BAB 7

105 8 2
                                    

"Babe ni nak letak mana ni?" Tanya Najuwa kepada Maya.

"Tu kau letak je atas meja, kau hiaslah sikit biar nampak kemas" kata Maya. Najuwa yang mendengar hanya mengangguk.

"Maya, semua dah siap ke?" Tanya Puan Hamila.

"Alhamdulillah semua dah siap, tinggal tunggu kek je" kata Maya dengan teruja. Tak sabar nak buat surprise untuk Aish.

Naira yang mendengar dan melihat hanya tersenyum kecil. Tiba-tiba Dee mencuit bahunya.

"Naira" seru Dee dangan cemas. Naira yang melihat keadaan Dee pelik.

"Kenapa kau ni?" Tanya Naira pelik.

"Macam mana eh nak cakap, erm" kata Dee sambil menggigit jarinya. Tiba-tiba Maya datang kearah mereka.

"Ha, Dee kek mana? Dorang dah on the way ke?" Tanya Maya. Kek untuk birthday Aish, Maya buat pesanan kepada kawan Dee yang membuka bakery.

Jadi Maya serahkan urusan kek kepada Dee. Dee yang mendengar soalan Maya diam.

"Lah, aku tanya ni Dee, kek dan on the way ke belum?"

"B-babe sebenarnya, erm aku harap kau tak marah lepas apa yang aku cakap ni" kata Dee sambil menghembus nafas keluh.

"Kek okey je, cuma, c-cuma tak ada orang yang boleh delivery" jawab Dee.

"YaAllah Dee, itu je? Hahaha untuk apa aku nak marah. Tak apa kalau tak ada orang nak hantarkan, aku ambil sendiri." Kata Maya.

"Eh, Maya tak apa lah aku ambil je, jap lagi Aish datang takkan time dia datang kau tak ada, tak jadilah surprise so tak apa aku ambil je" tawar Naira.

"Haah Maya, akak boleh temankan Naira, Maya tunggu je sini sampai Aish datang ye" sampuk Zahira.

"Betul ni? Tak susahkan kau dengan akak ke?" Tanya Maya meminta kepastian.

"Iya babe, tak ada apa yang nak disusahkan, setakat ambil kek saja pun" jawab Naira.

"Jum, Naira" ajak Zahira, Naira hanya mengganggukkan kepala.

"Aku pergi dulu eh, jumpa nanti" kata Naira, lalu keluar dari rumah agam Encik Daud.

~~

Di dalam kereta hanya kedengaran bunyi radio yang berbunyi. Naira hanya melepaskan pandangan ke luar tingkap. Tanpa Naira perasan, dia melepaskan  keluh.

"Naira" tegur Zahira.

"Ye, kak" jawab Naira lalu memandang ke arah Zahira yang sedang memandu.

"Naira tahu yang Aish dan Maya akan berkahwin hujung bulan ni?" Tanya Zahira. Walaupun dia tahu yang soalan ini akan menyakitkan Naira tapi dia terpaksa.

Dia tahu Naira penat dan lelah berjuang seorang diri. Jadi dia harus jadi tulang belakang buat Naira buat masa sekarang.

"Naira tahu" jawab Naira lalu mengalihkan semula pandangan ke luar tingkap.

"Naira okey?" Tanya Zahira walaupun dia tahu jawapan gadis itu.

"Naira okey atau tak tiada siapa yang kisah dan perkahwinan dia orang akan tetap berjalan" jawab Naira.

"Naira sampai bila Naira nak jadi macam ni?" Tanya Zahira dengan serius.

"Sampai bila Naira nak diamkan diri? Naira tu isteri Aish. Isteri yang sah. Walau apa pun keputusan Aish, Naira tetap ada hak untuk bantah dan pertahankan diri."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aish NairaWhere stories live. Discover now