BAB 3

22 0 0
                                    

GENAP seminggu sudah Aleesa bekerja di kafe itu. Dan dah seminggu juga dia meninggalkan mak ngahnya. Teringat Aleesa tinggalkan mak ngah dengan pak ngah sebelum bergerak ke Kuala Lumpur. Disebabkan tak nak lihat mereka sedih itu lah, Aleesa bergerak malam. Mahu taknya, tiba-tiba saja dia dapat kerja di kafe ke sepuluh ni. Itu pun sebab staff masih tak banyak lagi. Dan kafe itu pun baru saja buka tiga bulan.

Tetapi terpaksa meninggalkan kedua orang tua itu. Berat hati Aleesa tetapi dipujuk juga oleh mak ngah. Sampai termenangis mak ngah, pak ngah, Aleesa jangan cakap lah, dia yang mula menangis dulu.

Hari ni dah genap seminggu dia tinggal di kondominium mewah milik papanya itu, dan juga bekerja di kafe itu.

“Leesa, awak pergi ambil pesanan encik kacak tu, katanya dia nak Aleesa yang ambil pesanannya. biar saya hantar kek ni pada customer. Table number berapa ye, Leesa?” tegur Arshad sambil mengambil kek yang dipegang oleh Aleesa. Terhenti kaki Aleesa dari terus berjalan.

“Leesa? Hello? Table number berapa ye?” soal Arshad lagi apabila Aleesa termenung melihatnya.

“Ha, ya? Oh table number empat,” sambil menunjuk jari angka empat.

“Okey... Dah pergi ambil order encik tu. Lama dia tunggu,” gumamnya dan Aleesa hanya mengangguk. Terus Arshad berlalu pergi menghantar kek pandan itu.

“Ye, encik. Nak order apa?” sapa mesra Aleesa pada jejaka yang ada di hadapannya itu.

“Saya nak Americano satu and...sepotong kek coklat ni.” Jarinya ditunjuk pada kek coklat ada strawberi di atasnya dan disertakan dengan senyuman manisnya, kacak.

“Okay, pay by card or cash?”

Card. Here...” sambil menghulurkan satu kad yang baru dikeluarkan dompet kulit miliknya.

“Okey, well done. Thank you. Sila tunggu sekejap. Atau awak boleh duduk dulu tunggu. Nanti saya hantar.”

“Okey.” Dia terus duduk di kerusi, meja di sisi cermin dipilihnya.

Sepuluh minit kemudian, Aleesa pun pergi menghantar kek dan air americano yang dipesannya. Senyuman juga diberi. Senyuman Aleesa tak lekang dari first customer yang datang sampailah ke jejaka ini. Belum sempat Aleesa meminta diri, namanya dipanggil jejaka itu.

“Aleesa Qistina.”

Terkedu Aleesa dibuatnya.

“Ya? Eh tapi macam mana awak tahu nama penuh saya?” tertoleh Aleesa apabila nama penuhnya disebut lelaki itu. Dia melihat pada tanda namanya hanya tertulis nama Aleesa saja, mana lelaki itu tahu Qistinanya?

“Awak tak kenal saya ke? Bukan awak ke yang nak jumpa saya. Kata awak lama tak jumpa saya. Saya sanggup datang sini dari jauh tau,” beritahu si lelaki kacak itu. Lagi hairan Aleesa dibuatnya.

“Hah? Awak salah orang rasanya...”

“Hm...saya tak salah rasanya...awak nak tahu saya siapa ke? Saya...Faaeq la.” Melopong Aleesa terkejut apabila lelaki bernama Faaeq Haidar itu tiba-tiba muncul dihadapannya.

“Tapi kan sampai hati awak tak kenal saya. Saya ingatkan awak akan kenal saya, walaupun dah lama kita tak jumpa. Saya nampak aje awak masa open house kat rumah umi saya tiga tahun lepas. Tapi itu lah, tak sempat saya nak tegur awak,” jelas Faaeq dengan sedikit kesal serta dengan keluhan.

“Macam mana saya nak kenal awak, kita dah banyak berubahkan. Lagipun tiga tahun tu bukannya sekejap. Tapi...Faaeq. Saya tengah kerja ni. Awak pergi lah jalan-jalan dulu ke. Saya tak akan suruh awak tunggu saya sampai habis kerja.”

ALEESA QISTINA | OGWhere stories live. Discover now