DENGAN senang hati, Qayla pulang ke rumah. Menuruni van dan berjalan kearah pintu rumahnya kemudian salam diberikan.
"Waalaikumussalam.." ujar Nek Mah. Kepalanya menjengah dari rangka pintu dapur menerima kepulangan cucunya.
Qayla membuka pintu rumahnya.
"Nenek..." memanggil Nek Mah dengan manja. Bersinar-sinar wajahnya penuh kegembiraan.
Nek Mah ikut tersenyum. Tidak hairan jika cucunya manja seperti ini apabila bertemu dengannya namun kali ini sedikit berbeza.
"Amboi! Apa yang gembira sangat tu lepas balik dari sekolah?" tanya Nek Mah sambil tangan kirinya mencekak pinggang.
Qayla menuju ke dapur mendekati neneknya lalu menyalami tangan neneknya.
"Tak ada apa pun.."
"Iya ke?" Nek Mah cuba untuk mengesahkan. Demam ke budak ini? Dahinya berkerut hairan.
"Betul nek. Tak ada apa-apa. Qay nak masuk bilik dulu. Lepas tu Qay makan dengan nenek. Nenek belum makan lagi kan?" mengusap-usap tangan neneknya penuh lembut.
"Belum lagi.. nenek tunggu Qay balik. Qay mandilah dulu.. nenek masih goreng ikan. Tak siap pun lagi.." tangan kanannya yang sedang memegang senduk ditunjukkan kearah kuali itu.
"Baik nek.." Qayla langsung menuju ke biliknya. Seterusnya meletakkan beg galasnya di atas katil.
Kemudian zip kocek bahagian hadapan dibuka. Dengan menggunakan tangan kanan, dia mengeluarkan sekeping kertas yang berisi nombor telefon Danish.
Telefon yang berada di atas meja belajarnya itu diambil lalu aplikasi kenalan dibuka. Nombor itu dimasukkan dengan segera.
Selesai!
Apabila diingatkan semula apa yang telah berlaku waktu itu. Dia tidak dapat menahan senyumannya.
Adakah Danish hanya melakukan itu kepadanya sahaja? Atau mungkin... kepada orang lain juga?
Bibirnya langsung mendatar. Kenapa dia perlu cemburu sedangkan tiada apa-apa pun hubungan antara dirinya dengan Danish. Mereka baharu sahaja bersemuka buat kali pertama dan apa yang dia perlu jangkakan daripada itu?
Berangan sahajalah.
JAM masih menunjukkan 7. 15 pagi. Namun kali ini Qayla hadir tidak terlalu terlewat seperti semalamnya. Dia sudah tiba disekolah 25 minit yang lalu.
Usai dia mengemaskan buku-bukunya kebawah meja. Telinganya seolah-olah mendengarkan seseorang sedang memanggil namanya.
Qayla mengangkat kepala. Mencari dari manakah suara itu berasal sehinggalah dia melihat Arissa dan Sophia sedang bersembunyi pada pintu kelasnya.
Cepat-cepat Qayla mengambil kertas dari kocek begnya lalu bergegas ke sana.
"Dah dapat?" nada suara Arissa penuh teruja.
Qayla ragu-ragu untuk menjawab.
"Qayla?" panggil Arissa tetapi Qayla tidak menjawab.
"Qayla...?" kini Sophia pula memanggilnya. Barulah Qayla tersedar.
"Sudah.. tapi-"
"Bagus!" jawab Arissa. Tangannya dihulurkan. Tidak sabar untuk menerima sesuatu yang sudah lama dia inginkan.
Dengan ragu-ragu, Qayla membuka genggaman tangannya untuk memberikan kertas itu namun dengan segera Arissa merampas kertas itu dari tangannya.
Dengan berhati-hati kertas kecil itu dibuka..
"Awak memang boleh diharapkan, Qayla." tangan Qayla diangkat lalu sekeping duit bernilai RM 100 diletakkan di telapak tangan Qayla.
"Ambil ni. Cukup ke? Kalau rasa tak cukup, saya boleh bagi lagi, tapi.."
YOU ARE READING
You're Mine?
Teen FictionPertemuan yang tidak disengajakan kini menjadi asbab pertemanan mereka semakin akrab. Pertemuan ini juga adalah pertemuan yang dinantikan Qayla sejak 2 tahun lepas lagi. "Qayla, awak suka saya ke?" - Danish Hazief "Hah? Siapa yang beritahu awak...