Chapter 9

8 5 0
                                    


Lagu mula berkumandang di segenap ruang bilik itu menyebabkan zulfa yang sedang nyenyak tidur itu mula terjaga. Telefonnya bergerak gerak perlahan akibat bergetar di atas meja bersebelahan katilnya. Dengan mamai dia menghulurkan tangannya meraba raba permukaan meja yang berada di sebelahnya, mencari objek yang telah mengganggunya tidur. Dicapainya telefon yang masih berdering itu dengan perasaan malas. Jarinya pantas menekan button off untuk menghentikan bunyi yang tidak henti henti keluar daripada fonnya sejak dari tadi. Dicampak fon itu kesebelahnya apabila bilik itu mula sunyi. Terasa tenang dirinya berada dalam suasana itu. Jari dilari larikan ke dinding atas kepalanya. Segera jarinya menekan timbulan yang terlekat pada dinding itu setelah menemuinya. Bilik yang tadinya gelap gelita mula diterangi cahaya lampu tidur yang agak malap setelah suis ditekan.

Mata dicelikkan, merenung siling. Habit selepas bangun tidur. Ditenung seketika kipas angin yang sedang laju berpusing di siling biliknya. Setelah mamainya semakin menghilang, tangannya mengambil kembali telefon yang telah dicampak tadi di sisinya. Button on ditekan, dilihat jam yang terpapar pada skrin sebelum wajahnya diraupkan. '6:40 a.m.', cepatnya masa berlalu. Button off ditekan lagi. Kini, skrin telefonnya menjadi gelap. Diletakkan kembali telefonnya di atas meja.

Zulfa mengubah posisinya menjadi duduk bersila. Dia mengesot sehingga sampai di birai katil. Kaki dibawa menjejaki lantai biliknya. Sejuk! Namun digagahkan juga badannya untuk berdiri tegak. Tangannya diangkat lurus ke udara, mengeliat. Getah rambut yang terletak di atas meja diambil. Rambutnya yang terurai panjang separas pinggang disanggul tinggi.

Kakinya mula melangkah menuju ke bilik air. Dicapainya berus gigi bewarna ungu. Warna kegemarannya! Lantas ubat gigi dipicit diatasnya. Dihalakan berus itu kehidungnya, menghidu wangian ubat gigi sebelum giginya digosok. Habit!

Zulfa melangkah keluar daripada biliknya setelah rutin paginya telah dilaksanakan. Pintu biliknya ditutup. Langkahnya diteruskan menuju kearah dapur apabila deria baunya mula menangkap haruman nasi goreng dari arah itu.

"Ibu"

Panggil zulfa manja. Ibunya yang sedang mencedok nasi goreng ke dalam pinggan dipeluknya erat dari belakang.

"Hah sudahh, ni awat pulak dah ni, tiba tiba manja. Mesti ada apa apa niee."

Duga ibunya, fisa. Mendengarkan ujaran tepat ibunya, pantas pelukan dileraikannya. Bibir zulfa mula tersenyum sumbing sambil tangannya laju menarik kerusi untuk melabuhkan duduk.

"Wina, tolong sat panggil abah dengan Krizz  mai makan. Dah siap dah nie."

Arah ibunya.

"Ouhh okayy"

Zulfa membalas riang. Dia berdiri lalu berjalan keluar daripada dapur menuju ke bilik utama yang dimiliki ibu dan ayahnya.

Pintu bilik yang bewarna putih itu diketuk menggunakan hujung jarinya, menghasilkan bunyi yang agak perlahan namun cukup untuk membuatkan manusia yang berada didalamnya mendengar akan ketukan itu. Tombol pintu dipulas setelah mendengar gumaman seorang lelaki. Zulfa memasukkan kepalanya kedalam bilik itu, melihat ayahnya yang sedang berbaring diatas katil. Berehat.

"Abah, jom lar makan. Dah siap dah."

Ajak zulfa.

"Haa, jom jom. Pi lar dulu, satgi abah pi"

Jawab ayahnya yang bernama Zul. Zulfa hanya membalas dengan anggukan kepala. Pintu ditutup kembali. Langkahnya diteruskan menuju ke bilik Krizz, abangnya.

Pintu bilik ditolak mengejut sambil nama abangnya dilaung zulfa. Kakinya dibawa memasuki bilik abangnya itu tanpa izin. Terkeluar jeritan halus dari celahan bibirnya apabila hujung jari kakinya tersepak akan sesuatu, menghasilkan bunyi yang agak kuat ditambah pula dengan penglihatannya yang terjejas dengan tin yang terpelanting akibat disepak membuatkannya terkejut.  Matanya diliarkan ke sekeliling, melihat keadaan bilik itu yang 'nauzubillah', umpama tongkang pecah. Tin minuman, plastik keropok dan sisa sisa makanan berteraburan di atas lantai. Pakaian yang bermacam macam jenis bergelimpangan di atas katil. Mejanya berselerak. Laci yang agak luas tidak boleh ditutup akibat penuh dengan barang barang. Zulfa menggelengkan kepalanya, tak tahu lah apa yang nak jadi dengan abangnya itu. Pemalas! Tetapi bila mood rajin dia datang, lantai pon boleh jadi cermin. Berkilat. Senang cerita, waktu dia malas, malas sungguh sampai boleh kira beqapa saat ja dia hilang daripada katil. Time dia qaiin, qajin gila gila sampai 1 habuk pon dia tak boleh tengok. Tapi tulah, nak tunggu mood rajin dia datang, ibarat 3 bulan sekali. Naya.

"Weii, aku kat dapur lahh!"

Sahut abangnya kasar apabila mendengar jeritan zulfa yang dari tadi tidak berhenti melaungkan namanya.

Hairan zulfa apabila mendengar jawapan abangnya. Bila masa lelaki tu ada kat dapur? Masa dia sedang memanggil ayahnya, mungkin?

Lantas Zulfa melangkah keluar daripada bilik abangnya yang agak menyeramkan itu. Seram memikirkan siapa penghuninya. Manusia atau hantu? Tergelak sendiri zulfa apabila terfikirkan pertanyaan itu. Diteruskan langkahnya menuju kembali ke dapur.

"Amboi! hang bab makan laju ja!"

Zulfa memperli abangnya. Namun, perlian daripadanya bagaikan ditiup angin apabila abangnya tidak membalas. Malas bercakap, mungkin.

Zulfa melabuhkan duduk disebelah abangnya. Ayahnya mengambil tempat di bahagian lebar meja makan manakala ibunya dihadapan zulfa.

Zulfa bersama abangnya mula mengikuti abah dan ibunya yang mula menadah tangan untuk membaca doa makan yang diketuai ayahnya. Basmalah dibaca sebelum doa dipanjatkan.

"Aamin"

keluarga itu mula mengaminkan bacaan doa yang telah selesai bersama sama. Zulfa menghirup sedikit air teh yang telah suam didalam gelasnya sebelum tangan mula memegang sudu. Nasi goreng yang berada didalam pinggannya dicedok lalu dibawa masuk kedalam mulut. Terpejam matanya menikmati hasil 'air tangan' ibunya itu. Laju mulutnya mengunyah untuk memasukkan suapan yang seterusnya. Dapur itu mula sunyi tanpa suara manusia. Hanya bunyi lagaan sudu dan pinggan kaca yang memenuhi ruang dapur itu.

"Ibu, abah"

Panggilan Krizz, abangnya mula memecahkan kesunyian. Ibu dan ayahnya yang mendengar akan panggilannya hanya menjawab dengan gumaman. Kini, 3 pasang mata mula fokus padanya.

"Ibu dengan abah kan cuti kerja hari nie. Nak tak petang nie kita pergi pantai. Lama dah tak pi"

Cadang Krizz dengan riak wajah yang dibuat buat comel. Manja kali dia!

"Ha kan, wina pon teringin nak pi pantai"

Sokong Zulfa akan ajakan abangnya. Seingatnya, terakhir kali mereka pergi ke pantai adalah semasa 2 bulan lepas.

"Ibu on jaa, bosan jugak dok kat rumah nie, tak buat apa-apa. Kan bang?"

Tanya Fisa, meminta pendapat suaminya.

"Abah ikut jaa. Nak pi pukul berapa? 4 ok?"

Suara Zul kepada mereka semua.

"Ha boleh pukul 4"

"berehh"

Never Give Up!Where stories live. Discover now