Chapter 14

3 2 0
                                    

Plak plak plak plak

Bunyi selipar atau lebih tepat, bunyi seseorang sedang berlari semakin jelas di halwa pendengarannya. Namun dihiraukan sahaja bunyi itu.

"Akakk!"

Suara jeritan seorang gadis menyentakkan lamunan Zulfa. Pantas zulfa berpaling apabila badannya terasa bagaikan dipeluk daripada belakang. Dilihatnya seorang gadis bertudung yang sedang menyorok dibelakangnya diikuti dengan seekor kucing berwarna oren yang seronok menggeselkan badannya di kaki gadis itu.

"Tolong saya kak! Ambik benda ni cepat!!"

Rayu gadis itu cemas sambil mengalihkan kakinya daripada badan kucing berbulu oren itu. Namun, kucing itu terus menerus mendekatinya.

Zulfa yang memahaminya dengan segera mengambil kucing itu lalu mendukungnya.

Huhhh

Terlepas helaan halus daripada gadis itu setelah kucing yang tadinya sedang menempel di kakinya telah dijauhkan.

Zulfa memperkemaskan kedudukan kucing yang berada di dalam pelukannya itu agar lebih selesa. Kepala diangkat, melihat gadis yang sedang tercungap-cungap sambil memejamkan matanya. Nafasnya ditarik dalam dan dihembuskan semula, cuba menenangkan diri. Entah penat berlari ataupun penat menjerit. Ehh?

"Hang.. You.. No, awa-.. Ermm, adik? Adik okey?"

Tanya Zulfa kekok. Dia tidak tahu mahu menggelarkan gadis dihadapannya itu dengan gelaran apa. Digelar 'hang', terasa agak kasar. Dipanggil 'you', tiba tiba terasa geli. Kalau 'awak', terasa pelik pulak. Entah, tiba tiba terasa bagaikan semua tak kena. Gugup! Otaknya bagaikan tidak boleh berfungsi buat seketika. Loading. Disebabkan gadis tadi memanggilnya kakak, zulfa membuat pilihan untuk menggelarnya sebagai adik.

Direnung penuh kasih gadis itu. Melihatkan gadis itu seperti tidak mendengar akan pertanyaannya tadi membuatkan zulfa hanya mendiamkan diri. Memberi masa untuk gadis itu bertenang. Tidak tahu hendak berbuat apa, Zulfa mengambil peluang itu untuk melihat gadis itu dari atas sehingga bawah. Comel! Terluah perkataan itu didalam hatinya. Tidak dapat dinafikan, gadis itu sangat comel bertudung bawal berwarna ungu cair dan digayakan sehingga menutup dada. Terlekat beberapa butir manik silver di atas kepalanya. Dipadankan tudung itu dengan bajunya yang bercorak bunga berwarna warni separas lutut bersama seluar palazo berwarna blue black.

Yah! Memang terdengar agak pelik. Namun, ia terlihat sangat cantik diperagakan oleh gadis itu. Pakaiannya yang berwarna warni membuatkan zulfa tersenyum, aura positif gadis dihadapannya itu bagaikan sudah berjangkit dengannya. Terdetik rasa bersyukur dihati zulfa apabila melihat cara gadis itu berpakaian yang menutup aurat. Mengikut ketetapan syarak islam! Terima kasih diucapkan kepada familynya kerana telah melahirkan anak yang solehah dan menjadi contoh yang baik kepada orang lain dan diucapkan juga kepada yang telah mendidiknya dengan ilmu agama yang sempurna kepadanya. Bagi Zulfa, susah untuk dia menjumpai perempuan yang dapat menutup auratnya dengan sempurna dizaman sekarang. Ada, tapi tidak banyak. Kebanyakkannya perempuan diakhir zaman ini sudah hilang perasaan malu. Mungkin juga, kurang pendidikan dan dipengaruhi rakan rakan. Kesian kepada mereka, tersesat. Pakai pakaian ketat sehinggakan nampak bentuk badan, menggayakan tudung yang singkat dan jarang sehingga menampakkan bentuk dada. Nauzubillah, semoga diberikan hidayah. Marilah kita sama sama berubah untuk menjadi lebih baik. It's okey, Slowly but Surely. Sambung balik! Dari segi pemakaian gadis itu, dapat zulfa mengetahui akan sifat gadis ini yang ceria dan sopan.

Direnung pula wajah gadis itu dengan lembut. Kulitnya halus bak kulit bayi dan berwarna putih kemerah-merahan. Matanya bulat dihiasi dengan bulu matanya yang panjang melentik dipadankan dengan sepasang kening yang terbentuk elok diatasnya. Hidungnya tidaklah flat dan tidaklah mancung, sesuai dengan bentuk mukanya. Bibirnya yang tebal menambahkan lagi kecomelan gadis itu. Ditambah pula pipinya yang chubby dan berisi itu dapat membuatkan orang kegeraman. Comel, sangat comel. Lagi, tidak berhenti Zulfa daripada memuji ciptaan Allah yang satu itu.

Entah mengapa, melihatkan wajah gadis itu, lagi membuatnya teringat akan seraut wajah yang dia cuba lupakan tadi. Walhal, muka gadis itu dan seorang yang sedang berada difikirannya amatlah berbeza bahkan berlawanan. Gadis itu mempunyai kulit yang putih tetapi seseorang yang muncul dimindanya itu berkulit sawo matang. Yah, terlalu banyak perbezaan antara dua orang itu. Dari segi kulit, mata, hidung dan bentuk muka. Namun, dia tetap merasa seakan akan dekat dengan seseorang itu apabila melihat gadis comel bertudung purple itu.

Sedang tekun zulfa merenung wajah gadis itu, serentak mata gadis itu terbuka membuatkan zulfa terpaku. Mata mereka bertembung, eye contact!

Tidak kuat untuk membalas renungan gadis itu, lantas dia melarikan anak matanya ke arah kucing yang sedang enak berada di dukungannya. Rasa gelabah dan gelisah yang dihadapinya sebentar tadi serta merta berkurang apabila melihat kucing itu. Dilagakan pipinya bersama kucing itu untuk menghilangkan perasaan kekok yang bergunung.

"Terima kasih"

Ucap gadis itu lembut kepada zulfa.

"Sama sama"

"Akak sorang ja ka?"

Pertanyaan gadis itu membuatkan zulfa terdiam. Otaknya bagaikan blank seketika. Tidak tahu mahu menjawab apa. Blur.

'Nak jawab sorang ka, dengan family tapi diorang tengah makan kat cafe depan tuhh?'

Fikir zulfa di dalam hati.

'Jawab sorang ja lahh, senang sikit. Tak payah panjang panjang.'

Putus zulfa.

"Aah, sorang ja"

Tanpa membuang masa, zulfa menjawab. Dia melihat reaksi gadis itu yang hanya menganggukkan kepalanya.

"'Aduhh, nampak macam sombong ka aku jawab macam tuhh? Tak kan? Mna ada sombong'

Fikiran negatif mula mengganggunya lagi.

'Nak nampak yang wina ni mesra? Wina boleh tanya balik soalan yang orang tanya kat wina tadi.'

Tips daripada zul, abahnya tiba tiba menerjah otaknya. Zulfa berkira kira untuk cuba menggunakan tips itu. Walaupun tips itu terdengar sangat simple dan easy, namun sangat susah baginya.


Never Give Up!Where stories live. Discover now