Chapter 16

5 2 0
                                    

Pintu ditarik, haniya melangkah masuk ke cafe itu diikuti Zulfa. Mereka berdua berdiri di depan pintu masuk sambil melihat pakaian masing masing! Basah! Lencun! Beberapa titik air mula keluar daripada hujung tudung kemudian mula membasahi lantai.

Makin sejuk terasa apabila badan yang basah itu diterpa pula angin sejuk yang dikeluarkan daripada pendingin hawa buatan manusia itu. Badan mereka bergigil kecil. Sejuk!

Zulfa melihat di sekitar cafe itu, mencari familynya. Jika dia tidak silap, ayahnya memberitahunya bahawa dia mahu singgah di sini. Dan tekaannya tepat apabila dia melihat Krizz, abangnya sedang melambai lambai tangan kepadanya. Zulfa mengangguk sekali kearah keluarganya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah haniya. Baru sahaja mahu membuka mulut untuk bercakap, haniya berjalan pergi kearah meja yang dihuni keluarganya terlebih dahulu, meninggalkannya. Zulfa yang hairan akan tingkah laku gadis itu hanya mengekorinya.

Mereka berdua berjalan bersama sama kearah meja itu. Apabila sudah hampir, zulfa melihat seorang jejaka yang sedang duduk semeja dengan familynya di sebelah zul, abahnya. Jejaka itu mula berdiri dan melihat zulfa dengan perasaan yang tidak dapat ditafsirkan. Zulfa yang sudah dapat mengenalpasti jejaka itu tersentak.

'Zafwan Arsyad'

Sebut Zulfa perlahan. Ya, jejaka itu adalah Zafwan Arsyad, Zafwan.

Kehadiran jejaka itu membuatkannya tertanya tanya.

"Kenapa dia ada dekat sini? Macam mna dia boleh duduk semeja dengan family aku? Apa kena mengena dengan kami?"

Soalan itu terngiang-ngiang di mindanya. Namun, hanya dipendam di dalam hati. Dibiarkan tak terluah.

Mata Zulfa dan Zafwan bertembung, lama mereka membalas renungan antara satu sama lain tanpa sedar. Bagaikan hanya ada mereka berdua di dunia itu. Tanpa menghiraukan sekeliling. Bagaikan tidak ada apa apa yang akan mengganggu mereka. Kosong.

"Wina, awat basah sampai macam tu sekali?"

Pertanyaan zul memutuskan renungan antara zulfa dan arsyad seraya memecahkan kesunyian yang melanda sejak tadi.

Serta merta zulfa dan arsyad mengalihkan pandangan apabila tersedar akan perbuatan masing-masing. Mereka berdua beristighfar di dalam hati kerana lalai dalam menjaga mata. Sedar akan perbuatan itu yang berdosa. Mereka berdua berlagak seperti tidak pernah kenal.

"A- aahh, ou-ouh ni terkena- terkena hujan"

Jawab Zulfa dengan gagap. Tidak selesa dengan pandangan mereka semua. Bukan mereka yang memandangnya pelik, namun, dia yang tidak boleh jika orang ramai memandangnya. Dada zulfa berombak laju, nafasnya seakan akan tersekat. Tangannya digenggam kuat. Walaupun sejuk, dahinya tetap mengeluarkan peluh.

Tidak boleh!

"Wina nak pergi tandas sekejap. "

Ujar Zulfa laju. Tidak sanggup untuk berlama lama disitu. Pantas dia bergerak, berjalan dengan agak laju menuju ke satu pintu yang dilekatkan papan kecil bertulis 'toilet' pada permukaannya.

Zafwan hanya melihat pemergian Zulfa sebelum meminta izin untuk kembali meneruskan pekerjaannya. Dia berlalu pergi ke bilik rehatnya setelah mendapat respon positif daripada keluarga zulfa.

Haniya memberi senyuman manis ke arah keluarga zulfa yang memandangnya sebelum berjalan mengikuti zafwan, abangnya. Ya, Zafwan Arsyad ialah satu satunya abang kepada Haniya.






Pintu yang berlabel 'Zafwan Arsyad' itu diketuk. Suara seorang jejaka yang amat dikenalinya mula terdengar setelah 5 kali ketukan. Tombol pintu dipegang dan dipulas perlahan lahan setelah mendapat keizinan untuk memasuki ruang rehat itu. Kepala dijengukkan sedikit, melihat keberadaan abangnya. Pintu ditolak agak luas, cukup memuatkan badannya untuk masuk kedalam bilik privasi itu.

Haniya tersengih apabila mendapati abangnya sedang merenungnya tajam. Pintu dibelakangnya ditutup rapat setelah dia memasukinya dengan sempurna.

"Abanggg"

Panggil Haniya meleret. Misi membodek abangnya! Langkah diteruskan mendekati meja yang menjadi tempat duduk zafwan.

"Nak apa? Cepat, aku malas nak layan"

Ujar Zafwan terus terang tanpa berlapis.

Haniya menarik nafas sedalam dalamnya lalu memohon kepada Allah agar melembutkan hati abangnya.

"Abang tau kan baju adik dengan akak tadi tu basah sebab terkena air hujannn... soooo, boleh tak abang bagi kitaorang baju abang, tak banyak pon, untuk adik dengan akak tuu jerrr, dua helai jaa.. abang kan banyak tinggal baju spare dekat sini.. Bolehh larrr.."

Tanpa basa basi Haniya memujuk abangnya sambil mengerdipkan kedua dua belah matanya, membuat muka comel larr kononnya. Jari hantu dan jari telunjuk turut dikeluarkan membentuk 'peace' lalu digerak-gerakkan memaksudkan bahawa dua helai pakaian sahaja yang dia mahukan.

Zafwan yang mendengar permintaan daripada Haniya, adiknya itu hanya memicitkan kepalanya. Pening! Penat! Terlalu banyak perkara yang perlu difikirnya hari ini.

Disebabkan tidak mahu menyerabutkan kepala, menambah masalah dan sangat kenal dengan perangai adiknya yang tidak tahu erti mengalah, Zafwan hanya mengangguk lemah kepada Haniya yang matanya sudah bersinar sinar apabila melihat anggukan daripada Zafwan.

"Dah jangan kacau, baju pergi pilih sendiri dalam almari"

Arah Zafwan kasar. Dia tiada mood pada hari itu. Otaknya bercelaru. Perasaannya bercampur baur. Dia memerlukan ketenangan. Bak kata orang, 'Me time'.

Ucapan terima kasih Haniya hadiahkan kepada Zafwan sebelum bergegas pergi ke almari baju abangnya itu.

Dengan cepat, Haniya mencapai sehelai baju hoodie berwarna hitam dan seluar slack yang juga berwarna hitam pekat kepunyaan abangnya itu dan kemudiannya melangkah keluar daripada bilik itu meninggalkan abangnya seorang diri.

Never Give Up!Where stories live. Discover now