TIGA hari lepas dari vila Dato Yazeed tak sangka tanpa disedar aku sudah drive sampai ke Negeri Sembilan. Ingatkan aku nak pergi rumah mak ngah tapi aku patah balik akhirnya tiba di Kuala Lumpur kembali.
Aku menginap di suite yang ada di Kuala Lumpur. Banyak juga aku habiskan duit semata-mata untuk duduk di situ. Nak pergi rumah mak ngah, dah sah-sah mereka akan jumpa aku.
Aku bangun dari duduk ke baring, lalu mengambil telefon didalam beg silang diatas meja di sebelahnya setelah dia berasa bersemangat sikit nak hidupkan telefon Samsung miliknya itu. Tiga hari juga dia matikan telefonnya sejak keluar pergi dari vila hari itu.
Setelah telefon dihidupkan, menderu-deru bunyi WhatsApp masuk. Tak terkira juga panggilan terlepas.
42 Missed Call from Lee Love
17 Missed Call from Rayyan Qarizh
20 Missed Call from Datin Afeeya
10 Missed Call from Lea sister
10 Missed Call from Syafia
Satu-satu notification di baca oleh Aleesa. Terkejut Aleesa. Banyak juga call yang terlepas. Aleesa tersandar di dinding, telefon dilempar ke tepi.
"What am I doing?"
Sambil melihat masih berbaju dress yang dipakai hari itu. Selepas itu anak mata Aleesa mengerling telefonnya itu. Lantas di ambilnya semula apabila melihat satu bunyi WhatsApp baru dari Lee Love masuk.
Ya Allah, Aleesa Qistina! On pun kau telefon tu. Aku risau tau tak?! Kau pergi mana? Kat kondo tak ada, aku pergi rumah mak ngah pun kau tak ada. Mana kau? Kau sihat tak? Makan cukup tak?
Tersenyum sekejap aku membaca mesej dari Leeyana tu. Panjang betul ditulisnya. Mesej yang sebelumnya diabaikan.
Aku minta maaf, Fee. Bukan sengaja aku pergi. Aku nak tenangkan diri sekejap. Aku masih sihat lah, Fee.
Lantas aku membalas. Leeyana terus menaip lagi dan satu lagi mesej dihantar.
Lee, kau ada kat mana? Aku nak jumpa kau, aku janji aku tak bagi tahu family kau atau family dia. Please, Lee. Hantar location kau. Aku sekarang ada kat rumah mak ngah. Aku akan terus gerak tak kira kat mana kau ada.
Serba salah aku nak bagi lokasi aku sekarang ke tidak. Kalau Leeyana bagi tahu Datin Afeeya nanti...nak tak nak Aleesa send juga lokasinya ke Leeyana.
Kau stay kat KL aje? Aku ingatkan kau jauh. It's okay. Kau tunggu, nanti sejam lagi aku sampai.
Mesej itu aku hanya baca sebelum melihat dia lastseen. Terus aku melempar telefon sekali lagi ke sisi.
Pintu diketuk.Terkejut Aleesa yang mendengar, dia baru saja bermesej dengan Leeyana, tak akan dia sudah sampai?
"Yes, Who?" jerit Aleesa menanya.
"Cik ada pesan, setiap jam sebelas pagi mula dari semalam nak saya hantarkan makanan. Menu hari ni lamb chop." beritahunya.
"Okey. Letak aje depan pintu, sekejap lagi saya ambil. Awak pergi dulu," bersuara Aleesa apabila tiba di depan pintu.
"Alright, Cik. Saya minta diri dulu," setelah mendengar derapan kakinya kian perlahan. Aleesa terus membuka pintu, mengambil makanan dan lantas menutup pintu kembali.
"Sedap juga. Tapi rasanya sekejap aje lah kenyang," suara Aleesa sendirian apabila merasa sikit makanan itu.
Setelah sejam berlalu, Aleesa yang baru sudah mandi sambil mengelap rambut terkejut apabila pintu diketuk berkali-kali sampai dalam terdengar suara Leeyana terjerit-jerit memanggilnya.
YOU ARE READING
ALEESA QISTINA | OG
Romance[ aleesa x hayyan ] Hidup Aleesa Qistina tidaklah begitu indah, akan tetapi sejak dia keluar dari rumah keluarganya dan tinggal bersama mak saudaranya, dapatlah Aleesa merasakan kebahagiaan walau sedikit. Aleesa adalah seorang yang baik dan juga san...