat gaya 'okey' kepada mereka semua . Yeahh Nenek Sal dah bagi 'lampu hijau' , senang hati Sehun melangkah keluar rumah .

"Yahh , Sehun . Lama lagi ke nak sampai , aku dah macam mandi peluh ni". Tangan Baekhyun dikibas-kibaskan beberapa kali , bagi menghasilkan angin . Panas . "Alah depan tu jer , sabar lah sikit". Sehun berlajan paling hadapan seperti gaya ibu membawa anak-anaknya. "Dah dekat 5 kali kau cakap 'depan tu jer' . Dari tadi tak sampai-sampai pun , kalau aku tahu macam ni lah jadinya baik aku duduk rumah tengok cerita it's okay , it's love".Kini D.o pula mengeluh , alah tahu lah dia berlakon sekali dalam drama tu . "Ha ! , itu pun !!!". Jari telunjuk Sehun menunjuk tepat pada arah jambatan gantung , dari tempat mereka berdiri sudah kedengaran derasan air sungai. Sehun dengan tidak sabarnya berlari meninggalkan yang lain dibelakang . Kasutnya entah kemana , "Nak tanggalkan baju ke tak ? Arrr malu . Takpa ada bawak baju lebih" . Sehun mengambil posisi untuk membuat gaya terjunan olimpik . Dalam kiraan , 1 .... 2 .... "Yahh Sehun , nah pakai pelampung ni . Kau tu kecik lagi , kalau lemas kita orang yang susah tau". Tao menghulurkan pelampung bewarna pink kepada Sehun . "Hung ! , aku dah besar lah . Malu tau". Merah padam muka Sehun menahan malu , ada ke patut Tao bagi dia pelampung warna pink pulak tu . 'Bushhh' , serta-merta tubuh Sehun dan Tao ditolak masuk dalam sungai , berdekah Kai gelak melihat aksi mereka jatuh dalam sungai tanpa gaya , jatuh imej idol mereka . "Kai-ahhhh ! . Aku tak ready lagi lah" . "Wea ? , gaya terjunan aku dah rosak sebab kau". Marah betul mereka berdua , tapi Kai hanya membuat gaya 'that's not my problem' . Kini semua ahli sudah berada di sungai. Pokok rendang berdekatan , menjadi tempat rehat mereka semua . Nampak seperti Kai , Tao , Sehun , Xiumin , Baekhyun dan Suho leka bermain air. Chanyeol yang duduk bersebelahan dengan D.o kini menghampiri sungai . "Tao ! , cepat naik . Ada ikan jerung nak gigit kau !!!". Suara Chanyeol yang cemas membuatkan Tao terkejut . "Arghhhhh . Tolong !!!" . Dengan pecutan yang meksimum Tao berlari naik ke daratan . Takut digigit ikan jerung . Wajah Tao dah 100% bertukar menjadi wajah ketakutan . "Hahaha . Apa lah kau ni Tao , mana ada ikan jerung kat Malaysia , lagi-lagi kat sungai ni". Tao menjeling tajam kearah Chanyeol . Bukan sekali dua Chanyeol mengenakan dia , dah banyak kali . Tapi kali ni dia takkan lepaskan Chanyeol . Masa untuk balas balik .

EXO RAMADHAN✔                         (FINISH !)Where stories live. Discover now