BAB 6

55 5 0
                                    

"Haih bukan main besar koridor dia" Naira melepaskan keluh. Ingat tak penat ke cari rumah Aish ni? Dah lah angkat banyak barang. Aish pula pergi macam tu je. Apalah nasib.

FLASHBACK

"Turun" ucap Aish senada. Naira yang mendengar melihat sekeliling.

"Turunlah! Apa lagi kau tunggu!" Sergah Aish kepada Naira apabila melihat Naira terkebil-kebil. Naira yang keliru memberanikan diri bersuara.

"Kenapa berhenti sini? Kenapa tak masuk dalam?" Tanya Naira.

"Kira baiklah aku dah bagi kau rumah, dah hantar kau, sekarang banyak pula kau minta! Kau memang tak sedar dirikan perempuan! Kau keluar sekarang! Nah ambil kunci!" Aish baling kunci ke Naira.

"Kau keluar, kau pergi cari rumah aku tu, pandai-pandailah kau hidup, kalau aku nak balik,aku baliklah. Dah keluar! Ha ingat! Kau jangan bagi tahu siapa-siapa pun kau tinggal sini! Lagi-lagi Maya! Aku tak nak dia sakit sebab perempuan murah macam kau! Keluar!" Tengking Aish

Naira yang tadi mendengar setiap bait bicara Aish hanya diam. Tidak mampu membalas. Dia sedar dia siapa. Dia hanya menumpang saja.

ENDFLASHBACK

Buka sahaja pintu Naira memberi salam dan melihat keadaan rumah itu.

"Assalamualaikum."

"Wah, besar juga tapi berhabuk. Tak apa , Naira. Kau boleh" ucap Naira bersendirian.

"Eh tapi bilik aku kat mana?"

"Dia kata pandai-pandailah aku hidupkan, ha so biar aku pilih bilik aku, haha" kata Naira seorang diri. Saje nak legakan hati.

Selepas meletakkan beg-begnya di bilik, Naira terus mengemas rumah tersebut yang penuh habuk. Banyak kali jugaklah Naira bersin.

Kring! Kring!

Naira yang sedang kemas itu terus terdengar bunyi telefon berdering dan mengangkat tanpa melihat siapa yang membuat panggilan.

"Hello" jawab Naira.

"Assalamualaikum, Naira. Alhamdulillah kau jawab call aku!" Teruja Si pemanggil. Naira yang mendengar suara itu sudah terkedu. Itulah lain kali check dulu siapa yang call ye!

"W-waalaikumusalam, ye kenapa Maya" jawab Naira selepas terkedu mendengar suara Maya di talian, tapi dari mana Maya dapat nombornya?

"Aku rindu kaulah sebab itu aku call kau, kita keluar nak? Lepak-lepak minum-minum macam dulu? Nak tak? Aku dah ajak Dee dengan Najuwa. Jom lah Naira" panjang lebar penjelasan Maya.

"Okeylah kalau macam tu, nanti hantar aku location. Bye" jawab Naira lalu mematikan talian tanpa menunggu jawapan Maya.

"Huh" keluh dilepaskan Naira. Setelah beberapa minit Naira bangun untuk bersihkan diri dan bergerak menuju ke lokasi yang diberi oleh Maya.

~~

"Iya babe, boss aku tu berapa kali tukar perempuan aku pun tak boleh nak kira dah" kata Dee dengan riak muka makcik bawangnya.

"Seriuslah weyh? Nasib kau bukan target dia kan, mungkin sebab kau papan kot, HAHAHAHA" ujar Najuwa dengan loya buruk diikuti gelak tawa Maya.

"Eh kau ni memang minta kaki kan"

"Hi, Assalamualaikum, aku ganggu ke?" Sampuk Naira yang baru sahaja tiba.

"Naira! Ee rindunya kat kau" ujar Maya teruja sambil memeluk Naira. Begitu juga yang lain.

"Aku pun rindu korang juga" jawab Naira tetapi di sudut hatinya agak terselit rasa bersalah.

"Okey okey memandangkan hari ni kita berempat complete, aku ada something nak minta tolong korang, boleh?" Tanya Maya.

Aish NairaWhere stories live. Discover now