ADLICE - BAB 54💢

31.4K 765 25
                                    


"I ..i yang rosakkan brek kereta abang you dan juga brek kereta keluarga Addy.."

"WHAT?!" Terbangun Alice dari duduknya apabila mendengarkan perkataan yang terbit dari mulut Edric.

Edric meneguk liur kesat dan mengangguk. Alice berdecit lalu meraup mukanya.

"What the hell--i mean why? Apa salah abang i pada you?! And apa salah keluarga Addy pada you?! Come on Edric! You masih berumur 15 tahun masa tu! Apa yang ada dalam fikiran you ni?! Berumur 15 tahun tapi membunuh orang?!"

Edric mengetap bibir lalu menggeleng. "I.. i terpaksa. I hanya follow orang. I perlukan duit untuk rawatan bapa i. So.. i terpaksa buat smua ni.."

Alice menghela nafas kasar. Dia terus mengusutkan rambutnya. "Shit." Gumamnya perlahan.

"I akan tanggung semua ni. Jadi sekarang, i nak you duduk dan bertenang sebab i ada bawa bukti yang asal."

Berkerut dahi Alice. "Asal? Bukti apa?" Edric mengangguk. "Rekod dokumen kemalangan 14 tahun lalu. Dokumen you dan Addy adalah palsu."

"Huh? Kebodohkan apakah lagi ni?" Tanya Alice lalu duduk kasar diatas kerusinya. Edric mengangguk. Dia mengeluarkan dokumen dari begnya.

"Mesti you pelik kenapa Addy dan you berfikiran secara lain kan? Addy cakap abang you langgar keluarga mereka kerana abang you mabuk. Manakala you sekeluarga pula cakap Alexander tak mabuk dan terbabas sendirian."

Alice mengangguk. "Yeah. Sebab tu i runsing. Kenapa rekod kami lain?"

Edric senyum tipis lalu menghulurkan dokumen itu kepada Alice. "Kerana kedua-dua dokumen you dan Addy itu adalah palsu." Terbeliak mata Alice. Dia terus mengambil dokumen dari tangan Edric.

Dibaca satu persatu perkataan yang tertera.

"Dokumen yang i pegang ni adalah asal. Ia dari rekod polis namun disembunyikan dengan ketat. Rekod yang berada di tangan you dan Addy telah diubah suai serta merta supaya keluarga Addy menganggap keluarga you lepas tangan. Dan keluarga you menganggap kemalangan abang you adalah kerana bunuh diri. But it's a big no."

Alice mengerut kening apabila membaca segalanya yang tertera didalam dokumen itu. "Maksud you..kami disabotaj?"

Edric mengangguk. "Absolutely yes. I tak tahu apa kisah disebalik semua ni tapi nampak sangat yang ada orang sabotaj keluarga you dan keluarga Addy."

Alice kembali membaca rekod yang tertera. Dia mengetap bibir apabila kebenaran mula terbongkar satu-persatu.

'Mr Alexander Louis Lawson meninggal akibat melanggar kereta bernombor plat AD 4344'

'Kereta miliknya yang bernombor plat AX 1313 terjatuh ke dalam gaung dan hangus dalam kebakaran'

'Laporan dikenalpasti bahawa brek kereta milik Mr Alexander Louis tidak berfungsi akibat wayar yang dipotong.'

'Kereta Mr Alexander tidak dapat berfungsi dengan baik kerana meter keretanya berubah menjadi laju dengan tiba-tiba. Ia menyebabkan keretanya melawan arus tanpa sengaja.'

'Non alcohol detected.'

''Isu pengkhianatan dikenal pasti.'

'Masih dalam siasatan sehingga kini.'

Hampir mengalir airmata Alice ketika ini apabila membaca kesemuanya itu. "Jadi abang i tak bersalah la kan?" Tanyanya perlahan. Edric hanya diam. ini semua punca darinya kerana itulah dia amat berasa bersalah.

Namun dia hanya mengikut arahan. Dia tidak tahu pula mangsa kemalangan itu adalah abang Alice serta keluarga Addy.

Alice mengesat air matanya lalu membelek ke muka surat lain dimana itu adalah laporan kemalangan keluarga Addy.

'Tuan Addison dan Puan Adelene meninggal dunia akibat dilanggar kereta milik Mr Alexander Louis yang melawan arus jalan raya.'

'Laporan dikenalpasti bahawa brek kereta milik Tuan Addison juga tidak berfungsi akibat wayar yang dipotong dengan sengaja.'

'Kedua-dua kereta ini dianggarkan isu pengkhianatan 100%.'

'Kes masih dalam siasatan sehingga sekarang'

'Criminal investigation still in progress.'

Alice mula mengalirkan air mata. Ini rupanya dokumen asal punca kemalangan keluarga mereka.

Dan disini sudah tertera bahawa bukan kesalahan keluarga Addy dan bukan kesalahan Alexander Louis. Ada isu pengkhianatan dalam hal ini.

Alice mengesat kasar airmatanya lalu mencerlung tajam kearah Edric yang masih menunduk. Dia melempar kasar dokumen itu ke atas meja.

Alice mula berpeluk tubuh. Dibiarkan sahaja air mata bergelinang dengan riak wajah yang tegang.

"Tell me. Kenapa you tahu smua ni? And dari mana you dapat dokumen asal ni?"

Edric menarik nafas dan hembus perlahan. "Macam yang i cakap, ada orang upah i. So.. i knew everything from him. I yang ambik dokumen ni dari rumah dia."

Wajah Alice berkerut. "Who the hell that fucking man?! I kenal ke?!"

Edric mengangguk. "Dia--" terbeliak mata Edric apabila ada beberapa orang lelaki berbadan tegap yang sedang mencerlung tajam kearahnya.

Dan dia amat kenal wajah-wajah lelaki itu. "Shit. Jom Alice!" Jerit Edric lalu menarik tangan Alice mengikutinya. Dia mengambil dokumen-dokumen penting diatas meja.

Alice juga terkejut namun dia ikut sahaja langkah laju Edric.

Manakala Addy tercengang apabila Edric menyentuh tangan Alice. "Shit! Apehal dia sentuh bini aku?! Dia nk bawa bini aku kemana?!"

Alvin mengecilkan mata melihat riak wajah Alice dan Edric ketika ini.

"Aku tak tahu. Mereka mcm terburu-buru je."

Alex terus mengalih pandangan kearah Addy yang sedang menahan marah. "Lek Dy. Aku rasa ada something sebab tu diorang lari mcm tu. Jom aa follow. Aku rasa tak sedap hati."

Nampak sahaja Alex seperti orang bodoh namun dia mempunyai satu firasat dimana dia bleh mengesan perasaan seseorang melalui pergerakan serta riak wajah mereka.

Dan riak wajah Alice serta Edric menggambarkan bahawa mereka seperti dalam bahaya.

TBC🤍
Damn it. Alice dan Edric nak lepak underground ke tu?

VOTE AND COMMENT❤️

ADDY : THE DARKNESS OF LOVE [C]Where stories live. Discover now