PIRING kaca yang telah Qayla gunakan dibasuh lalu disusun kemas di tengah antara besi penghadang rak pinggan itu.
Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Qayla sepatutnya perlu berada di jalan besar dan menunggu van sekolahnya tiba. Atau mungkin saja van sekolahnya sudah parkir di tepi jalan.
Selak pintu dibuka lalu dipulaskan tombol pintu rumahnya. Kasut hitamnya disarungkan dengan tergesa-gesa.
"Qay.. duit dah ambil di meja tadi?" tanya Nek Mah yang sedang berjalan kearah Qayla. Qayla mengangguk lalu lantas jalan menonong.
"Bertuah punya cucu. Lupalah tu nak salam sebelum pergi. Macam manalah anak dan menantu aku ajar dia..." Nek Mah menggeleng kepala sambil melihat cucunya berlalu pergi.
PEPERIKSAAN pertengahan tahun hampir tiba. Kelas 4 Baiduri antara kelas yang diwajibkan untuk menghadiri program kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolahnya pada setiap hari Sabtu.
Kelas tamat pada jam 11 pagi. Kesemua pelajar dibenarkan bergerak pulang. Semakin lama pelajar semakin berkurangan namun Qayla dan beberapa orang pelajar yang menaiki van sekolah yang sama sahaja yang masih tinggal di pondok berhampiran pagar sekolah.
"Lama lagi ke van ni?" soal Qayla pada Amira. Gadis yang alang-alang berada berdekatannya.
"Rasanya van kita rosak kut.." jawab Amira.
Qayla mengeluh.
"Aduh! Sudahlah cuaca panas, van pula buat hal!" ujar Qayla didalam hati sambil dia mengipas-ngipas mukanya dengan tangan. Bahang!
15 minit berlalu..
Suasana bertambah sunyi. Qayla mengeluarkan telefonnya dari kocek beg lalu bermain permainan online 'Call Of Duty' sekadar menghilangkan bosannya.
Perhatiannya teralih apabila ada sepasang kekasih yang sedang berjalan berdua-duaan tidak jauh dari kawasannya itu. Namun penglihatannya terhad. Lelaki itu melambai-lambai kekasihnya yang sedang memasuki kereta. Alahai, siapalah lelaki itu.
"Haih.. lebih baik aku fokus!" kedua ibu jarinya laju mengawal pergerakan karakter untuk menembak dan lari dari musuh. Pergerakannya pantas..
Terdengar bunyi tapak kaki yang semakin mendekat. Tetapi dia abaikan.
"Fokusnya.. sampai saya datang pun awak tak perasan.." ujar Danish lalu melabuhkan duduk disamping Qayla.
Qayla terperanjat. Telefonnya cepat-cepat diterlungkup kan.
"Kenapa awak tak balik lagi?" Qayla mengundur kebelakang untuk menjarakkan dirinya dengan Danish. Disini masih ada beberapa orang yang masih tinggal. Risau jika mereka salah faham tentang mereka berdua.
"Saya lepak dengan kawan-kawan saya dekat sana tadi.. tiba-tiba saya ternampak awak, jadi saya datanglah
ke sini.." sambil jari telunjuknya diarahkan ke tempat parkir motorsikal pelajar."Oh.." balas Qayla pendek. Matanya dielakkan dari saling memandang antara satu sama lain. Tidak selesa..
Topik perbualan mereka terhenti. Danish memandang Qayla yang hanya berdiam diri. Lantai yang ditenungnya.
Sebenarnya ada perkara lain yang dia mahu katakan namun dia takut untuk mengungkapkannya.
"Qayla, sebenarnya kan.." Danish bercakap lambat-lambat.
Qayla cepat-cepat memusingkan kembali badan menghadapnya. Mahu fokus mendengarkan apa yang ingin Danish katakan walaupun matanya tidak mampu bertentang dengannya.
"Baju yang awak bagi tu sebenarnya tak muat.." jujurnya. Kepalanya digaru. Malu mahu menyatakan dirinya sudah agak berisi.
"Hah? Saya fikir baju tu dah cukup besar untuk awak.."
"Saya rasa saya dah gemuk lah.." kepalanya ditundukkan. Berasa dirinya agak berisi. Tetapi hakikatnya, tidak. Hanya perasaannya sahaja.
"Mana ada! Atau mungkin kedai tu yang buat salah saiz.." cepat-cepat Qayla memujuk. Janganlah berkata sedemikian, kesemua saiz tubuh badan tiada bezanya. Kesemuanya tetap menarik pada mata seseorang yang benar-benar tulus dan ikhlas menerimanya.
Qayla menyambung lagi..
"Tak apalah.. awak nak saya tukar dengan apa-apa yang lain?" dahi Qayla berkerut-kerut. Rasa serba-salah apabila memberikan seseorang hadiah yang tidak sesuai. Dia juga tidak tahu hadiah apa yang sesuai untuk diberikan kepada lelaki.
Danish berfikir panjang. Matanya tertarik melihat baju T-shirt lengan pendek yang sedang Qayla pakaikan. Baju berwarna kelabu bercampur hitam serta bercorak kotak-kotak kecil itu menarik perhatiannya. Muncul satu idea dalam fikirannya.
"Kalau awak gantikan dengan baju tu?" anak mata Danish tidak lepas dari merenung baju Qayla.
"Baju?" Qayla menundukkan kepala lalu melihat bajunya. Dia mahu baju ni? Untuk apa?
Danish mengangguk-angguk. Ya, dia benar-benar mahukan baju itu!
"Kenapa pula?" soal Qayla.
"Untuk gantikan baju yang tak muat tu. Ataupun.." satu idea memasuki fikiran Danish lagi. Bernas! Biar dia dapatkan baju itu tidak kira apapun.
"Awak bagi saya baju ni, dan saya akan bagi awak baju saya. Nak?" Danish tersenyum lebar hingga menampakkan giginya yang putih itu.
Tanpa berfikir panjang. Qayla langsung bersetuju.
Dia seperti tidak percaya. Terkedu. Akan tetapi sudah pastinya dia akan menjaga baju itu dengan betul.
"Baiklah.. saya bagi awak nanti.." balas Qayla. Langsung Danish tersengih sampai ke telinga. Suka benar dia dengan bajunya yang tidak seberapa ini.
"Eh tapi awak jangan basuh ye.. Saya nak baju ni esok , boleh?"
Qayla menelan air liur.
"Jangan basuh? Saya berpeluh lah sekarang ni. Baju ni mesti busuk!" Qayla menolak. Kepalanya menggeleng-geleng.
"Saya nak juga! Bolehlah, Qayla.." Danish tetap mahukan baju itu. Memujuk supaya Qayla menerima permintaannya.
Melihat muka Danish yang sudah memuncung. Terpaksalah dia tetap memberikan bajunya kepada Danish.
"Iyelah.. awak tak kesah ke kalau baju saya ni busuk?" Qayla malu. Bukan apa, sekarang ini musim panas. Jadi badannya mengeluarkan peluh yang banyak. Malu jika bau badannya membuatkan Danish pula yang tidak selesa.
"Saya tak kesah.." Danish tetap berusaha untuk meyakinkan Qayla.
Van sekolahnya Qayla akhirnya memunculkan diri. Cepat-cepat pelajar yang menaiki van itu berjalan ke sana termasuk juga Qayla.
"Saya balik dulu.. jumpa awak lagi nanti!" ujar Qayla sambil dia melompat turun dari kerusi batu panjang yang agak tinggi baginya itu.
Danish mengangguk-angguk.
"Ingat! Jangan basuh dan beri esok! Balik nanti saya mesej awak lagi ye!" Danish berpesan lagi. Tangannya melambai-lambai gadis itu.
Qayla membalas lambaian itu..
Dengan tergesa-gesa Qayla menaiki van lalu menutup pintunya. Van sekolah itupun mula bergerak pergi.
PINTU biliknya dikunci. Baju berwarna kelabu bercampur hitam itu dilepaskan. Namun baju inner berwarna hitam serta berlengan panjang itu masih dia pakai.
"Cantik sangat ke baju ni sampai dia nakkan baju ni. Tak nak aku basuh pula tu! Kalau busuk macam mana? Malunya.." baju yang sudah diletakkan diatas katil tadi diambil semula.
Qayla meneliti corak pada baju itu lalu dia menghidu-hidu bajunya. Bau minyak wangi yang dia pakai pagi tadi masih lagi melekat pada baju itu. Masih wangi!
"Tak bau kut.. tadi kan aku pakai selapis lagi baju dekat dalam.." Qayla bersenandika didalam hati.
Baju itu dilipat kemas lalu diletakkan bersebelahan beg galasnya. Biar dia tidak lupa membawanya esok.
YOU ARE READING
You're Mine?
Novela JuvenilPertemuan yang tidak disengajakan kini menjadi asbab pertemanan mereka semakin akrab. Pertemuan ini juga adalah pertemuan yang dinantikan Qayla sejak 2 tahun lepas lagi. "Qayla, awak suka saya ke?" - Danish Hazief "Hah? Siapa yang beritahu awak...