BAB 8

17 0 0
                                    

"ALEESA, tolong akak kat dapur jap. Dayyan tak datang lagi," panggil Syafia yang berada di pintu nak ke dapur.

"Hah? Kaunter siapa..."

"Pergi lah, saya boleh buat," beritahu Qayyed.

"Okey, thank you."

Laju kaki melangkah masuk ke dapur dan menolong Syafia yang tengah kelam-kelabut dari sana ke sini. Customer ramai hari ni.

"Ramai yang order spaghetti bolognese hari ni. Wait, sejak bila kafe kita jual spaghetti bolognese kak?" hairannya Aleesa sebab semalam pagi kerja tak ada lagi menu ni.

"Itu lah. Bos lah minta akak buat menu special hari ni. Kak dah tak menang tangan dah ni. Nasib hari ni je. Tolong ambil spaghetti lima bungkus lagi, Leesa," beritahu Syafia sambil mengacau spageti yang tengah direbus.

"Okey, kak."

Aleesa pun mengambil spageti yang disimpan dirak bahan kering. Terus memberi pada Syafia. Dia pun menolong masak juga. Nampaknya banyak sangat order dan order dari online pun banyak.

Sudah tiga jam bekerja Aleesa mendapat satu chat, terus dia membuka chat tersebut yang dari Datin Afeeya.

Leesa, Tengku Rayyan beritahu nak jumpa Leesa kat satu hotel ni. Mama ada send location.

Laju tangan aku menekan location tersebut. Selepas melihat terus membalas chat Datin Afeeya.

Okey mama. Dia nak jumpa pukul berapa? Dia ada bagi tahu tak?

Butang send di tekan.

Dia bagi tahu nak jumpa tengah hari ni. Pukul 12 tengah hari.

Balas Datin Afeeya lagi.

Okey, mama. Aleesa gerak sekarang.

Lantas butang send di tekan lagi. Laju aku simpan kembali telefon dalam beg silang milikku.

Cepat-cepat aku tanggalkan apron apabila melihat jam di tangan sudah beranjak ke jam sebelas sepuluh minit.

Banyak-banyak restaurant, kenapa restaurant hotel juga jadi pilihan? Lupa pula dia kan anak Tengku. Lagi pula mungkin makanan kat situ sedap.

"Leesa nak pergi mana?" soal Syafia yang perasan Aleesa laju berjalan keluar dari kaunter.

"Akak, tolong beritahu bos hari ni saya kerja separuh hari je. Saya ada hal sekejap nak jumpa orang," beritahu Aleesa apabila berhadapan dengan Syafia.

"Separuh hari? Awak dah kerja tiga jam lebih kan?" sambil dia melihat jam ditangannya itu.

"Ya tapi saya dah tak sempat ni nak jumpa orang."

"Ha pergi lah. Nanti akak beritahu bos."

"Okey, terima kasih akak."

Sampai di hadapan pintu, Aleesa terserempak dengan Arshad yang baru saja datang kerja. Dia ditukarkan kerja waktu petang ke? Atau dia baru saja datang kerja?

"Tepi lah sikit. Saya nak masuk. Awak halang jalan saya," marah Arshad pada Aleesa.

Entah datang bulan ke apa, baru bersemuka dah kena marah. Eh tapi dia lelaki. Tetapi bila diingatkan balik, Aleesa dengan Arshad pun tak begitu rapat.

"Oh ya...sorry. Jalan lah." Laju Aleesa ketepi pintu memberi laluan pada Arshad sebelum dia juga keluar..

Laju kaki Aleesa pergi ke kereta. Ambil masa setengah jam juga agaknya dia nak sampai ke hotel itu. Jam tangan dilihat lagi.

ALEESA QISTINA | OGWhere stories live. Discover now