Chapter 7

3 3 0
                                    

"Zafwan. Zafwan!"

Mata zafwan berkelip, terkejut akan panggilan zulfa yang telah mematikan lamunannya. Air yang berada ditubir matanya mula jatuh membasahi pipi. Dengan pantas jari jemarinya dibawa mengesat air mata yang berada di wajahnya.

"Kauuu.... menangi-"

"Tak lah, mata aku masuk habuk"

Jawab zafwan laju tanpa sempat zulfa menghabiskan pertanyaannya. Zulfa hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan, menandakan bahawa dia percaya akan kata kata zafwan itu. Malas hendak memanjangkan cerita untuk bertanyakan lebih lanjut.

"So..., kau tak jawab lagi apa yang aku tanya tadi."

Zafwan mengingatkan zulfa tentang soalan yang ditanya nya tadi.

"Ouhh,, apadia?"

Ayy, kau jangan cakap yang kau sebenarnya tak dengar. Tadi aku tanya kemain kau jawab 'eishh, oqang dengar lahh'

Ajuk zafwan sambil membuat mimik muka.

"Ehh HAHAHHA, ada eh aku cakap macam tuh? "

"Kau jangannnn,, punya panjang aku cakap tak kan satu pon kau tak dengar?"

Zafwan memandang zulfa, meminta penjelasan daripadanya.

"Haa, Kau cakap panjang sangat tadi. Maksud akuu, kau nak aku jawab soalan kau yang mana satu?"

Balas Zulfa kekok. Zafwan mengeluh perlahan sebelum kembali mengulang pertanyaannya.

"Kau nak sambung kelas ka nak balik rumah terus? Dah pukul 12 lebih dah sekarang niee. Kalau kau nak balik, aku bleh tolong kau bagitau cikgu."

Pelawa zafwan.

"Kalau aku nak balik rumah, kita nak bagi alasan apa? Macam yang kau cakap tadi, aku pon tak nak isu ni dibesarkan. Payah!"

Tak mahu zulfa untuk memberitahu gurunya akan kejadian sebenar. Sudah tentu status guru itu akan bertukar menjadi wartawan tidak berbayar. Lagipun, dia tak mahu perkara ini sampai pada pengetahuan keluarganya seterusnya akan membuatkan mereka berasa risau akan dirinya.

"Lahh, apa yang payah sangat soalan kau niehh. Cakap ja lah yang kau sakit, tak sihat. Habis ceqita. Dosa pon tak dapat sebab kita bukannya membohong. Kau memang tengah sakit kan?"

"Haahlarr.. Klau macam tu aku nak balik rumah lah."

Zulfa membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Dia mahu berehat! Sedang zulfa leka membayangkan dirinya yang kini berbaring di atas tilam empuk di dalam biliknya, tiba tiba perutnya berkeroncongan hebat. Lapar kerana dia belum sempat menjamah apa-apa pun sedari tadi. Sedar akan perutnya yang kuat berbunyi, pantas zulfa membulatkan matanya melihat zafwan. Berharap agar lelaki itu tidak mendengarnya. Pipinya kian memerah apabila sangkaannya meleset. Zafwan memandang zulfa dengan senyuman sinis.

"Ehh, kau dengar tak bunyi tu?"

Tanya zafwan. Kamu nanyeaa? Zafwan berpura pura tidak tahu.

"Hah? Tak pun. HAHAH, kau salah dengar niee."

Ujar zulfa kekok sambil matanya berkelip kelip. Perkara yang akan dia lakukan apabila sedang berbohong. Habit! Kemudian, perutnya berbunyi lagi. Namun, bunyinya kini lebih kuat daripada tadi. Perutnya bagaikan sedang membuat konsert! Lantas zulfa berpura pura batuk seiring dengan bunyi perutnya. Berniat untuk menenggelamkan bunyi itu. Namun, bunyi perutnya masih jelas terdengar di halwa pendengaran zafwan.

"Lapar cakap ja lah lapar, kan senang"

Ujar zafwan tanpa berbasa basi. Lantas tangannya dibawa menyelup poketnya. Dikeluarkan tangannya bersama 1 paket biskut lexus lalu membalingnya ke arah zulfa yang setia mengelus anak kucing itu. (Aksi yg x elok ni hampa jgn ikut naihh!) Dengan cekap zulfa menyambutnya. Dia mengucap terima kasih kepada zafwan. Biskut itu dimasukkan pula ke dalam poketnya. Ditaruh untuk memakannya kejap lagi.

"Hurmm, dah, kau makan ja lah kat sini. Aku pergi amek beg kau. Kalau ada apa apa jerit ja kuat kuat"

"Tak payahlah. Susah susah ja, aku bleh amik sendiqi. "

Baru sahaja zulfa hendak berlalu pergi menuju ke kelasnya, dia dihalang zafwan.

"Kau tak payah nak mengada, kelas kau dekat tingkat tiga. Bukan dekat depan kau. Aku tengok cara kau duduk pon seksa sangat aihh. Ada hati nak naik kelas"

Bantah zafwan. Tanpa dia sedari, lancar dia bercakap tanpa henti apabila bersama zulfa. Jikalau tidak, tidak pernah dia bercakap banyak dengan perempuan yang tidak rapat dengannya. Selalunya dia hanya menjawab beberapa patah perkataan sahaja apabila perlu. Namun, dia terlihat sangat ramah semasa bercakap dengan zulfa seperti mereka sudah kenal beberapa tahun lamanya.

Kaki zafwan mula melangkah menuju ke tangga. Namun, niatnya bertentangan apabila melihat zulfa yang tiba tiba berada dihadapannya. Mata zafwan turun kebawah dari wajah zulfa kepada tangannya. Dilihat makhluk allah yang sedang bergerak gerak di dalam dukungan zulfa. Jeritan halus mula terbit dari bibirnya. Pantas kakinya berlari sedikit kebelakang, menjauhi zulfa atau lebih tepat, menjauhi anak kucing berbulu coklat itu.

Hairan zulfa akan tindakan zafwan yang berlari menjauhinya secara mengejut setelah melihat anak kucing yang dipegangnya. Namun, cepat dia menangkap sesuatu. Zafwan takut kucing!

"Haaa, kau takut kucing ehh"

Zulfa mengusik zafwan sambil tersenyum.

"Ehh mana ada!"

Pantas zafwan menafikan kenyataan zulfa. Zulfa yang mendengarkan itu tersenyum sinis. Dia berpura pura hendak mendekatkan anak kucing yang dipeganginya semenjak tadi ke arah zafwan. Mengusiknya. Rasakan! Bohong lagi.

"Arghh! Ya lah, ya lah. Aku mengaku, aku takut kucing, dah larr tuhh. Lepaskan kucing tu cepat!"

Zafwan berkata dengan nada yang sedikit tinggi dan agak kasar. Rambutnya diraupkan kebelakang. Stress sangat lagaknya. Melihatkan zafwan yang benar benar takut akan kucing itu membuatkan perasaan bersalah mula timbul dalam diri Zulfa.

"Sorry, tak sangka pulak yang kau ni betul betul takut kucing. Aku just tak faham, kenapa ada juga orang yang tak suka kucing? Kucing ni comel apa. Bagi aku, comel sangat sangat. Tengok kucing ni, aku akan rasa tenang. Sentuh bulu dia, membuatkan aku lupa segala masalah. Bermain dengannya, membuatkan aku rasa happy sangat. Hurmm, aku tahu, kau pasti tak faham."

Luah Zulfa setelah anak kucing itu dilepaskannya. Walaubagaimanapun, dia tahu, perasaannya tak mampu diungkap dengan hanya sekadar kata kata. Tanpa zulfa sedari, dia langsung tidak berasa terpaksa untuk berborak dengan zafwan. Semua ujarannya adalah spontan keluar dari mulutnya. Entah mengapa, dia berasa selesa apabila bercakap dengan zafwan. Jika tidak, tidak pernah dia bersembang dengan orang lain kecuali keluarganya secara sukarela. Semuanya kerana dia yang memaksa dirinya untuk membuka mulut. Cuba untuk berubah. Berubah untuk keluar daripada dunianya yang kesepian. Sepi bersendirian. keseorangan!




Never Give Up!Where stories live. Discover now