QAYLA yang sedang tenggelam dalam lautan mimpi kini terjaga dari lena selepas mejanya diketuk beberapa kali oleh Danish.
"Setiap kali saya datang, mesti tidur.." Danish mengeluh.
Melihat gadis yang setiap kali ada masa terluang pasti dihabiskan dengan tidur.
"Ni.. saya nak pulangkan semula buku awak.." sambil dia mengangkat buku yang berada ditangan kanannya walaupun Qayla tidak nampak.
Qayla akhirnya mengangkatkan kepala sambil dia menggosok-gosok mata kanannya. Cermin mata yang berada di bawah meja tidak dia ambil. Nanti-nanti dia sambung tidur semula.
"Letak ajelah atas meja ni.." Qayla jawab perlahan.
Danish menelan air liur. Melihat wajah Qayla selepas bangun dari tidur itu membuatkan nafsunya semakin membuak-buak.
Buku yang sedang Danish pegang perlahan-lahan ditepuk-tepuk kan diatas kepala Qayla.
Qayla yang sedang sibuk menggosok matanya langsung terdiam. Membulat besar matanya.
Lambat-lambat kepalanya didongakkan keatas melihat Danish. Mulutnya seakan-akan terkunci.
"Apakah.." ujar Qayla dalam hati.
Bagi Qayla, sebegitu perhatiannya Danish kepada dirinya sehingga dia merasakan dirinya semakin jatuh cinta pada lelaki ini. Beruntungnya dia..
"Awak nak sambung tidur atau temankan saya dekat sini..?" ujar Danish lalu disambungnya lagi.
"Cuma.. kita berdua.." suara Danish perlahan seperti berbisik.
Qayla tidak mampu menjawab. Dia tidak mampu membuat keputusan yang tepat. Jika dia menjawab tidak, tetapi hakikatnya dia mahu. Akan tetapi jika ya, dia segan dan tidak berapa selesa untuk duduk berdua-duaan dengan lelaki sebegini.
Tangan kiri Danish lantas menarik kerusi dari meja bersebelahan Qayla. Kemudian dia duduk disitu menghadap Qayla.
Tiada perkara yang ingin Danish bualkan tetapi dia hanya ingin tetap berada disini.
Dia terlihat cermin mata yang berada dibawah meja Qayla. Cepat-cepat dia ambil lalu memakainya.
"Hensem tak kalau saya pakai cermin mata?" soal Danish sambil tersengih
-sengih. Perasan!"Tak.." selamba badak Qayla menjawab hingga membuatkan Danish langsung menarik muka.
"Sampai hati!!" bibirnya mencebik manja.
"Gurau aje.. awak tak perlu pakai cermin mata pun dah..." Qayla malu mahu menghabiskan ayatnya. Dia mengharapkan Danish faham sendiri.
Muka Qayla langsung bertukar merah. Malu!
Danish melepaskan cermin mata itu lalu meletakkan semula diatas meja.
Sedang Qayla mengelap besi dibahagian hidung cermin mata itu dengan fokus, perlahan-lahan tangan Danish hinggap ke pehanya.
Melompat Qayla kebelakang. Nasib saja kerusinya tidak jatuh.
"Eh, awak kenapa?" soal Danish selamba.
"Awak boleh tanya saya kenapa?!"
"Tangan tu.. dah kenapa sentuh saya?" jawab Qayla penuh emosi. Kali terakhir, Danish cuba menyentuhnya ditangan dan menarik lengan bajunya tetapi. Kali ini ditempat lain pula! Melebih!
Danish menarik nafas pendek lalu menghembuskan nafasnya perlahan. Kepalanya menyenget sambil memberikan tatapan tajam kepada Qayla.
"Awak.. tak suka saya dah ke?" soal Danish dengan nada suaranya perlahan. Mahu memikat hati Qayla supaya tidak melarikan diri darinya.
YOU ARE READING
You're Mine?
Teen FictionPertemuan yang tidak disengajakan kini menjadi asbab pertemanan mereka semakin akrab. Pertemuan ini juga adalah pertemuan yang dinantikan Qayla sejak 2 tahun lepas lagi. "Qayla, awak suka saya ke?" - Danish Hazief "Hah? Siapa yang beritahu awak...