BAB 10

12 1 0
                                    

"PENATNYA. Tapi seronok lah tolong mama masak. Tak pernah aku gembira macam ni dengan mama. Aku happy sangat. Tapi aku nak bersiap sekejap lah," gumamnya sendirian.

Aleesa bangun dari katil terus mengambil dress yang dibeli ritu hari. Ingatkan diri tak mahu pakai tapi tak sangka dipaksa oleh si Leeyana. Terpaksa lah akur.

"Pakaian aku okey tak? Aku tak nak la nampak over sangat. Tapi kau yang paksa aku pakai dress ni." Terpusing-pusing Aleesa melihat dirinya di depan cermin memandang dirinya yang elok terletak dress itu.

"Ya Allah berapa kali aku nak jawab? Dah sepuluh kali kau tanya. Cantik, beautiful, belle, maganda, pulchra, hermoso." Habis segala banyak bahasa disebut Leeyana. Geram agaknya.

"Hah? Aku cuma tahu maksud beautiful and belle aje," soal Aleesa hairan. Bahasa apa agaknya yang disebut Leeyana...

"Semua bermaksud cantik. Faham? Maknanya kau cantik...dengan dress ni. Kalau tak nak pakai, buat apa kau beli dress ni?"

"Aku beli sebab cantik. Dress ni yang cantik."

"Kau ada cuba kan dress ni? Lepas tu kau terus pergi bayar, tak fikir dua tiga kali dah. Sebab cantik lah tu kau tengok diri kau pakai dress ni. Be confident." Menjegil saja mata Leeyana memandang Aleesa.

"Tapi cantik sangat ni, Fee. Bukan dia orang nak meminang aku."

Pintu diketuk terlebih dahulu sebelum di tolak dari luar dan kemudian Azalea dan seorang perempuan pun masuk. Bila dah masuk dia tiba-tiba menutup mulut terkejut.

"Akak...cantik." Nampak lah bersinar-sinar mata Azalea melihat Aleesa dengan dress berwarna shining black itu.

"See? Sofia pun kata kau cantik. Be confident, okay? Kau kena yakin dengan diri kau." Leeyana berkata sambil menampar bahu Aleesa.

"Ah...sakit lah hm," sambil menggosok-gosok bahu yang ditampar Leeyana.

"Tapi, siapa...gadis cantik ni, Lea?" soal Aleesa apabila terlihat pada seorang perempuan dibelakang Azalea.

"Oh ni lah Kak Dhiya. Adik kepada Tengku Rayyan. Nama dia Tengku Dhiya Irdina," beritahu Azalea sambil memeluk lengan Tengku Dhiya.

Comel, cantik pula tu. Malu-malu aje dia dengan Aleesa dan Leeyana. Kemudian baru dia bersuara.

"Saya datang sini saja nak tengok Kak Aleesa, betul lah cantik seperti Datin Afeeya." Bertambah merah blushing aku dipuji begitu.

"Dah jom turun, Kak Leesa, Kak Leeyana. Family Abang Hayyan dah ada kat bawah. Mak ngah pun ada sekali," beritahu Azalea sebelum berlalu pergi dengan Tengku Dhiya.

"Dah jom, Leesa. Kau cantik, comel dah." Laju lengan Leeyana menarik lengan Aleesa. Tak mahu Leeyana kalau Aleesa lihat cermin lagi. Nanti dikatanya ada yang tak kena lagi.

Mereka terus turun ke bawah. Semua dah ada di bawah dilihat. Sesekali mata semua orang melihatku. Cantik sangat ke aku? Ke over sangat? Kalau turun lebih awal pun tak apa.Tak ada lah dipandang begini.

Datin Afeeya memanggil dua orang gadis itu yang baru jejak kaki di bawah itu dengan isyarat tangan. Laju kaki Leeyana dan Aleesa berjalan ke arah Datin Afeeya.

Dilihat Aleesa di sebelah kiri Datin Afeeya dan Dato Yazeed ada Ariana dengan Azalea.

Aleesa pun duduk di antara Datin Afeeya dengan Datin Dalia. Ikutkan Aleesa nak duduk dibelakang Datin Afeeya saja tapi Datin Dalia bagi ruang. Leeyana hanya duduk di belakang Aleesa.

ALEESA QISTINA | OGWhere stories live. Discover now