Chapter 3

4 4 0
                                    

"Zafwan! Zafwan Arsyad!!"

Sedang dia ralit berada didunianya sendiri. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi seolah olah seorang perempuan sedang memanggil manggil namanya.. Tersentak dia daripada lamunannya yang indah itu. Erkkk..

Kepalanya diangkat perlahan lahan. Wajahnya dilangutkan sedikit menghala ke arah si pemanggil yang sedang berdiri tegak dihadapannya. Aina rihana.

Matanya tajam menikam aina yang sedang mencemberutkan muka apabila panggilannya tidak disahut Zafwan. Zafwan merenung aina dengan reaksi marahnya. Tidak suka apabila dirinya diganggu Aina.

"Youuu, I panggil nieee.. Mengantuk sangatkerr? Nyenyak you tidur, sampai tak sedar i panggil"

Panggil aina meleret. Sengaja dilunakkan suaranya apabila bercakap dengan zafwan, lelaki yang sudah sekian lama dicintainya. Terang terang dia cuba memikat zafwan. Namun, zafwan hanya membuat endah tidak endah sahaja akan dirinya.

"Hahh, nak apa. I you, i youu. Gelilahh. Apa? I sepak, you mlayang? Blah lah, jangan kacau aku. Semak tau tak?"

Hambur Zafwan senafas. Sudah lama dia cuba bersabar daripada meninggikan suaranya kepada aina akibat rimas akan dirinya yang acap kali diganggu oleh perempuan bermekap tebal itu. Tak kena dengan tempat nak bermekap pon. Sekolah kot, orang datang sekolah nak belajar, dia? Kalut nak tangkap cintan cintun. Kurang kasih sayang lagaknya. Tampaq sekali, jerebu satu sekolah.

Memerah muka aina menahan malu dan amarahnya. Geram dia dibuatnya apabila seringkali ditolak mentah mentah oleh lelaki itu. Hairan dia kerana zafwan sama sekali tidak tertarik dengannya. Sudah pelbagai cara yang digunakan untuk menarik perhatian jejaka itu. Namun, tidak ada satu pun caranya yang berkesan.

Aina memusingkan badannya menghadap Airil yang sedang duduk dihadapan zafwan. Dihalaunya airil dari tempat duduknya. Airil yang malas hendak bertekak itu hanya patuh akan arahan aina. Dia berlalu keluar daripada kelas itu untuk mengambil angin. Pandangan tajam zafwan dihiraukannya. Tahulah dia akan zafwan yang memarahinya kerana memberi peluang kepada aina untuk mengganggunya. Kerusi airil yang kini kosong itu ditarik lalu dipusingkan menghadap zafwan yang sedang bengang itu. Kisah pulak dia. Asalkan dia dapat mendekati zafwan. Aina meliarkan pandangannya melihat sekeliling, mencari sesuatu untuk dijadikan tujuan agar zafwan melayaninya.

Seketika matanya terhenti pada buku latihan yang berada diatas meja milik airil. Dia tersenyum melihat buku itu, seakan akan otaknya mula berfungsi. Dicapai buku itu lalu kepalanya ditolehkan kembali kearah zafwan. Aksi zafwan yang kembali melentokkan kepalanya di atas meja diperhati aina dengan perasaan geram.

"Zafwann!!!"

Dilaungkan lagi nama lelaki itu. Digoncang pula meja jejaka itu apabila panggilannya sengaja tidak dihiraukan.

Bommm!

Telapak tangan zafwan yang secara tiba tiba menghentak meja itu membuatkan semua penghuni di dalam kelas itu terkejut akibat rangsangan bunyi yang sangat kuat dihasilkan oleh zafwan. Lantas mereka semua memandang zafwan dengan perasaan marah apabila terasa diganggu.

Baru sahaja seorang Clasmatenya mahu mewakili mereka membuka mulut untuk memarahi zafwan akibat perlakuannya yang mengganggu ketenteraman orang sekelas, niatnya dimatikan apabila melihat zafwan yang sedang merenungnya tajam. Wajah zafwan kini seperti singa yang sedang kelaparan. Kecut perutnya apabila direnung sebegitu. Lantas mulutnya ditutup kembali. Semua penghuni kelas itu mula menyambung kembali perbuatan mereka yang tergendala tadi. Tidak berani untuk menegur zafwan yang kelihatan bengang itu.

"Kau nak apa sebenaqnya ni?"

Aina yang tadinya juga terkejut terus tersenyum apabila ditanya zafwan. Diletakkan buku airil yang dipegangnya dari tadi di atas meja zafwan.

"Youu, I tak paham lar soalan niee.. you kan pandai, ajarlah aiiii.'

Suruh aina meleret leret. Geli tekak zafwan dibuatnya apabila suara aina sengaja dimanjakan. Cakap elok elok tak boleh ka? Terasa mahu hempuk kepala aina apabila badannya dibuat gaya seperti sotong. Gedik!

"No, aku tak dak masa, pi suquh orang lain"

Never Give Up!Where stories live. Discover now