BAB 3

86 7 1
                                    

"Mana Kak Naira" tanya Aish yang baru sahaja melangkah turun tangga.

"Entah. Dia buat rumah ni macam hotel pulak keluar masuk suka hati" marah Syakila yang masih tidak puas hati dengan perangai Naira.

"Syakila! Apa cakap macam tu?" Teguran daripada Zahira menghasilkan dengusan Syakila.

"What?! Betul lah! Ingat dia tu tuan puteri ke? Dah lah kakak sikit-sikit backup dia. Kila naik atas dulu"

"Assalamualaikum" lauang Naira dengan lembut yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Aish.

"Baru tahu jalan balik?" Tajam mata Aish menikam mata Naira

"Maaf, aku singgah rumah nek som tadi. Aku naik dulu" Aish yang mendengar hanya buat tidak endah tetapi matanya masih tajam menikam Naira.

Dia penat. Penat menangis. Kenapa dia perlu diuji seperti ini? Adakah dia tidak layak untuk bahagia? Salahkah untuk dia bahagia?

Baru sahaja ingin memulas tombol pintu bilik Aish, Naira disapa oleh seseorang. Musuh? Lebih tepat, orang yang dengki dengannya.

"Eh, ada lagi perempuan ni kat sini" Naira yang ingin masuk ke dalam bilik terbantut apabila mendengar percakapan yang agak kasar.

"Sepatutnya kau berambus pergi dari sini, mati sekalipun tak ada orang yang kisahlah, sebab apa? Sebab kau tu menyusahkan!"

"Ops mestilah kau tak nak berambuskan, sebab nanti kau tak ada duit nak makan, yela orang tak ada harta macam tu la mengharapkan duit orang lain" Naira masih diam dan masih menghadap pintu bilik Aish. Tiada tanda-tanda untuk membalas kata-kata Syakila.

"Sedar diri tu sikit belajar setakat SPM je, kerja pun tak! Goyang kaki tunggu abang aku bagi duit! Mak bapak kau tak ajar ke? Takkan lah seumur hidup kau nak makan duit abang aku je"

"Perempuan! kau tu cuma menumpang je dekat sini! Malu lah sikit, jangan buat rumah ni macam hotel! Suka hati keluar masuk!"

"Tak sedar diri! Sepatutnya kau tu mampus sekali dengan boyfriend kau tu!" Tidak dapat di tahan amarah Naira terus menyerang Syakila

"SYAKILA!" Suara Naira yang kuat membuatkan Syakila sedikit tersentak manakala Aish dan Zahira yang berada di bawah terus naik ke atas.

"Akak tak kisah kalau Syakila nak caci maki akak, nak pukul, tumbuk, bunuh sekali pun. Akak tak kisah Syakila. Cuma satu! Jangan libatkan arwah ayah dan mama akak lagi-lagi Arwah Haris!"

"Untuk sakitkan hati akak bukan tiket Syakila untuk gunakan nama Arwah Haris! Jadi tolong, akak merayu sangat" jatuh terduduk Naira merayu kepada Syakila.

"Cukup! Cukup! Mempertikaikan apa yang terjadi dengan Arwah Haris. Dia tak salah. Dan dia tiada salah!" Mata Naira terus menikam anak mata Aish yang tidak jauh dari mereka.

"Mahupun tidak kenal dengan kalian. Dia hanya satu-satunya orang yang akak sayang selepas perginya arwah ayah dan mama akak. Dia baik Syakila." Jatuh air mata Naira. Izzat Haris. Nama yang akan dia kunci di dalam hatinya.

"Dia tiada salah dengan Syakila! Kenapa Syakila masih nak bangkitkan nama Arwah?! "

"Syakila masuk bilik sekarang!" Jerkah Zahira kepada adiknya yang kaku itu. Mungkin terkejut dengan bicara Naira? atau pun terkede mendengar tangisan Naira?

"Naira mari masuk bilik akak" Zahira membawa Naira yang masih menangis untuk dibawa ke dalam biliknya. Tidak mahu dia meninggalkan Naira bersama Aish. Tak pasal-pasal Naira nangis mata berdarah pulak.

Bukan tidak tahu perngai Aish tu!

~~

Sejak kejadian minggu lepas Naira dan Syakila tidak bertegur sapa. Syakila juga tidak menyakitkan hatinya lagi. Itu pun Naira sudah bersyukur.

Naira juga minta Zahira supaya menyembunyikan hal tersebut dari pada ibu mentuanya. Tidak mahu membesarkan hal itu lagi dan tidak mahu Syakila dimarahi.

Naira faham Syakila masih di peringkat remaja jadi wajarlah jika dia akan memberontak kerana pemikirannya tidak matang lagi.

Kring Kring

"Babe! Jawab pun, mana kau menghilang ha? Baru masuk hospital 2 hari terus lenyap! Orang call berminggu-minggu tak angkat pulak! Sekarang baru nak angkat?! Kenapa tak tahun depan terus je?"

"YaAllah panjang benor bebelan kau ye. Sorrylah aku bukan sengaja hilangkan diri tapi aku busylah" Tipu Naira

"Ish adalah tu alasan kau! Ni, bila kau nak jumpa maya? Maya duk tanye mana Naira mana Naira, aku nak jawab apa?" Kata Diana dicorong telefon itu

"Nanti aku jumpa dia lah eh"

"Hm yela, kau busy tak sekarang babe? Sebab aku dengan Najuwa dekat MyTown ni shoping sikit. Kau tak nak join? Kita orang rindu kau lah"

"Gedik! Okey aku gerak sekarang bye" tanpa menunggu kata-kata Diana terus Naira menamatkan panggilan dan bersiap.

Setelah puas dengan penampilannya, Naira terus melangkah ke bawah. Puan Hamila yang melihat Naira terus menegurnya.

"Cantiknya Naira. Nak pergi mana?"

"Ouh hehe erm, Naira nak keluar sekejap ibu jumpa Dee dengan Najuwa" sempat Naira mengerling ke arah Aisy tetapi jejaka itu hanya memandang telefonnya saja.

"Naik apa pergi sana?"

"Naik grab, ibu" Naira yang melihat Aish tiba-tiba sahaja bangun pelik. Aish tidak menghiraukan Naira terus saja dia keluar.

"Tu, Aish nak hantar tu pergi la"

"Ha?" Aish nak hantar? Aku? Serius lah?

Pon!

"Ha tu dia dah marah, cepat Naira" Naira yang mendengar bunyi hon kereta yang kuat itu kelam kabut keluar dari rumah lalu masuk ke dalam kereta duduk di belakang.

"Haih, kau ingat aku driver kau ke? Duduk depan!" Naira terus membuka pintu lalu duduk di hadapan tanpa memandang gerangan di sebelahnya. Aish memulakan perjalanan.

"Mall mana?" Tanya Aish

"Erm MyTown"

"Rajin eh kau jumpa dia orang, kawan kau yang sakit di hospital tu tak nak pula kau jenguk" tersenyum sinis Aish sambil fokus memandu. Manakala Naira yang mendengar terus terdiam rasa tiada mood pula nak keluar.

"Kau dah buat dia koma lepas tu kau lari, shit"

"Aku tak lari" jawab Naira dengan tenang. Aish yang mendengar terus memandang Naira di sebelahnya. Tak lari? Wtf?!

"Kalau kau tak lari kenapa kau tak jumpa dia? Kenapa kau tinggalkan dia macam tu je? Dia meracau cari kau tahu tak?!"

"Macam mana aku nak jumpa dia, Aish?" Kata Naira lalu memandang Aish yang sedang memandu itu.

"Macam mana aku nak hadap muka dia dengan status yang aku pegang sekarang?! Aku kahwin dengan lelaki yang dia cinta!"

"Aku takut. Aku malu. Aku rasa bersalah, Aish! Aku tak nak dia kecewa lagi macam dulu!"

"Aku tahu macam mana dia kecewa dulu di sebabkan kau selalu bagi harapan pada dia. Dia terseksa! Dia kecewa, Aish!"

"Dan sekarang, aku kahwin dengan lelaki yang pernah dia dikecewakan dan yang dia cinta. Macam mana aku nak hadap muka dia?" Aish yang mendengar hanya diam.

"Aku rindu dia, Aish. Kalau boleh aku nak jaga dia di hospital. Tapi aku tak kuat. Aku takut aku tak mampu." mula perlahan suara Naira.

"Dia rindu kau" itu sahaja balasan Aish. Naira hanya diam. Sudah tentu Maya akan rindukan dia kerana berbanding Dee dan Najuwa, Naira dan Maya lebih rapat berdua.

Kereta Aish yang sudah sampai di destinasi terus Naira keluar tanpa berpamitan mahupun memandang muka Aish. Hatinya sakit. Terluka. Semua kesalahan di tunding kepada dia. Penat. Cukup hanya satu perkataan itu membuatkan diri Naira lemah.

Aish NairaWhere stories live. Discover now