ADLICE - BAB 42💢

40.5K 690 21
                                    




"EDRIC! Tunggu la saya!" Tempik Daisy dari arah belakang. Edric mendengus lalu berpaling kearah belakang. Dia menayangkan riak bengang. "Kau nak apa perempuan? Tak cukup ke duit yang aku bagi sampaikan kau kejar aku ke sini?"

Daisy memerlukan duit untuk kos pembayaran ibunya. Kali ini dia tidak menceritakan pada Alice kerana tidak mahu menyusahkan bosnya itu berulang kali. Dia juga berasa bersalah kerana asyik meminta tanpa membayar.

Jadi, dia bekerja di kelab di bahagian malam dan terjumpa Edric. Dia kenal lelaki ini kerana Edric sering datang ke hotel mereka. Jadi, dia beritahu Edric untuk menjauhi bosnya supaya Alice hidup dengan tenang tanpa gangguan Edric.

Kerana itulah Edric berhenti mengganggu Alice namun harus ada pertukarannya. Daisy dipaksa untuk melayan nafsu Edric sehingga lelaki itu puas. Daisy hanya menyetujuinya sahaja asalkan bosnya tenang tanpa gangguan.

Edric akan membayar kepada Daisy selepas sahaja Daisy melayan nafsu serakahnya.

"Bukan.. saya datang bukan sebab bayaran. Cuma saya nak tanya, awak.. dah tak ganggu bos saya kan?" Tanya Daisy dengan berhati-hati. Dia takut akan lelaki ini kerana lelaki ini sangat baran.

Edric meraup wajahnya. "Aku dah tak ganggu dia la! Puas?! Dan please jangan ganggu aku! Aku dah bosan dengan layanan kau! Langsung tak tiptop atas katil! Berambus la kau. Menyemak!"

Edric terus melangkah kearah bertentangan. "Tapi.. saya cintakan awak.." Terhenti langkah Edric. Keningnya berkerut. Dia memusingkan badan dan berhdapan dengan Daisy.

"What? Cinta? Baru buat seks dengan aku beberapa kali kau dah jatuh cinta?" Daisy mengemam bibir dan mengangguk. Dia selalu terbayang-bayangkan wajah Edric. Dia tidak senang duduk apabila tidak bertemu empat mata dengan lelaki itu walaupun sehari.

Daisy menunduk apabila Edric melangkah kearahnya. "Ya.. saya.. cin..cintakan awak.." Edric mencuit dagu Daisy lalu mendongakkan wajah gadis itu kearahnya. Dia senyum sinis.

Diperhatikan sahaja wajah bersih gadis dihadapannya. Tenang sahaja jiwanya apabila merenung wajah gadis ini.

"Kau bidadari tau? Dan aku ni setan! Langsung tak sesuai!" Tempik Edric lalu menolak kuat pipi Daisy. Terteleng gadis itu shingga hampir terjelumpuk jatuh. Daisy menyentuh pipinya lalu berpaling kearah Edric yang mencerlungnya tajam.

"Semua orang bleh berubah.. Saya akan ubah awak jadi seorang lelaki yang baik Edric.." Edric gelak perlahan.

"Aku? Lelaki baik? Sorry. Aku memang dilahirkan untuk jadi jahat. Takde istilah baik dalam hidup aku. Semua yang aku lakukan hanyalah untuk kepuasan diri sendiri sahaja tanpa berfikir baik atau buruk. Kau masih nakkan lelaki mcm aku ke flower?"

Daisy mula menitiskan air mata. Edric sering memanggilnya flower dan ia membuatkan gadis itu makin jatuh cinta kepada Edric.

Daisy mengangguk laju. "Saya bleh ubah awak."

"Takde sape bleh ubah aku! Aku adalah aku dan engkau adalah engkau. Hidup aku dan hidup kau umpama langit dan bumi. Hati kau putih bersih manakala hati aku hitam berkepuk. Bayangkan kalau kau masuk ke dalam hidup aku. Tak ke musnah hidup kau nanti?"

Daisy masih menitiskan air matanya. "Kalau mcm tu awak berubah lah.. saya bleh tunggu dan saya bleh bantu awak untuk berubah.." Edric meluru kearah Daisy lalu menekup kedua pipi itu.

"Jangan tunggu aku. Kerana ia mustahil untuk aku." Bisiknya lalu dia meragut nafas Daisy. Terpejam mata Daisy apabila bibir Edric mengurut lembut bibirnya. Pertama kali Edric menciumnya dengan lembut kerana sebelum ini lelaki itu amat kasar dengannya.

Daisy memegang pinggang Edric lalu membalas ciuman itu dengan air mata yang berjujuran. Edric pula mula menitiskan air mata dalam ciuman.

Dia juga mencintai gadis ini. Namun kehidupannya dan kehidupan Daisy amat berbeza. Dia banyak melakukan perkara terkutuk termasuk memecahkan dara gadis ini tanpa berfikir panjang pada malam Daisy menyerahkan dirinya kepada Edric.

Dia cinta. Namun dia hanya diamkan sahaja. Kerana baginya dia tidak patut bahagia didalam kehidupannya.


ALICIA menjeling lalu memutarkan biji matanya apabila melihat Addy yang sedang berbaring diatas Alice di sofa. Elok sahaja kepala lelaki itu berada diatas riba Alice. Siap dengan memeluk kemas badan kakaknya pula tu.

Mereka baru sahaja selesai dengan majlis makan malam. Puan Alena dan Tuan Lawson hanya menjemput Alvin dan Alex serta kwan Alicia yang lain sahaja. Mereka hanya buat majlis kecil-kecilan.

"Ngantuk lah.." Rengek Addy lalu menyembamkan kepala ke perut Alice. Alice senyum lalu mengelus perlahan rambut Addy. Lelaki itu mudah mengantuk jika Alice membelainya.

"Kalau ngantuk pergi la tidur dulu bee.. Alice nak tengok tv jap.." Addy menggeleng. "Bee nak bauan baby.. kalau takde, bee tak boleh tidur." Alice terkekeh ketawa dengan perangai manja suaminya.

Manjah kali klokloklok..

Alicia mendengus. "Boleh tak you bagi i spend time dengan kakak i kejap? Dari tadi lagi i nak borak dengan dia tau? Tapi you asyik melekat mcm cicak pula.."

Tak puas hati! Dari siang hingga ke malam Addy asyik berkepit sahaja dengan kakaknya itu. Sampaikan Alice pergi ke tandas pun dia ikut..

Addy berdecit lalu makin memeluk erat badan Alice. "Baby.. tengok la dia marah bee." rengek Addy perlahan. Alice gelak. "Ok ok nanti baby babap dia okay?" Bisik Alice lalu mencium skilas kepala Addy.

Tersenyum Addy dibuatnya. Alicia menjeling. "Akak. Alicia nk bercakap dengan akak."

Alice panggung kepala kearah adiknya. "Cakap la."

Alicia mengerling sekilas kearah Addy. "Just the two of us. Girls matter." Alice mengangguk lalu mengusap perlahan rambut Addy.

"Bee naik bilik dlu bleh? Alice nak bercakap dengan Alicia kejap.." Addy memuncung. "Alaa..bercakap je la.. bee pun nak dengar jugak.."

Alice gelak perlahan. "Tak bleh la.. Ni hal perempuan.."

Addy berkerut lalu panggung kepalanya kearah Alice yang setia senyum kearahnya. "Hal perempuan? Nak bercakap tentang tetek ke?" Tanyanya lalu merenung kearah buah dada Alice.

Alicia menutup telinganya. Abang iparnya itu aci redah sahaja!

Alice tergelak. Dia menekup kedua pipi Addy lalu mencium skilas bibir Addy. Addy memuncung. "Alaa kejap nya. lama la lagi." Rengeknya lalu memuncungkan bibir kearah Alice.

Alice senyum lalu merapatkan wajah mereka. Alicia jadi halimunan kejap bleh?

"Nanti Alice naik Alice layan bee okay? Alice janji Alice naik secepat mungkin.." Bisik Alice lalu mengenyit mata kearah suaminya. Addy senyum lebar. "Alright my sweety. Jangan lama-lama. nanti bee rindu." Ujar Addy lalu mencium lama bibir Alice.

Kan dah ckap tadi Alicia halimunan je..

"Bee naik dlu. Nanti baby naik eh?" Ujar Addy lalu bangun dari baringnya. Alice senyum dan mengangguk. Dia membuat flying kiss kearah suaminya. Addy terus menyambut lalu diletakkan di dada kirinya.

Alice terkekeh ketawa. Dia terus berpaling kearah Alicia setelah Addy menaiki tangga rumah mereka. "Nak cakap pasal apa?"

Alicia mendengus. "Like seriusly? Betul ke tadi tu Addy si badboy? Kenapa manja nak mampus?" Alice tergelak apabila melihat riak menyampah adiknya.

"Biarlah. dia manja dengan akak jugak.. Cepatlah ckap. Akak nak layan baby besar pulak nanti.." Alicia mencebik. Asyik nak melekat sahaja dua orang ini..

"Alicia nak cakap pasal Edric."

TBC🤍

Haa apekah yitu..

VOTE AND COMMENT❤️

ADDY : THE DARKNESS OF LOVE [C]Where stories live. Discover now