KELIHATAN ramai pelancong di airport saat ini. Addy mengerling sekilas jam tangannya kemudian dia memerhati sekelilingnya."Panas nya harini.. menyesal tak berendam lama dengan Alice tadi.." gumamnya perlahan lalu tersengih.
Teringat pula kisah pagi tadi dimana dia berendam dengan Alice di dalam tub mandi. Bukan main menjerit lagi isterinya itu apabila tangan Addy merayap di seluruh badannya.
Makin garang Alice sekarang. Addy pula yang terkulat-kulat bila isterinya itu memarahinya setiap kali tangan gatal itu merayap di badan lembut itu.
Namun Alice garang waktu siang sahaja. Bila waktu malam menjelma, pandai pula wanita itu menggedik nak baring di celah ketiaknya.
Pelik Addy dibuatnya. Setiap malam Alice nak cium ketiak berbulunya. Suka naw bau. Bila tanya mengapa, wanita itu akan menjawab bau ketiak Addy sangat macho dengan bau maskulin.
Pelik. Padahal bau biasa sahaja. Bau tengit pun ada. Namun Addy hanya membiarkan. Mungkin Alice sangat selesa dengannya setelah 2 bulan lebih berkahwin.
Addy panggung kepala apabila kelihatan ada seorang lelaki yang berbadan tegap dan rambutnya agak beruban berjalan kearahnya.
Addy senyum lebar dan melambai kearah lelaki itu. Kelihatan ada seorang gadis disamping lelaki separuh abad itu.
"Uncle!" Jerit Addy lalu melangkah kearah bapa saudaranya. Mr Robert senyum lebar lalu mendepakan tangannya.
Addy gelak perlahan lalu memeluk badan bapa mertuanya. Tergelak Mr Robert dibuatnya. "How are you son?"
Addy senyum lalu melepaskan pelukan. "Good. Everything's good here." Katanya lalu mengerling kearah gadis disamping Mr Robert.
"Hye Rebecca.." Addy agak janggal dengan gadis itu kerana mereka mempunyai kisah silam. Rebecca senyum tipis dan menunduk sedikit.
"Hye Addy.." kekok sahaja cara mereka bercakap. Addy mengangguk lalu berpaling kearah Mr Robert.
"Jom uncle kita balik.. nanti Bernard bagi kunci rumah papa pada uncle.." Mr Robert senyum lalu mengangguk.
Dia sudah sedia maklum bahawa dia dan Rebecca boleh menetap di rumah Tuan Addison dan Puan Adelene atau dikenali sebagai mendiang ibubapa Addy.
"Let's go." Ujar Mr Robert lalu menarik tangan anaknya untuk melangkah bersama.
"SO you're already married?" Tanya Rebecca yg duduk di seat belakang. Sorry, awal-awal lagi Addy menyuruh uncle nya untuk duduk di seat hadapan.
Dia tidak selesa jika perempuan lain duduk di seat itu melainkan isterinya sendiri.
Addy mengerling sekilas ke arah cermin pandang belakang dan mengangguk. "Yap. I dah kahwin."
Rebecca senyum tipis. "Congrats for you. Sorry i dengan daddy tak dapat datang kerana daddy sibuk.."
Addy senyum sahaja. "Sokay. Salah i juga sebab bagitau last minute." Rebecca hanya mengangguk.
"Bernard hantar Rebecca dulu ke rumah Addison. Uncle nak ke rumah Bernard. Nak tengok isteri Bernard.."
Addy gelak perlahan. "Alice takde kat rumah la uncle. Sekarang waktu kerja. Dia pula workholic. Dia dah ckap dia akan berjumpa dengan uncle lepas dia balik kerja."
Mr Robert mengangguk. "Takpe la kalau mcm tu. Uncle bleh je jumpa bila-bila masa pun. Don't rush about it."
Addy senyum lalu fokus ke hadapan. Dia mengerling sekilas kearah cermin pandang belakang. Berkerut dahinya apabila melihat wajah mendung Rebecca.
Dah kenapa?
Rebecca pula hanya memandang luar. Dia tidak suka pulang ke Malaysia kerana.. dia pasti akan memikirkan seseorang jika dia datang ke sini..
"BESAR rumah Bernard ni.. cantik. Nampak kemas." Ujar Mr Robert yang baru sahaja melangkah ke dalam rumah Addy.
Addy senyum. "Ha'ah.. Alice yang kemas setiap hari. Asyik buat kerja rumah je dia sekarang. Padahal dulu langsung tak sentuh. Katanya habuk banyak dan buatkan dia tak selesa. Padahal takde habuk pun." Leter Addy sambil duduk diatas sofa.
Mr Robert tergelak. "Baguslah dia utamakan kebersihan. Dengar dari cerita Addy pun uncle dah tahu Alice tu seorang yang pembersih dan rajin."
Addy senyum lebar. Betul la tu. Isterinya itu langsung tidak duduk diam sekarang. Ada ajer kerja yang nak dibuat.
Bila ditegah, masam mencuka wajah wanita itu smpaikan merajuk dengan Addy dalam tempoh yang panjang.
Pening Addy dibuatnya!
"Ni sijil kahwin Addy ke?" Tanya Mr Robert yang sedang mengambil sijil diatas meja. Addy menepuk dahinya.
"Ha'ah lupa pula nk simpan. Si Alice la ni letak kat sini. Dia nak photostat banyak-banyak katanya. Takut hilang."
Addy menggelengkan kepalanya. Ada sahaja lah celoteh isterinya itu. Suka sangat gelabah padahal sijil itu elok sahaja berada dalam almari.
Berkerut dahi Mr Robert apabila melihat sijil itu. "Bernard.." Addy yang sedang tersenyum terus panggung kepala kearah unclenya.
"Ya uncle?"
Mr Robert panggung kepala kearah Addy. "Alice Lavender Lawson?"
Addy senyum dan mengangguk. "Yes. She's my wife."
Mr Robert mengerdipkan mata lambat. "Ada gambar keluarga dia tak?"
Addy berkerut. "Kenapa?"
Mr Robert menggeleng. "Uncle mcm kenal nama dia.." Addy tercengang namun dia tetap juga mengeluarkan telefonnya. Dia terus menghulurkan telefon kearah Mr Robert.
Mr Robert mengambil telefon itu lalu diperhatikan sahaja wajah-wajah keluarga Alice.
Mr Robert menghela nafas berat. "Dia dua beradik je ke? Ada abang tak?"
Addy mengangguk perlahan. Dia masih tidak dpat mencerna ayat-ayat daripada bapa saudaranya. "Yes dia ada abang. Tapi abang dia dah meninggal.. why?"
Mr Robert mengetap bibir. "Meninggal 14 tahun yang lalu?"
Terbeliak mata Addy. "Macam mana.."
"Eksiden? Masuk gaung?"
Dahi Addy mula berkerut. Dia mengangguk laju. "Macam mana uncle tahu?"
Mr Robert meletakkan kembali telefon diatas meja. "Because it's him."
Addy masih tercengang "apa maksud uncle?"
Mr Robert hanya memandang wajah berkerut anak saudaranya. "Dia pemandu mabuk tu."
TBC🤍
Haa apetu tatau tatau😭😭VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
ADDY : THE DARKNESS OF LOVE [C]
Romance🚫NO CENSOR STORY🚫 Jejaka yang terlampau bebas dengan kehidupannya akhirnya tersungkur setelah bertemu seorang gadis bandar. Difikirnya gadis itu polos kerana senyumannya namun ia adalah kesilapan yang besar. "Come, have a fun with me tonight?" -Ad...