SUIS lampu dan kipas dibuka. Kerusi plastiknya ditarik lalu Danish menghempaskan beg galasnya diatas kerusi itu. Melilau matanya mencari-cari akan keberadaan Qayla disetiap sudut kelasnya.
Dia melihat-lihat kerusi Qayla dari jauh. Kosong. Hanya dia sahaja yang berada di dalam kelas itu.
Sedang Danish sibuk memeriksa meja dan kerusi Qayla, tiba-tiba seseorang menyapanya dengan lembut.
"Assalamualaikum.." ujar Qayla perlahan sambil dia menggenggam baju ditangan kanannya. Tercungap-cungap dia berdiri di bingkai pintu kelasnya itu.
Bahu Danish terhenjut sedikit. Terkejut. Cepat-cepat Danish menoleh kebelakang lalu dia balas salam itu dengan penuh semangat.
"Waalaikumussalam!!" Danish tersenyum lebar. Dengan pantas, matanya menangkap baju yang sedang Qayla pegang. Semakin membuak-buak perasaan tidak sabarnya! Berikan baju itu kepadanya sekarang!
"Awak tunggu saya ke? Maaflah, saya singgah beli air mineral tadi.." Qayla menyatakan hal yang sebenar. Dia terlupa mahu mengisi semula botol airnya pagi tadi. Cuai!
"Tak kesah.. saya pun baru aje sampai.."
"Sengaja saya tengok-tengokkan kerusi awak tadi.. Mana tau ada apa-apa kan?" anak mata Danish tidak duduk diam memikirkan alasan untuk menutup malunya.
Melihat mukanya saja Qayla sudah tahu, tidak sabar benar dia ingin mendapatkan bajunya ini. Antara mahu dipakainya atau digantung menjadi koleksi. Qayla juga tidak tahu.
"Nampak sangat menipu tu.. cakap ajelah perkara sebenar.." Qayla tergelak kecil.
Qayla melanjutkan langkahnya ke meja Danish. Dia berdiri dihadapan lelaki yang tinggi lampai itu. Terpaksalah Qayla mendongak keatas.
Qayla menghulurkan baju itu. Kemudian diambil oleh Danish. Danish teruja tetapi harus tetap terlihat tenang.. Stay cool!
"Lembut.." monolog Danish dalam hati selepas sahaja dia memegang baju itu. Tekstur kain bajunya begitu lembut dan licin.
"Simpan baju ni elok-elok! Saya suka baju ni sebenarnya tapi kalau awak betul-betul nakkan baju ni, ambillah.."
Lantas Danish membuka zip beg galasnya lalu dia mengeluarkan sehelai baju lengan panjang berwarna hijau. Kainnya tebal, pasti Qayla akan menyukainya.
"Dan awak pun kena jaga baju saya baik-baik juga.." baju lengan panjang itu dihulurkan kepada Qayla.
Qayla mengangguk tanda faham. Sudah tentu dia akan menjaga barang berharga ini dengan penuh kasih sayang.
Danish balas lagi..
"Awak boleh pakai baju ni. Baju ni besar untuk awak sebenarnya. Tapi mesti comel bila awak pakai nanti.." Danish membayangkan Qayla yang sedang cuba memakaikan bajunya didalam fikiran. Pasti tangannya tidak kelihatan kerana lengan baju itu yang terlalu panjang. Comelnya!
TOMBOL pintu bilik Danish dibuka lalu dikunci. Baju yang diberikan Qayla langsung tidak berani dia masukkan ke dalam beg. Bimbang jika bau-bauan dari begnya yang busuk melekat pada baju itu.
Dia melabuhkan duduk ditepi katilnya. Sudah lama dia menantikan saat ini.
Baju Qayla yang tergulung kecil itu perlahan-lahan hinggap ke mukanya. Nafas ditarik dalam-dalam. Matanya ditutup perlahan-lahan tatkala dia menghidu wangian yang berasal dari baju itu.
"Ha.. wangi" ujar Danish sambil dia menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.
"Dia.. sanggup buat apa saja untuk aku.." senyuman senget terukir dibibirnya. Kemudian dia tergelak kecil mengenangkan Qayla yang benar-benar menjadi hamba kepada cinta.
YOU ARE READING
You're Mine?
Fiksi RemajaPertemuan yang tidak disengajakan kini menjadi asbab pertemanan mereka semakin akrab. Pertemuan ini juga adalah pertemuan yang dinantikan Qayla sejak 2 tahun lepas lagi. "Qayla, awak suka saya ke?" - Danish Hazief "Hah? Siapa yang beritahu awak...