BAB 1

245 12 1
                                    

"Aku terima nikahnya Naira binti Ahmad Abdullah dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai"

"Sah?"

"Sah" jawab semua saksi.

"Alhamdulillah, Allahuma......." Bacaan doa tok kadi.

Jejaka yang baru sahaja bergelar SUAMI itu menadahkan tangan sambil melirik ke arah ISTERI nya dengan tajam.

Si ISTERI yang sepatut nye menjadi permasuri seharian itu hanya diam dah redha. Tiada secalit senyum di bibir pink nya. Air mata? Sudah kering! Membazir saja kalau menangis, tiada apa yang boleh di ubah.

"Naira"

Naira hanya melihat gerangan yang memanggil nya tanpa menyahut.

"Ibu tahu Naira tak mahu kan perkahwinan ini tapi siapa kita untuk menolak takdir" pujuk Puan Hamila iaitu Ibu mentua Naira

Naira yang mendengar hanya senyum segaris lalu menyalam lembut tangan ibu mentuanya itu.

"Pengantin lelaki boleh sarungkan cincin"

Kelibat jejaka yang baru saja bergelar SUAMI itu menerpa pandangan Naira.

Jejaka tersebut mengambil cincin yang tersedia lalu di sarungkan ke jari runcing Naira.

Naira yang hanya diam memandang tanpa riak itu di tegur.

"Naira salam tangan suami tu" naira yang tidak ingin membuang masa terus menyalam tangan kekar jejaka itu lalu mengambil pula cincin yang akan di sarung kan ke jari jejaka itu.

Sarung sahaja cincin di jari jejaka itu terus si suami memegang ubun kepala Naira dan melabuh kan bibir di tangannya yang berada di ubun kepala Naira.

Puam Hamila yang melihat hanya tersenyum walaupun dia tahu menantunya mahupun anak nya tidak menginginkan perkahwinan ini.

"Mari makan" Puan Hamila mengajak semua yang berada di situ. Majlis nikah mereka hanya kecil-kecilan.Hanya ade keluarga Jejaka itu sahaja. Keluarga Naira? Tiada.

Puan Hamila menarik lembut tangan Naira untuk di bawa ke meja makan itu terbantut apa bila melihat anak lelaki nya melangkah ke arah tangga.

"Aish, tak nak makan dulu?"

"Tak apa ibu aish tak lapar lagi, aish naik atas dulu" terus langkah kaki Aish menaiki anak tangga.

"Jum Naira kita makan dulu" Naira yang mendengar hanya tersenyum segaris. Beruntungkah dia mempunyai ibu mentua sebaik Puan Hamilah?

"Naira nak makan apa?" Tanya Puan Hamilah

"Tak apa ibu biar Naira ambil sendiri" jawab Naira. Tidak mahu menyusahkan ibu mentuanya itu. Banyak yang ibu mentuanya telah lakukan untuk nya.

"Haih, baru je masuk keluarga ni terus dapat layanan macam tuan puteri" sindir syakila iaitu adik ipar Naira. Memang Naira perasan, sejak pertama kali Naira berjumpa dengan Syakila tiada secalit senyum pun yang diterima tetapi hanya jelingan dan sindiran.

"Nur Aini Syakila, hormat sikit Kak Naira, dia kakak ipar kamu" tegur Encik Daud kepada anak bongsu nya.

"Ish, terus hilang selara orang nk makan" terus syakila bangun dari meja makan nak melangkah naik ke atas.

"Syakila!" Jerit Encik Daud lagi.

"Abang sudahlah tu" pujuk Puan Hamila lagi sambil memegang tangan suami nya itu.

"Ini lah sebab kenapa saya halang awak untuk manja kan sangat syakila tu, tengoklah apa jadi?!" Puan Hamila yang mendengar hanya diam.

Naira yang mendengar dan memerhati perbalahan keluarga itu rasa bersalah. Adakah kedatangan dia satu kesilapan?

"Ayah, ibu, Naira jum la makan, nanti dah sejuk tak sedap pula" ajak zahira iaitu kakak ipar Naira, kakak kepada Aish.

~~

Tok tok

Naira yang berdiri di depan bilik itu hanya mengeletar sambil bermain jari jemari nya sendiri.

Yela, Puan Hamila suruh dia naik berehat di bilik, bile di tanye bilik di mana di jawab pulak di bilik Aish. Argh memang mati.

Tok tok

Ketukan kali kedua naira pada pintu Aish. Aduh! Dia tidur ke apa ni? Badan aku dah la melekit, ish!

Baru sahaja Naira ingin membuat ketukan ketiga tiba-tiba pintu di buka dari dalam.

"Nak aku bentangkan red carpet pula ke? Tak cukup aku dah bukakan pintu?" Sindir Aish yang melihat Naira yang berdiri seperti patung.

Naira yang mendengar hanya jeling kepada Aish lalu melangkah masuk ke dalam bilik Aish.

Tidak ingin bertembung mata dengan Aish, Naira terus membolos kan diri ke dalam bilik air selepas mengambil tuala dan pakaian tukar.

Setelah selesai membersihkan diri Naira membuka pintu bilik air untuk meneruskan langkah ke beg rodanya untuk mengambil skincare.

Setelah selasai tiba-tiba belakang badan nya di campak satu bantal dan selimut.

"Kau tidur bawah"

Naira yang tidak ingin bergaduh dengan Aish terus mengambil dah membaring kan tubuh di bawah katil.

Biar di suruh tidur di luar rumah pun dia sanggup asalkan dapat melelapkan mata.

~~

Alarm yang entah kali ke berapa yang telah berbunyi itu membangunkan lena Aish.

Jam menunjukkan 6.45 pagi sempat lagi nak solat subuh ni, Aish terus melangkah ke dalam bilik air.

Naira yang dari tadi didapur selepas sahaja menunaikan solat subuh itu di sapa Puan Hamila.

"YaAllah Naira kenapa Naira pulak yang buat sarapan, kenapa tak suruh bibik je?"

"Sikit je ni ibu Naira boleh je buat" jawab Naira sambil menuang nasi goreng ke dalam bekas.

"Meh sini ibu bawakkan" Puan Hamila terus membawa bekas yang berisi nasi goreng ke meja makan. Di atas meja makan terlihat roti keping, beberapa perisa jem, nuget dan telur goreng yang sesuai di nikmati bersama nasi goreng.

"Ish banyaknya Naira, ibu pulak rasa bersalah"

"Tak ada apalah ibu, sikit je ni" kata Naira sambil tersenyum.

"Morning ibu, morning Naira" sapa zahira

"Kakak dah panggil ayah dengan Syakila?" Tanye Puan Hamila.

"Sudah ibu"

"Naira pergila panggil Aish" Naira yang mendengar hanya mengangguk, baru sahaja bangun dari duduknya kelibat Aish dan Ayah mentuanya terlihat.

"Ha turun pun, mari makan" ajak Puan Hamila

"Tak tunggu kila pun kan" tegur syakila yang baru sahaja turun dari tangga.

"Mari makan anak mama" panggil Puan Hamila kepada anak bongsunya itu. Yang lain melihat adegan itu hanya senyum.

Naira yang sedang sibuk menuang nasi goreng di setiap pinggan juga tersenyum melihat drama anak beranak itu.

"Naira, cukuplah tadi Naira dah masak meh sini makan"

"Naira masak?" Tanya Encik Daud

"Iya abang, tak sia-sia betul Naira jadi menantu saya" bicara Puan Hamila sambil tersenyum.

"Tapi tak ada la sesedap masakan Kak Maya, nasi goreng ni biasa je" sindir Syakila, semua yang sedang makan terhenti bile mendengar nama itu.

Lebih-lebih lagi Aish. Aish terus bangun sambil mengelap mulutnya dan mengambil tangan ayah dan ibunya untuk disalam. Naira? Aish hanya buat tidak endah saje.

"Aish pergi dulu" hilang saje kelibat Aish terus Puan Hamila membuka mulut. Naira pula mengejar langkah kaki Aish.  

"Syakila apa cakap macam tu depan Kak Naira dengan Abang aish"

"Betul apa? Masakan kak Maya lagi sedapkan lagi pun abang Aish pun masih sayangkan Kak Maya" jawab Syakila dengan yakin

Puang hamila dan Zahira yang mendengar hanya menggelengkan kepala, Encik Daud hanya memandang tajak je arah anak bongsunya itu.

Aish NairaWhere stories live. Discover now