Naira yang baru selesau memakai selendang itu melihat penampilannya di hadapan cermin. Hari ini dia Memakai baju kurung yang bercorak bunga bersama selendang berwarna putih kerana hari ini dia ingin menziarahi kubur.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Naira terus mengambil Yaasin dan beg tangan. Baru sahaja ingin melangkah ke arah pintu Naira disapa oleh seseorang.
"kau nak pergi mana?"
"aku nak pergi kubur, ziarah arwah ayah dan mama" Jawab Naira tanpa memandang ke gerangan tersebut.
"Ziarah mak ayah kau ke ziarah kekasih hati kau?" Sindir Aish dengan penuh sinis tanpa memikirkan perasaan isterinya.
"Kalau aku nak ziarah kubur arwah pun apa salahnya?" Jawab Naira sekali lagi tanpa menoleh ke belekang menghadap suaminya.
"Tak ada salah pun cuma kesian dekat kau masih berharap dekat orang yang dah mati"
" Kau jangan kurang ajar Aish! Jaga sikit mulut kau! Sekurang-kurangnya arwah tak pernah membunuh orang apa tah lagi memburukkan orang" Kata Naira dengan tegas sambil memandang tajam ke arah suaminya.
"Perfect sangat ke dia? Dah mati dekat dalam kubur pun kau still bela dia"
" Perfect! Dia perfect sangat sampai aku pun cemburu dengan diri dia" lalu meninggalkan Aish yang memandang ke arahnya dengan tajam.
Selepas menziarahi kubur ibubapa nya, Naira terus pergi ke kubur seseorang.
"Assalamualaikum" lalu Naira tersenyum melihat nama yang terukir di batu nisan itu. Selepas habis membacakan Yaasin dan menyiram, seperti biasa Naira akan meluahkan perasaan.
"Kau sihat?" Naira senyum sambil air mata yang di tahan hanya mampu mengalah untuk mengalir di pipi Naira.
"Kau tipu. Kau kata kau nak jaga aku sampai kita tua" tangan Naira mengusap batu nisan itu dengan tangisan kerinduan.
FLASHBACK
"Haris, kau yakin ke yang kita ni ada jodoh?" Tanya Naira sambil menjilat aiskrim yang baru sahaja dibeli Haris.
"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak suka ke kalau aku jodoh kau?" Haris yang tadi ceria terus bertukar dingin.
"Mana ada lah, aku cuma tanya je kan" Naira terus menjeling Haris di sebelahnya. Serius sangat!
"Aku sayang kau Naira. Aku janji aku setia dengan kau, aku akan jaga kau sampai rambut kita tukar warna putih" Haris tekun memandang ke arah wajah mulus Naira. Kekasihnya sejak meraka berada di zaman persekolahan walaupun mereka berbeza sekolah.
"Betul ni? Kau tak tipu?"
"Betul Naira, lagi pun kalau aku cari yang lain takkan sama dengan Naira aku ni" kata Haris sambil menolak aiskrim di tangan Naira ke pipi Naira.
"Ish habis comot pipi aku"
"Alolo cik Naira marah ke" ketawa melihat telatah Naira yang sedang marah sambil mengelap pipi nya yang comot.
"Kau janji tau! Jangan tinggal aku"
"Ye aku janji Naira binti Ahmad Abdulllah" tersenyum Haris dengan sikap Naira.
ENDFLASHBACK
Naira yang teringat perbualannya dengan Arwah Haris itu mampu menangis. Rindu akan telatah jejaka itu. Rindu akan suara itu. Rindu semuanya tentang jejaka itu.
"Aku minta maaf" sambil menangis dan mengusap batu nisan itu.
"Aku sayang kau. Aku rindu kau. Aku nakkan kau"
"Aku tak nak dia aku nak kau Haris, tolong lah" tidak berhenti mengalir air mata di pipi Naira.
Tidak dapat mengungkap rindu lantas Naira meletakkan kepala di atas kubur Haris sambil menangis, meraung. Kerinduan yang tidak terucap.
"Naira?"
~~
"Naira apa khabar? Sihat?"
"Alhamdulillah sihat" tersenyum Naira walaupun masih berbaki air mata yang belum kering di bahagaian matanya.
"Naira rindu dia ye?"
Terdiam Naira. Sekali lagi air mata tak dapat ditahan terlepas jua sambil menumbuk dadanya sendiri.
Terus Puan Aida memeluk Naira yang sedang menangis rindu akan arwah anaknya itu.
"Terlalu rindu. Rindu yang tak terucap. Rindu sangat-sangat" tidak berhenti tangisan Naira di pangkuan Puan Aida manakala Puan Aida dan Izzyan yang mendengar ucapan Naira juga tidak mampu menyembunyikan kesedihan.
"Walaupun Haris bukan cinta pertama Naira tapi Naira akan genggam cinta Haris untuk jadikan cinta terakhir Naira. Naira sayang dia sangat-sangat. Terlalu banyak kasih sayang yang Haris berikan sampaikan Naira tak mampu kira"
"Sabar Naira, Naira kene redha ye nak" pujuk Puan Aida sambil mengusap belakang Naira.
Izzyan yang tidak mahu Naira terus meratapi pemergian Arwah adiknya itu terus memujuk Naira.
"Naira, dekat dalam bilik arwah ade sesuatu yang Naira tertinggal. Arwah kata bende tu sangat penting untuk Naira. Mari akak tunjuk."
Naira yang masih berbaki air mata itu gagahkan diri untuk masuk ke dalam bilik arwah Haris.
Buka sahaja pintu terdapat beberapa bingkai gambar yang tergantung di dinding. Gambar siapa? Sudah tentu gambar Naira dan arwah Haris.
Air mata terkeluar sekali lagi. Ini pertama kali Naira masuk ke dalam bilik Haris. Haris melarangnya kerana dia ingin Naira masuk ke dalam biliknya ketika mereka sudah halal.
Sampai sahaja di meja belajar arwah, izzyan memberikan seutas gelang tangan kepada Naira.
"Naira ingatkan gelang ni?"
"Gelang yang Haris bagi sempena hari jadi Naira yang ke-23 dan dia berjanji untuk menukar gelang ni kepada mas kahwin" kata Izzyan dengan menggeletar menahan tangisan. Naira hanya melihat gelang itu. Bersyukur sangat.
"Ambillah"
Arwah Haris tidak pernah berikan barang kepada Naira walaupun ketika itu Hari jadi Naira kerana Naira menghalangnya jadi Haris akan selalu membelanja Naira makan. Tetapi pada hari jadi Naira ke-23 iaitu pada tahun lepas Haris memberikan gelang yang berharga rm10.
Kenapa 10? Kerana Naira yang minta. Dan Haris berjanji gelang itu akan Haris tukar dengan mas kahwin mereka. Tapi tidak kesampaian. Dan tidak samgka itu adalah kali terakhir dia menyambut ulang tahunnya bersama Haris
Naira mengambil gelang itu lantas menciumnya. Barang yang hanya satu-satunya kenangan bersama Haris. Naira sangka tiada apa pun selain kenangan yang akan mengubati rasa rindu ini tetapi syukur gelang yang selama ini dia cari jumpa kembali.
Lepas meluahkan perasaan masing-masing Puan Aida mengajak untuk turun ke bawah semula.
Melihat sahaja jam Naira terus meminta diri untuk pulang. Tetapi rasa rindu Naira terhadap Arwah Haris membuak kembali apabila ternampak motor kesayangan Arwah.
"Mummy, akak. Tolong jangan jual motor ni. Jangan bagi calar secalit pun. Arwah sayang sangat motor ni. Dia janji lepas halal dia nak bawak Naira ride satu Malaysia. Tapi mana dia?" Tangisan Naira kedengaran lagi.
"Dia tipu. Dia mesti tak sayang Naira. Naira benci dia mummy"
"Shhhh, Naira. Haris sayang Naira sangat-sangat dia tengah tunggu Naira dekat syurga. Mesti dia nak tengok Naira happy tersenyum. Dah jangan nangis lagi" pujuk puan Aida
"Tapi Naira nak dia mummy. Naira sunyi tanpa Haris. Naira hilang orang yang Naira sayang." tidak terputus air mata kerinduannya. Tidak penat kah?
"Naira ade mummy dengan kakak kan? Mummy sayang Naira macam mana Haris sayang Naira"
"Izzyan hantar Naira balik"
YOU ARE READING
Aish Naira
Любовные романы"Kau tipu. Kau kata nak jaga aku sampai kita tua"- NAIRA "Kau tak guna! Kau memang perempuan tak sedar diri!" - MUHAMMAD AISH DANIEL "I love you so much, sayang. Anything for you" - IZZAT HARIS "Kalau di takdirkan awak bukan jodoh saya, saya redha d...