Keadaan di meja makan agak cangguh bagi Naira. Sebab? Kehadiran Maya memberi sinar kepada keluarga Aish. Sungguh beruntung seorang Sumayyah.
Dari tadi Syakila tidak lekang memberikan senyuman kepada Maya, sejujurnya Naira cemburu tapi Naira sedar yang dia hanya orang luar di dalam keluarga ini.
"Naira makan la lagi?" Pelawa Puan Hamila.
"Eh tak apa la aunty Naira dah kenyang, lagi pun nak cepat ni ade kerja lagi kan kak?" Jawab Naira sambil memandang Zahira. Aish dan Syakila yang mendengar gelaran "aunty" itu terdiam. Manakala Encik Daud hanya makan dengan tenang.
"Ouh y-ye la ibu kita orang nak kene gerak dah ni" jawab Zahira yang hampir gagap itu.
"O-ouh yeke, kalau macam tu tak apa, biar je dekat singki nanti ib- a-aunty yang basuh" fuh
"Eh tak apa Naira tetamu biar la Naira yang basuh aunty dah bahagi rezeki jadi biarlah Naira balas dengan memudahkan kerja aunty" jawab Naira lalu bergerak ke dapur.
Maya melihat Naira melangkah ke dapur, dia berfikir ini adalah masa yang tepat, kalau tidak Naira akan lari darinya lagi.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Aish.
"Saya nak ambil air masak sekejap" jawab Maya sambil tersenyum.
Naira yang tenang membasuh pinggan itu dia sapa oleh Maya dengan lembut.
"Naira"
Naira menoleh melihat gerangan itu terus pergerakan tangannya menjadi perlahan.
"Eh babe, kau nak letak pinggan ke? Meh sini aku basuhkan"
"Kau tak rindu aku ke Naira? Kenapa kau tak jawab call aku?" Naira yang mendengar soalan itu terbungkam. Tidak. Bukan. Sungguh jujur dia katakn dia rindu akan Maya. Telatah gadis itu. Tapi sekarang dia tidak sanggup melihat wajah Maya.
"A-aku..."
"Kenapa kau selalu lari dari aku? Kenapa selepas dari kemalangan tu kau selalu menghilang?"
"Maya ak-aku.."
"Kau dah tak sudi nak berkawan dengan aku ke Naira?" Tanya Maya yang berharap Naira memberikan jawapan sejujurnya.
Naira sudah tidak tahan. Dia terus mengeringkan tangannya lalu menerpa ke arah Maya.
"Tak Maya, tak. Aku masih sudi berkawan dengan kau, aku sayang kau Maya, aku minta maaf disebabkan kelalaian aku kau yang jadi mangsa kemalangan. Sepatutnya yang terlantar aku bukan kau Maya, aku minta maaf, maafkan aku Maya" bicara Naira dalam pelukan Maya sambil mengalirkan air mata.
"Tak Naira, aku saksi masa tu, bukan sebab kau kita kemalangan tapi disebabkan kelalaian orang lain Naira, stop salahkan diri kau." Ucap Maya sambil membalas pelukan Naira.
"Aku minta maaf" Naira mengalirkan air mata nya dengan deras.
"Okey dah, sekarang kau cerita dengan aku macam mana kau kenal dengan kak Zahira?" Tanya Maya sambil mengelap air mata Naira. Berkawan dari darjah jadi itu perkara biasa.
"Eem, kan aku cakap kak Zahira tu senior kat tempat kerja aku"
"Kau kerja apa? Kenapa aku tak tahu apa-apa pun?" Tanya maya pelik.
"Erm, a-aku..." belum sempat dia menghabiskan ayatkan Zahira datang menyampuk perbualan mereka.
"Naira dah siap ke?" Tanya Zahira.
"Ouh kak, dah dah siap" jawab Naira
"Em, babe kita jumpa lain kali eh, aku nak kene pergi dah ni, bye" kata Naira lalu melangkah pergi dari dapur meninggalkan Maya seorang diri.
YOU ARE READING
Aish Naira
Любовные романы"Kau tipu. Kau kata nak jaga aku sampai kita tua"- NAIRA "Kau tak guna! Kau memang perempuan tak sedar diri!" - MUHAMMAD AISH DANIEL "I love you so much, sayang. Anything for you" - IZZAT HARIS "Kalau di takdirkan awak bukan jodoh saya, saya redha d...