Chapter 6

3 4 0
                                    

Zafwan merenung haris tajam. Dia melihat zulfa yang berada dalam kesusahan untuk menahan papan itu. Fahamlah dia akan tenaga haris yang lebih kuat berbanding zulfa. Baru sahaja dia hendak membantu, haris menarik kuat kayu itu dari genggaman zulfa membuatkan kayu itu terlepas daripadanya.

Haris dengan pantas mengayunkan kayu yang kini bebas berada dalam kawalannya ke bahagian bahu zulfa. Zafwan yang sedar akan tindakan drastik haris, spontan tangannya menolak deras bahu Zulfa kebelakang. Tangan kirinya laju menahan pinggang zulfa daripada jatuh terbaring. Dia membongkokkan badannya dan zulfa. Mengelak daripada hentaman kayu yang dihayun haris.

Mata zafwan dan zulfa bertentang buat seketika. Memikirkan bahawa mereka sedang berada di real life dan bukannya sedang berlakon filem korea, mereka kembali berdiri tegak.

Haris yang masih tidak mahu mengalah itu menghayunkan lagi kayu itu kearah zafwan. Cekap Zafwan menahan kayu itu dari mengenainya dengan menggenggam kayu itu di bahagian tengah sebelum kayu itu diputarnya, membuatkan kayu itu terlepas daripada haris. Dibaling kayu itu ke udara sebelum zafwan kembali menyambutnya  menggunakan sebelah tangan dengan tenang.

Zulfa melihat aksi zafwan yang tangkas berlawan itu dengan perasaan kagum. Kagum dengan zafwan yang seakan akan mempunyai pengetahuan tentang seni pertahankan diri.

Haris melihat kawannya yang laju berlari meninggalkannya. Dilihat zafwan dan zulfa sekilas sebelum turut menyertai kawannya yang sedang berlari. Dia mengaku kalah! Tidak berani dia mahu menanggung risiko untuk berlawan dengan zafwan seorang diri. Baginya, biarlah dia malu kerana mengaku kalah daripada malu apabila dirinya teruk ditewas zafwan. Malu 7 keturunan dibuatnya nanti!

Zafwan dan zulfa hanya melihat pemergian haris dan kawannya yang sedang lintang pukang berlari menjauhi mereka sambil melepaskan ketawa. Apa? Ingat mereka nak kejar? Buang masa ja.

Bayangan haris dan kawannya semakin hilang apabila jarak mereka semakin jauh. Tanpa sedar zafwan dan zulfa mengalihkan pandangan mereka, merenung sesama sendiri bersisa kan gelak ketawa yang belum habis melihat gelagat haris sebentar tadi.

Seketika gelak tawa mereka bertukar menjadi senyuman hambar apabila menyedari yang hubungan mereka berdua tidaklah akrab, ibarat stranger. Senyuman mereka juga semakin pudar. Mata dialihkan daripada melihat antara satu sama lain. Awkward!

Mengingatkan zulfa yang telah ditendang haris bersama kawannya tadi, entah mengapa kini perasaan zafwan serta merta menjadi risau. Namun, perasaannya dikawal sebaik mungkin.

"Ermm, kau okay tak?"

Tanya zafwan tanpa nada sambil melihat sekelilingnya. Memulakan percakapan untuk menghapuskan suasana yang sangat kekok itu.

"Ermm, okay. Thanks, sebab selamatkan aku tadi."

Ucap zulfa perlahan. Hendak bertanya bagaimana dia tahu akan keberadaannya disini, kenapa dia membantunya dari dibuli, terasa macam perasan lar pulak. Jadi, dibiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan.

Zafwan hanya menganggukkan kepalanya. Jam dipergelangan tangannya ditilik. Dibebaskan kembali tangannya ke sisi badan.

"Hurmm, nak dekat pukul 12 dah ni. Kau nak masuk kelas lagi ka nak balik umah? Kalau kau nak balik rumah terus, aku ada nak  backup kau. So? Ha lagi satu, aku nak suggest kan kau, tak payahlah kau besar besarkan isu ni bagitau kat cikgu apa suma. Simpan ja dalam otak kau, buat kenangan indah. Padan muka kau, dapat dah pengajaran free. Lepas nie ingat, jangan pandai pandai bertindak kalau sedaq yang diqi tu lemah. Menyusahkan aku ja nak selamatkan kau pulak"

Bebel zafwan panjang lebar. Entah mengapa, dirinya terasa sangat marah akan zulfa yang dengan berani, menyerahkan dirinya kepada haris. Risau kah dia jika terjadi apa apa pada gadis itu? Untung sahaja kakinya terlintas untuk meronda di sekeliling bangunan ini apabila terasa tidak sedap hati. Betul sangkaannya apabila melihat seorang gadis yang sedang dibuli haris. Dan gadis itu ialah zulfa.

Matanya dikalihkan kesebelah untuk melihat reaksi zulfa, tekaknya sudah kering akibat membebel tanpa henti. Namun, perasaan geram mula timbul apabila melihat zulfa yang sedang duduk bertinggung menghadap dinding tandas.

"Oii! Kau dengar tak aku cakap nieh?"

Tanya zafwan dengan suara yang sengaja dikuatkannya

"Eishh, orang dengarlahh!"

Jawab Zulfa sambil memusingkan badannya menghadap zafwan. Kini, kedua dua belah tangannya mengangkat anak kucing berwarna koko yang telah diselamatkannya dari diseksa oleh manusia yang sangat kejam tadi. Dengan berhati-hati, zulfa meletakkan anak kucing itu di atas ribanya. Diusapnya pula badan kucing itu dengan  penuh kasih sayang. Nasib baiklah kucing itu tidak mengalami kecederaan yang serius seperti patah patah. Jikalau tidak, mahu dia mencari manusia yang bernama haris itu sehingga ke lubang cacing untuk memasukkannya ke dalam wad icu. Cerghhh, cakap ja mampu. Hehee..

Kaki Zafwan secara drastik terundur kebelakang apabila melihat zulfa yang sedang tersenyum bermain dengan haiwan berbulu coklat itu. Memori lama yang paling dia benci mula terlintas difikirannya. Sudah lama dia mencuba untuk membuang memori pahit itu. Namun, kejadian itu sering diulang tayang  didalam fikirannya. Lagi lagi apabila matanya melihat haiwan berbulu yang digelar 'kucing' itu. Dia trauma!

Never Give Up!Where stories live. Discover now