BAB 12

13 0 0
                                    

"LEMASNYA duduk sini lama-lama. Hm nak keluar sekejap lah ambil angin." Dari duduk, Aleesa bangun berdiri.

Mana tidak lemas sejak mula datang suite ni, Aleesa tak pernah keluar dari situ. Takut-takut kalau ada yang mencari dia sampai ke sini.

Akhirnya Aleesa terfikir, kalau dia tak beri tahu mereka mustahil mereka akan tahu yang dia ada kat suite ni. Lalu Aleesa kemaskan diri.

Dilihat dirinya dari cermin. Seluar jeans hitam, t-shirt merah. Cantik. Rambut yang paras mid back itu hanya dilepaskan. Tidak diikat. Tetapi satu scrunchies sebagai spare di pergelangan tangannya.

Snowcap dan kaca mata hitam di ambil. Dipakai sekejap. Tiba-tiba dia rasa macam itu bukan diri dia. Diletakkan kembali kaca mata hitam itu. Aleesa hanya memakai snowcap. Dia pun hairan mengapa dia membeli kaca mata itu...

Aleesa pun turun ke gym. Bila tiba-tiba saja dia terasa nak ke gym. Dia pun mengikat rambut menggunakan scrunchies yang di tangannya.

Sebelum masuk menolak pintu masuk gym, Aleesa merasa pening kepala.

"Ah." Kepalanya dipegang. Nak terjatuh Aleesa tetapi tangannya sempat ditarik seseorang.

Tengku Rayyan Qarizh.

"Aleesa? Kenapa ni?"

"Nak saya bawa awak pergi hospital tak?" sambung Tengku Rayyan lagi selepas menarik tangan Aleesa berdiri.

"No need. Qarizh...tolong...hantar...saya balik...bilik saya." Dalam keadaan sedikit pening Aleesa memberitahu. Tengku Rayyan hanya mengangguk akur. Lalu memapah Aleesa ke biliknya.

"Kunci mana?" soal Tengku Rayyan apabila sampai di hadapan pintu suite itu. Suite punya besar dia duduk padahal dia seorang saja.

"Ketepi, saya masih boleh buka sendiri." Menolak perlahan Tengku Rayyan ketepi, lengan kiri Aleesa masih dipegang Tengku Rayyan malah tangan kanan membuka pintu.

Tengku Rayyan terus menghantar Aleesa ke biliknya. Selepas menolong Aleesa duduk di katil, Tengku Rayyan terlihat satu pinggan yang ada sandwich di sisi katil. Tu pun hanya dimakan satu suap lagi.

"Awak makan ni aje? Tu pun tak habis lagi. Rasanya awak makan sesuap saja.. Lepas tu awak nak pergi gym? Dengan selur jeans? Oh awak memang sengaja nak sakitkan diri ke apa?" soal dengan marah Tengku Rayyan.

"Tak, Qarizh. Saya cuma...tak ada selera nak makan. Lagipun sandwich tu tak sedap lah. Awak jangan lah marah saya. Saya..."

"Aleesa. Tak cukup lagi ke awak buatkan saya risau dengan awak menghilang tanpa khabar? Awak diam aje walaupun masih ada kat KL ni?"

"Tak apa.. tunggu sini, jangan bangun, jangan pergi mana-mana. Saya buatkan bubur sekejap," sambung Tengku Rayyan lagi sebelum keluar dari bilik Aleesa.

"Aleesa Qistina. Kenapa awak buat saya macam ni? Awak buat saya risaukan awak lah," bebel Tengku Rayyan sendirian yang berada di dapur.

Pintu peti sejuk dibuka. Terlihat banyak barang didalamnya. Difikirnya mungkin Aleesa beli sendiri untuk dia masak.

"Hesy, Leesa...Leesa. Awak nak tinggal sini berapa lama? Banyak betul makanan dalam ni. Tapi awak tak makan pun. Awak memang nak sakit ke? Awak tak tahu ke ramai yang akan susah hati kalau awak sakit?" bebel Tengku Rayyan itu tanpa berhenti sambil mengambil keluar barang yang diperlukan untuk dia membuat bubur ayam.

"Apa yang awak bebelkan ni?" perlahan saja suara Aleesa menerpa.

"Apa awak buat kat sini? Saya suruh duduk bilik kan? Jangan bergerak. Sekarang awak datang sini pula. Dah duduk kat kerusi tu," Aleesa hanya mengikut arahan yang diberi Tengku Rayyan itu. Aleesa duduk di kerusi sambil melihat dia memasak. Pandai juga rupanya lelaki ni memasak.

ALEESA QISTINA | OGWhere stories live. Discover now