ANGIN sepoi-sepoi pada waktu petang yang hampir senja di pantai memang best. Termenung dan tersenyum sedikit Aleesa apabila mengingatkan dia pada kenangan dia dan Leeyana, kawan baiknya itu.
"Kau termenung apa?" tegur Leeyana sambil menepuk kuat bahu Aleesa buatkan lamunannya mati. Sempat Aleesa mengerlingnya.
"Kau ingat tak dulu masa kita tujuh belas tahun? Kita ponteng kelas semata-mata nak lepak pantai ni. Aku bawa kereta papa aku tapi aku bawa slow gila sampai marah orang belakang kereta kita kan?" sambung Leeyana lagi.
"Aku tengah teringat kenangan itu la yang aku tersenyum ni. Kau memang buat lawak la, Fee. Kau la paksa aku ponteng kelas. Ingatkan ada emergency ke apa sebab kelam-kelabut sangat kau. Rupanya nak lepak kat pantai ni je. Huh." Mengerling Aleesa pada Leeyana.
Mereka berdua pun tertawa.
"Dah, jom la balik, Fee. Esok aku ada interview kerja."
Aleesa bangun dari duduknya serta menepuk-nepuk pinggulnya yang ada pasir. Itu la, duduk tak berlapik lagi. Kan dah kotor seluar tu. Dalam kelas dapat nombor satu tapi sekarang hm... 'bijak' juga rupanya Aleesa ni.
"Interview kerja? Kau ada interview lagi sekali tapi kau tak bagi tahu aku pun, tiba-tiba sekarang ada interview. Kali ni kafe mana pula? Tapi kan Leesa, ni interview kerja ke berapa ye?" menyengih Leeyana menyakat Aleesa. Iya la, mahu taknya. Ikutkan kalau Leeyana kira dah interview ke sepuluh agaknya.
Tetapi semua tak dapat. Yang peliknya semua yang dia minta kerja semua kafe. Itu la kerja pun memilih mana tak susahnya dapat kerja. Apa yang dia minat sangat kafe pun tak tahu. Papa Aleesa ada company besar, siap offer nak lantik Aleesa sebagai CEO lagi. Ya, papa dia nak bagi company tu pada Aleesa. Tapi apa yang patut dibuat, Aleesa tolak mentah-mentah. Katanya tak ada minat atas bisnes company.
"Ala kau ni support la sikit kawan baik kau ni. Okay, disebabkan kau menyakat aku je kerja, kau kena tidur rumah mak ngah aku hari ni. Teman aku, senang esok kita boleh pergi sekali terus. Tak ade lah kau lambat lagi."
"Kau ni, aku bergurau je. Eh tapi mana ada aku sentiasa lambat okey? Aku pergi jogging aje pun. Hirup udara segar pagi-pagi elok tau." Sempat Leeyana mengerling sebelum berlalu pergi.
"Jogging rajin. Aku suruh tolong masak laju aje menghilangkan diri. Hei, tunggulah," bebelnya sambil mengejar Leeyana yang laju berjalan menuju ke kereta.
"WHAT?! Dah pukul tujuh pagi?! Ya Allah kenapa aku tertidur balik selepas solat subuh tadi? Fee.." melopong Aleesa apabila melihat Leeyana tak ada di sebelahnya dan paling terkejut melihat jam di sisinya tepat pada pukul tujuh pagi. Mahu taknya nak bersiap lagi, perempuan kan mesti lah siapnya kemain lama. Interview pula sepuluh pagi. Nasib la kafe tu tak jauh mana. Kalau nak ke dua, tiga jam perjalanan mahunya dah terlewat interview.
Sesudah bersiap kemas-kemas terus dia menyapa mak ngah dan pak ngah di meja makan yang sudah siap menunggunya. "Mana Leeyana mak ngah?" sambil menarik kerusi dan melabuhkan punggung diatasnya.
"Tak tahu lah awal-awal lagi dia dah keluar katanya nak pergi jogging." Menggeleng kepala mak ngah.
"Kenapa mak ngah dan pak ngah tak makan lagi?" soal Aleesa walaupun dah tahu jawapannya. Dia tahu mak ngah dan pak ngah takkan makan lagi sebab menunggu Aleesa untuk makan bersama. Baik sungguh mak ngah melayan Aleesa.
Sementara itu sempat dia membebel dalam hati yang Leeyana tak balik-balik lagi. Sepatutnya mereka makan bersama sekali. Tapi nampaknya tak lah. Masa Aleesa dah sudah habis makan baru lah dia nak balik. Kelam-kelabut jadinya.
YOU ARE READING
ALEESA QISTINA | OG
Romance[ aleesa x hayyan ] Hidup Aleesa Qistina tidaklah begitu indah, akan tetapi sejak dia keluar dari rumah keluarganya dan tinggal bersama mak saudaranya, dapatlah Aleesa merasakan kebahagiaan walau sedikit. Aleesa adalah seorang yang baik dan juga san...