ADLICE - BAB 64💢

32.5K 793 30
                                    


ADDY senyum tipis kearah doktor yang merawat isterinya. Sempat dia mengerling kearah Alice yang memandang kearah lain. Wanita itu langsung tidak menatap wajahnya.

Addy melepaskan keluh lalu berpaling kearah doktor. "Kenapa isteri saya?" Doktor senyum kearah Addy.

"Isteri Tuan kepenatan mungkin sebab tak cukup rehat dan hidrasi tak cukup. Selepas ni seeloknya tuan jaga makan minum dia serta jangan bagi dia buat kerja berat. Kesian anak dalam perut tu kalau ibunya aktif sangat.."

Addy mengangguk. "Baik. Saya akan jaga secara teliti untuk isteri dan juga An-- wait. Anak?" Terbeliak mata Addy apabila doktor menyebut tentang anak.

Doktor mengangguk. "Betul. Puan Alice mengandung 7 minggu. Tuan tak tahu lagi ya? Kalau tuan belum tahu, saya ucapkan tahniah kepada tuan kerana bakal menjadi seorang bapa."

Addy senyum lebar lalu menggenggam tangan doktor. "Terima kasih doktor.. terima kasih!"

Doktor hanya senyum lalu menepuk perlahan bahu Addy. Dia amat kenal jejaka dihadapannya ini. Fikirnya lelaki ini sombong kerana Addy tidak pernah senyum kepada sesiapa yang berada di hospital ini ketika Addy menghantar kawannya ke sini.

Namun setelah melihat senyuman Addy, dia tahu Addy telah berubah setelah berkahwin dengan Alice.

"Baik. Saya tinggalkan Tuan dengan isteri ya?" Addy mengangguk lalu melepaskan genggamannya. Doktor berpaling kearah Alice.

"Puan jaga diri baik-baik. Dan jaga kuat sangat bekerja. Puan ada satu lagi nyawa yang perlu dijaga.." Alice senyum tipis lalu mengangguk.

"Terima kasih doktor.." Doktor senyum lalu mengangguk. Dia terus keluar dari ruangan itu meninggalkan suami isteri meraikan kegembiraan.

Addy berpaling kearah Alice. "Baby.. kenapa tak cakap baby pregnant?" Alice hanya berpaling kearah tingkap. Sedari tadi dia langsung tidak memandang suaminya.

"Perlu ke? Nanti tak pasal-pasal you cakap ni anak orang lain pula." Addy menggeleng lalu menghenyak punggung diatas katil. Dia maju menggenggam kedua tangan isterinya.

"No.. bee tak pernah fikir mcm tu. Bee tahu tu anak bee sebab bee kenal isteri bee mcm mana.. bee minta maaf sayang.." Alice menahan air matanya. Dia terus menepis genggaman Addy.

Alice menghela nafas perlahan. Mata masih memandang ke arah luar tingkap. "Pasal Mr Robert dah selesai. Dan tentang kemalangan yang lalu pun dah terjawab. Jadi i anggarkan bahawa semua masalah kita dah selesai kan?"

Addy hanya diam. Dia masih setia merenung wajah pucat isterinya. "Baby.."

Alice menggeleng. "Jadi i rasa, smpai sini jelah hubungan kita. I taknak ada apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki lagi. Anggap jelah jodoh kita sampai sini je Addy."

Addy menggeleng. "No. Bee taknak. Bee takkan tinggalkan Alice. Susah-susah bee dapatkan Alice. Bee takkan lepaskan Alice dengan begitu mudah."

Alice mula menitiskan air mata. Dia amat menyayangi lelaki ini dan masih mencintai lelaki ini namun hatinya hancur berkecai dengan perlakuan suaminya.

Addy menekup kedua pipi Alice untuk memandangnya. Dia merenung sayu wajah comot isterinya yang dipenuhi air mata.

"Fikir tentang kita please.. tentang cinta kita.. tentang..." tangan Addy melekap di perut kempis isterinya. Alice hanya membiarkan. Dia penat untuk menepis tangan Addy.

Bukannya dia tidak tahu suaminya itu pasti mengambil kesempatan untuk menyentuhnya.

"...anak kita.. tolong pertahankan hubungan ni demi cinta serta anak kita?" Tanya Addy dengan linangan air mata.

ADDY : THE DARKNESS OF LOVE [C]Where stories live. Discover now