PEMBELAJARAN secara dalam talian bermula kerana isu penyakit berjangkit COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Group kelas 4 Baiduri ditekan. Nombor-nombor telefon rakan sekelas yang terdapat di dalamnya diperiksa satu persatu.
Ligat mata Qayla mencari-cari nama yang berkemungkinan itulah orang yang dia cari-cari selama ini.
JUMPA!
011 - ******* ~NISH
"YESS! Jumpa pun nombor dia!" hati Qayla senang. Mana tidaknya, dia sudah jumpa nombor telefon seseorang yang sudah lama ingin dia dapatkan.
Padahal sudah 2 bulan group kelas itu dicipta namun Qayla tidak terfikir untuk mencarinya disana.
Perkara yang sebenarnya...
Dia telah jatuh hati pada seseorang lelaki, bernama Danish sejak tingkatan 2 lagi. Namun, dia tidak berani untuk mengungkapkannya. Tambahan lagi, mereka juga tidak pernah bertegur.
Qayla juga tidak pasti lelaki itu perasan akan kewujudannya selama ini didalam kelas itu. Ini kerana Qayla seorang yang tidak banyak bercakap setelah dia memasuki kelas itu. Namun personaliti Qayla sememangnya seorang yang pendiam kecuali bersama dengan orang yang dia selesa sahaja.
QAYLA berfikir..
Bagaimanakah caranya untuk memulakan langkah pertama untuk memperkenalkan dirinya kepada Danish?
Topik apa yang harus dia bahaskan? Tidak akanlah mesej secara tiba-tiba?
Malunya!
Satu ayat ditulis padat dan ringkas.
'Assalamualaikum, nak tanya.. Ugama ada kerja apa ya? Saya tak dapat masuk kelas online tadi. Hehe ;) ' - Qayla.
Menggigil-gigil tangannya mahu menekan butang hantar itu. Rasanya seperti separuh nyawanya telah terbang.
Telefonnya dicampakkan diambil katil.
"Argh malu lah! Kenapa pula aku nak mesej dia dulu kan?" dia berjalan berulang-alik didalam biliknya sambil cuba untuk menenangkan diri.
"Tapi..."
Fikirannya terbahagi kepada dua. Sama ada dia perlu teruskan rancangan gilanya atau menunda sehingga suatu keajaiban berlaku padanya.
"Kalau aku berterus terang semasa tingkatan 5? Boleh juga kan?" kepalanya digaru walaupun tidak gatal.
"Tapi.. selepas tu, aku tak jumpa dia lagi dah. Kalau dia dah ada girlfriend mana mana?!!" bertubi-tubi soalan yang muncul dalam benak fikirannya.
Sedang dia sibuk memikirkan jalan penyelesaian, nada pemberitahuannya berbunyi. Berderau darah Qayla. Takut apa yang dia fikirkan menjadi kenyataan.
TINGG!!
Satu mesej sampai ke telefonnya.
"Janganlah.. bukan kut.." dia melabuhkan duduk disisi katil. Perlahan-lahan telefonnya diambil.
Setelah butang ON ditekan, satu mesej kelihatan. Mata Qayla langsung membulat. Tidak percaya apa yang sedang dia lihat.
Danish membalas mesejnya?!
Qayla seperti tidak percaya!!
'Waalaikumussalam.. tak ada rasanya.'
'Ini siapa?' - Danish.'Rahsia?' - Qayla.
'Jangan main-main lah.. jawab soalan tu'
- Danish.Nafas berat dihembuskan. Redah sajalah. Jika ingin dirahsiakan pun, tetap akan terbongkar jua kerana mereka tetap sekelas.
'Qayla..'
'Awak tak kenal kan?'
'Saya sekelas dengan awak..' - Qayla.'Oh.. kenal.' -Danish.
Jantung Qayla seolah-olah terpanah. Rasa seperti dia sungguh bertuah.
'Kenapa mesej saya?' - Danish.
'Tanya tentang kerja rumah?' - Qayla.
'Tak.. bukan tu. Kenapa tanya saya?'
'Ada apa-apa yang lain ke?' - Danish.'Tak.. cuma kebetulan. Kalau awak tak jawab tadi, saya dah tanya orang lain dah.' - Qayla.
'Oh.. faham' - Danish
'Saya ada nak buat kerja.'
'Bye' - Qayla.'Baik.. bye.' - Danish.
Qayla hembus nafas lega. Akhirnya, perbualan mereka berakhir. Segala soalan yang ditanyakan oleh Danish seakan-akan tahu tujuannya.
"Nasib baik tak kantoi.." keluhnya.
~
~
~
~
Haii !! Saya Syaaa<3 !
~terima kasih kerana bacaa!!
YOU ARE READING
You're Mine?
Teen FictionPertemuan yang tidak disengajakan kini menjadi asbab pertemanan mereka semakin akrab. Pertemuan ini juga adalah pertemuan yang dinantikan Qayla sejak 2 tahun lepas lagi. "Qayla, awak suka saya ke?" - Danish Hazief "Hah? Siapa yang beritahu awak...